Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap orang. Selain tempat untuk berteduh, rumah juga menjadi satu tempat untuk mendapatkan ketenangan. Sayangnya, memiliki rumah tidak semudah memetik jari. Harganya yang mahal menjadikan rumah satu ‘barang mewah’ bagi generasi masa kini. Harganya semakin mahal dan selalu naik saban tahun.
Jika ada pun rumah dengan harga terjangkau, pilihannya jauh dari lokasi kerja. Selain bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkan rumah sendiri, ada baiknya jika kita juga berdoa kepada Allah agar dipermudahkan usaha memiliki rumah sendiri.
Ads
Berikut doa yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan memiliki rumah sendiri.
Ads
Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit.
Ads
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau pemilik Baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulullah agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Sedihnya…dah lama aku berdoa tapi permintaan aku tak pernah dimakbulkan. Apalah dosa aku sampai doa-doa aku ditolak.” Seringkali keluhan ini bermain-main di benak andai hajat tidak kesampaian. Doa adalah satu bentuk harapan kerana manusia sangat mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan permohonan itu.” (Surah Mukmin, ayat 60).
Rasulullah SAW bersabda: “Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak terburu-buru. Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan terburu-buru? Rasulullah SAW menjawab: Yang dimaksudkan dengan terburu-buru adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan: Aku telah berdoa dan terus berdoa, tetapi belum juga dikabulkan. Setelah itu, ia berasa putus asa dan tidak pernah berdoa lagi.” (Riwayat Muslim)
Cepat atau lambatnya doa diperkenankan adalah urusan Allah SWT.
Antara beberapa sebab mengapa doa ditolak dan tidak dimakbulkan:
1. BUKAN DENGAN SEPENUH HATI DAN TIDAK YAKIN
Apabila berdoa, kita hendaklah bersangka baik bahawa permintaan akan diterima. Ketahuilah bahawa apabila adanya perasaan was-was atau terbitnya perasaan tidak yakin yang Allah akan memakbulkan doa maka menyebabkan doa ditolak.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Hendaklah kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan yakin akan perkenan doanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t tidak memperkenankan doa orang-orang yang berhati lalai dan alpa.”
Melalui satu riwayat mengenai ulama terkenal iaitu Al-Imam al-Faqih Abu al-Lais yang didatangi satu kumpulan pemuda, ingin menanyakan perihal doa mereka. Selepas berkali-kali mereka berdoa, tetapi tidak pernah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Lalu mereka mempertikaikan ayat al-Quran mengenai Allah SWT memperkenankan doa mereka. Antara ayat itu ialah firman Allah SWT yang bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanya mengenaiKu, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku perkenankan orang yang berdoa.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Lalu mereka bertanya lagi, apakah ayat al-Quran itu silap atau salah? Al-Imam al-Faqih menjawab: “Ayat itu tidak ada yang silap atau salah. Tetapi yang berdoa itu tidak pernah ambil tahu mengenai kesalahan atau kesilapannya. Oleh itu, wahai orang muda! Jangan pernah ada di hati kamu mempertikaikan ayat al-Quran itu. Seterusnya imam yang mulia itu berkata: Sebab doa tidak disahut oleh Allah SWT kerana hati orang yang berdoa itu mati.”
Begitu juga dalam satu riwayat lain, kisah seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham. Beliau pernah ditanya oleh orang ramai ketika berada di tengah pasar Basrah di Iraq: “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT, pada hal kami selalu berdoa? Lalu Ibrahim Adham menjawab: Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).”
2. TIDAK MENUNAIKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH
Bagaimanalah Allah nak makbulkan doa kalau solat pun masih tunggang-langgang. Membaca al-Quran, tetapi tidak pernah mengamalkannya, mengakui umat Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah mengamalkan sunahnya, tidak pernah bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah SWT, mengakui mati itu adalah benar, tetapi tidak pernah bersedia untuknya. Oleh itu pastikan kita sebagai hambaNYA menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Allah. Jaga ‘perilaku’ kita dengan Allah.
3. INGIN SEGERA DIMAKBULKAN DOA
Ibarat meminta sesuatu daripada orang lain, janganlah sampai memaksa. Ketahuilah bahawa seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera. Ia seolah-olah memaksa Allah mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan seseorang itu cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah. Sesungguhnya mereka yang berputus asa akan terputus daripada rahmat Allah. Apabila tiada rahmat Allah maka ia akan menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Dan janganlah kau berputus asa daripada mengharap rahmat Allah s.w.t kerana sesungguhnya tiadalah yang putus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir”. (Surah Yusuf, 87)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walau bagaimana pun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepadaNya.
Seelok-eloknya doa disertakan dengan kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepadaNya. Ia membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Sebelum memulakan sebarang pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang hendak dilakukan. Amalkan doa dari Surah Al-Kahfi, ayat 10. Mohonlah kepada Allah moga-moga segala urusan kita dilancarkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Doa apa pun juga amat disukai Allah, termasuk lah doa dipertemukan dengan calon suami atau isteri serta rumahtangga bahagia memang sasaran kebanyakan kita dalam hidup ini. Bagi si bujang, usaha dah banyak dilakukan untuk bertemu jodoh sesuai. Namun semuanya hampa. Bagai ada yang tak kena.
Bagi yang sudah berkahwin pula, rumahtangga aman damai memang jadi dambaan.
Selisih faham, gaduh manja-maja perkara biasa, sebab kita bukan pasangan sempurna pun. Namun jika sering bergaduh besar, maka perlu ada usaha untuk perbaiki hubungan.
Jangan terus salahkan takdir atau putus asa. Cepat putus asa adalah tanda kita tidak beriman. Kita ada Allah untuk memohon pertolongan.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Amalkan secara konsisten bacaan surah Yusuf & Thoha selepas solat subuh.
Insya Allah, melihatkan konsistensi, kita akan dikurniakan rezeki yang tak ternilai iaitu bertemu jodoh dan persefahaman antara suami isteri.
Allah lembutkan hati, tenangkan fikiran kita maka apa juga masalah mendatang ia dapat diatasi secara matang. Kebahagiaan ini sukar dijual beli dan ia jugalah punca mengalirnya rezeki masuk dengan lancar, kerana ada keberkatan dalam rumahtangga.
Baca dua ayat ini selepas solat subuh sebanyak tiga kali atau lebih :
Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. InsyaAllah hubungan suami isteri tambah intim atau juga boleh dibaca sebelum tidur.
Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, InsyaAllah akan dipermudahkan.
Jika dibaca setiap kali selepas solat-solat fardhu sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas lalu sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
Kashoorga: Banyak fadilat ayat-ayat ini. Rugi sangat jika tidak diamalkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hutang dalam Islam bukan perkara kecil dan wajib diselesaikan walaupun selepas kematian. Ketahui tanggungjawab penghutang, waris dan pemiutang menurut Islam.