Semua orang tahu bahawa untuk mengurangkan berat badan kita harus mengurangkan kuantiti makanan dan lebih banyak bergerak. Seperti yang diketahui bahawa berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Untuk mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh berat badan yang berlebihan atau obesiti, masyarakat perlu berubah. Namun perubahan tersebut tidak boleh terlalu drastik. Kita memerlukan strategi pengurangan berat badan yang efektif.
Usaha menurunkan berat badan juga bukan sahaja untuk tujuan kesihatan tetapi juga tujuan untuk memudahkan beribadah. Apabila tubuh sihat maka kualiti ibadah juga dapat dipertingkatkan.
Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN
Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
Ads
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum saperti donut, cakes dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
Ads
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
KASHOORGA: Paling penting usaha menurunkan berat badan itu perlu kena dengan niat. Bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk tetapi untuk memudahkan urusan menunaikan ibadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa hari raya ini. Apa tidaknya, makan lemang dan ketupat sudah tentu dengan rendang daging. Ada sup tulang, sup daging dan aneka hidangan lain yang tentunya lazat lagi menyelerakan. Tentu rasa rugi jika menolaknya.
Tekak jika di layan, tentu sahaja semuanya ingin dimakan namun soal kesihatan juga perlu diambil kira agar kelak tubuh tidak binasa. Tidak dapat dinafikan ketika inilah bermacam jenis penyakit akan datang menghinggapi. Bagi mereka yang sudah sedia ada penyakit tentunya penyakit yang dihidapi akan bertambah-tambah ‘parah’ jika selera makan tidak dikawal.
Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA)
Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin
Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan)
Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dalam darah
Makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur)
Alicin boleh bantu cairkan darah
Minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone)
Bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sbg antikolesterol.
Minum teh hijau
(Kaya bahan ECGC dan epicatechin) yang boleh bantu turunkan kolesterol
Ambil minyak ikan
(Kaya omega3)
Sumber: Dr. Suri Roowi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Gigi yang cantik menjadi idaman setiap orang. Salah satu cara untuk mendapatkan gigi yang cantik ialah melalui teknik menanam gigi. Menanam gigi di dalam dunia perubatan gigi dikenali sebagai dental implant. Ada dua jenis implant iaitu endosteal implants dan subperiosteal implants. Kedua-dua implant ini adalah jenis implant yang selamat. Proses implant (penanaman) adalah berbeza dengan dental bridge. Ini kerana dental bridge (jambatan) tidak ditanam ke dalam gusi melalui pembedahan seperti implant.
Berdasarkan persoalan yang dikemukakan, ada perkara utama yang perlu diambil. Apakah tujuan daripada penanaman gigi tersebut. Adakah ianya dilakukan untuk tujuan rawatan atau hanya sekadar untuk kecantikan. Kedua-duanya mempunyai hukum yang berbeza.
Jika ianya dilakukan hanya kerana untuk tujuan kecantikan maka ianya tidak dibolehkan. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi saw
Maksudnya: ”Allah swt melaknat orang lelaki dan perempuan yang melukis tatu, yang menyambung rambut dan yang menjarangkan gigi untuk kelihatan cantik dan yang mengubah ciptaan pemberian Allah.”
Riwayat al-Bukhari (5931)
Kata Ibnu Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini:
“Difahami daripada hadis bahawa ia adalah satu bentuk perbuatan mazmumah jika dia melakukannya untuk tujuan kecantikan. Jika ianya dilakukan kerana keperluan perubatan maka diharuskan.”
Rujuk Fath al-Bari (10/372)
al-Qastalani menyebut:
“Jika apa yang dilakukannya itu adalah dengan tujuan kecantikan maka ia adalah haram. Jika ianya diperlukan untuk tujuan mengelokkan (mengubati) atau terdapat aib pada gigi maka ianya dibolehkan.”
Rujuk Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari (8/474)
Adapun jika dia melakukannya dengan tujuan rawatan maka ianya harus dan dibolehkan. Bahkan ia menjadi satu keperluan kerana dengan ditanam gigi tersebut maka memudahkan dia untuk makan dan bercakap. Keharusan ini adalah keumuman hadis yang diriwayatkan daripada Usamah Bin Syarik:
Maksudnya: “Berawatlah. Sesungguhnya Allah azza wa jalla tidak mendatangkan penyakit melainkan Dia datangkan juga ubat kecuali satu penyakit (yang tidak boleh disembuhkan ) iaitu tua.
Riwayat Abu Daud (3357)
Di sana juga ada peristiwa yang berlaku kepada seorang sahabat iaitu ‘Arjafah bin As’ad ketika peperangan. Kata beliau:
Maksudnya: ”Hidungku telah terputus pada hari peperangan Kulab di zaman Jahiliyyah. Maka aku mengambil (menggantikan) hidungkan dengan perak. Lalu (beberapa ketika) hidungku mula membusuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikan hidungku dengan emas.”
Riwayat al-Tirmizi (1877)
Emas yang asalnya haram digunakan maka ia menjadi harus jika digunakan untuk rawatan berdasarkan apa yang berlaku kepada sahabat Nabi saw iaitu ‘Arjafah Bin As’ad.
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Jika terdapat pada manusia kecacatan yang menyebabkan kesakitan sama ada yang nyata atau secara emosi maka tidak mengapa untuk merawatnya.Selagi mana dia dia lakukan untuk menghilangkan kesakitan tersebut yang mana kesakitan itu menyusahkannya dan menganggu kehidupannya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan agama ini satu yang payah.”
Kesimpulannya, harus untuk menanam gigi kerana ada maslahat iaitu untuk rawatan yang mana jika tidak dilakukan maka akan menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seperti tidak mampu untuk menguyah makanan dan lain-lain. Jika ianya sekadar untuk kecantikan seperti menggantikan gigi yang ada dengan yang lain yang lebih elok, maka seeloknya ianya tidak dilakukan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap kali ‘kedatangan’ bulan Ramadan pastinya golongan ibu-ibulah yang paling sibuk.
Apa tidaknya, sibuk memikirkan apakah menu yang sesuai disediakan untuk keluarga, bukan hanya untuk waktu berbuka sahaja tetapi waktu bersahur.
Tercari-cari juga apakah menu yang sesuai diamalkan ketika bersahur agar tubuh kekal cergas bertenaga.
Seperti yang pernah dikongsikan Nana Ruzanna, ini rahsia bagaimana dia kekal bertenaga sepanjang Ramadan meskipun dia berpuasa selama 19 jam kerana dia tinggal di luar negara.
Tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Semua dah shopping kurma dan susu ke??? Jangan lupa amalkan ye masa sahur.
InsyaAllah kekal bertenaga tanpa lapar. Anak-anak yang baru belajar puasa pun boleh amalkan. Yang tengah menyusu badan tu, susu kurma ni boleh jadi milk booster jugak tau.
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu.
Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi, (memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Hurmm…ingat lagi tak cara nak buat susu kurma tu??
Kita cuma perlukan 3 bahan je. Kurma 5 biji, air masak setengah cawan, susu segar satu cawan. Kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang.
Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukul 2.20 am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur tu boleh rendam dah untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejap pun takpe asalkan kurma tu kembang.
Bila kurma dah kembang, boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita.
InsyaAllah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa tu pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
*Saya nak tambah lagi khasiat amalan ni, susu kurma juga boleh jadi milk booster untuk mommies yang sedang menyusukan anak. For those yang non muslim pun boleh try ok.