Tidak dinafikan ketokohan yang dibawa oleh Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) cukup popular di kalangan pengguna laman media sosial. Mesra dengan panggilan Dr Zulkifli, bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini juga seringkali berkongsi mutiara kata serta aktiviti hariannya di laman media sosial.
Hari ini, KASHOORGA tertarik dengan perkongsian Dr Zukilfli yang bertemu menyampaikan sumbangan kepada Encik Sazali yang merupakan anak kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Apa yang menarik kunjungan tersebut bagaikan pertemuan di antara dua sahabat. Itulah yang membuatkan KASHOORGA rasa kagum dengan ketokohan Dr Zulkifli.
Ads
Memetika perkongsiannya di Twitter, beliau turut berkongsi kegembiraan dapat bertemu Sazali yang diingatinya sebagai ‘anak jin’ menerusi filem legenda, ‘Ahmad Albab’.
“Semalam sempat singgah sebentar menyampaikan sumbangan kepada En. Sazali P. Ramlee. Bagi yang masih teringat filem Ahmad Albab, inilah “anak jin” yang bermain-main dengan Ahmad Albab di dalam gua,” jelasnya.
Ads
Pada pertemuan tersebut beliau sempat berbual-bual dengan Sazali dengan mengimbau kisah silam Seniman Agung P.Ramlee yang dipanggil mesra oleh anaknya itu dengan gelaran ‘daddy’.
Ads
Dr Zulkifli juga berkata dia difahamkan bahawa Sazali mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dikesempatan itu juga beliau turut sama-sama mendoakan kesejahteraan Sazali bersama isterinya yang tercinta.
“Sebelum melangkah pulang, seakan terngiang-ngiang lagu Anakku Sazali. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah kepada almarhum Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh @ P. Ramlee,” katanya Dr Zulkifli menerusi hantaran bebenang di Twitter beliau.
Mungkin tiada dalam fikirannya bahawa namanya akan dijulang seperti hari ini. Namun inilah takdir Allah buatnya kerana mempunyai sekeping hati yang tulus ikhlas membantu orang di dalam kesusahan, Allah “angkat” namanya hingga dikenali ramai.
Sebagai manusia, kita dituntut membuat kebaikan semasa hidup bahkan Allah SWT memberikan pilihan dalam kehidupan kita seperti disebut dalam surah Al-Syura ayat 20.
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” Surah al-Syura (20).
Kerana punya hati yang cukup ikhlas, berbekalkan RM50, Viva milik kakaknya dan sebuah bot, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dijulang sebagai hero kerana di mana ada mangsa banjir, di situ ada kelibat dirinya.
Ramai ingin memberinya hadiah termasuk kereta lebih mahal dari vivanya namun semuanya ditolak dengan baik kerana takut maintenance tidak mampu dibayar, sekaligus membuktikan dirinya “masih berpijak di bumi nyata” sebagaimana dirinya sebelum dikenali ramai.
Dek kerana ketulusan hatinya, berkat menjaga anak-anak kakaknya yang sudah meninggal, doa ibu bapa yang sentiasa ada untuknya serta doa dari orang ramai, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dua hari lalu.
Dikongsi di akaun Tik tok offcialnya @abangvivaofficial, Azwan Omar menulis “Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH.
Videonya menerima sijil penganugerahan dari Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed telah dilihat oleh 1.3 juta orang dan semuanya mengucapkan syukur di atas penganugerahan itu pada Selasa lalu ketika kunjungannya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang.
Terima kasih abang Viva, semoga setiap perbuatan dan amalannya dipandang penghuni langit yang akan sentiasa mendoakannya.
‘Berhenti dari sekolah biasa, nekad hantar anak mengaji al-quran bersanad.’ Bukan mudah buat keputusan libatkan masa depan anak, apatah lagi anak masih kecil dan bersekolah rendah.
Sesungguhnya ibu bapa yang kuat saja mampu membuat keputusan seberat ini dan menyerahkan segala-galanya pada Allah. Walaupun tak mudah tetapi percayalah Allah sentiasa membantu orang-orang yang meletakkan kebergantungan pada-Nya. Insyallah.
Ibu ini Aqma Laili mengambil keputusan nekad untuk menghantar anaknya ke tahfiz seusia sembilan tahun setelah menimbang banyak perkara. Siapa sangka Allah kurniakan kekuatan tak terhingga di saat dia membuat keputusan yang terbaik buat anak tercinta, Adam.
Ikuti perkongsian Aqma Laili ini,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukan mudah untuk membuat satu keputusan yang besar melibatkan masa depan anak-anak.
Puas mengkaji, bertanya sana sini, kami usaha mencari serta menimbang tara antara madrasah. Lama mencari dan lama berfikir.
Entah dari mana datangnya kekuatan, dengan rela hati dan tenang kami mula berhentikan Adam dari Sekolah Rendah dan Sekolah Agama, untuk meneruskan Pengajian Al-Quran Bersanad di Madrasah yang terletak di Alor Gajah Melaka.
Mudah, segala proses berhenti sekolah, persediaan serta persiapan ke Madrasah dan proses daftar kemasukan ke Madrasah juga terasa lancar tanpa sebarang masalah. MasyaAllah.
Kita hanya merancang, tetapi Allah yang Maha Mengatur. Kalau dulu happy sangat hantar Adam sekolah tak sampai lima minit dari rumah sampai dah sekolah. Tapi sekarang bertambah happy lepas nampak Adam tenang dan happy belajar nun jauh di Melaka. Rindu, jangan tanya…
Kepada yang membaca posting ni, nawaitu sis sekadar nak berkongsi rasa bahagia dan gembira sebagai mak, ayah. Jangan sesekali kita sangsi dengan apa yang telah DIA atur dan akan berikan kepada kita. Sis (Sister) masih jahil tapi tak mahu anak-anak sis start lambat.
Tentang masa depan Adam, insyallah harapan kami biarlah apa pun cita-citanya nanti, asalkan Al-Quran penuh di dada dan menjadikan da’wah maksud hidup.
Mohon doa daripada semua yang membaca posting ni, agar Adam Aqif di terangi hatinya, dipermudahkan urusannya serta dapat menghafal Al-Quran dengan aman, tenang dan lancar.
Posting ini sekadar mahu berkongsi perjalanan keputusan besar melibatkan kami bertiga sebagai parent kepada Adam Aqif.
Moga dengan asbab ini boleh membuka mata hati, ruang dan peluang untuk semua di luar sana agar percaya dan yakin dengan keputusan terbaik buat pendidikan serta masa depan anak.
Moga dengan tiap keputusan kita akan memberi manfaat serta kebaikan buat anak-anak.
Perkongsian Aqma Laili membuatkan ramai warganet menyokong tindakannya dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Adam.
Abee Maa Nezz Tahniah kak Aqma Laili dan yakin dengan qada n qadar yang telah ditakdirkan.. Allah menjaga Adam bersama dua Malaikat yang ada bersama Adam. Semoga Adam menjadi bekalan ke syurga buat mu sekeluarga.
Hanim Abdulhadihalim Parents yg hebat. Semoga dipermudahkan buat Adam, ibu dan ayah. Betul tu bukan semua parents mampu buat keputusan macam ini, insyallah segalanya yang terbaik untuk Adam nanti.
Sapinah Hanafi Tahniah Aqma kerana berani membuat keputusan di luar kotak. Insyallah Allah akan mambantu hambanya yang ikhlas demi agamanya. Semoga Adam dapat menghabiskan pengajian dengan cemerlang dan menjadi insan yang bertaqwa serta berbakti kepada ibu bapanya
Ain Vivian Impian kak ain juga Aqma Laili,takdirnya Allah bagi izin kak ain ada anak sendiri dengan suami. Hendak hantar anak belajar agama, kejar agama Allah, nanti Dunia datang dekat kita. Doa, amal anak soleh jadi bekalan buat mak ayah.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan anakanda Adam dalam proses pengajiannya di sana. Insyallah.
‘Alhamdulillah Allah makbulkan doa.’ Ingin ubah nasib keluarga, anak tukang bersih sampah sambung belajardi Perancis. Rezeki tak pernah salah alamat.
Berkat kesungguhan dan tekadnya yang tinggi bagi mengubah nasib dan taraf keluarga, pelajar ini berjaya membuktikan kejayaannya apabila ditawarkan menyambung pengajian di luar negara.
Walaupun pernah diejek ibu bapanya bekerja sebagai tukang bersih sampah, namun bukan penghalang kepada seorang pemuda untuk membuktikan dia mampu berjaya dan belajar di luar negara.
Menurut Jeffry Rais Jamaludin, 21, kata-kata menyakitkan itu dijadikan pembakar semangat untuk dia lebih gigih belajar sebelum berjaya ditawarkan ke di tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak dan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Malah menurutnya, hasil titik peluh ibunya Aisah Iberahim, 49, yang bekerja sebagai tukang pembersihan di pejabat SWM Environment Melaka dan bapanya Jamaludin Kamis, 59, pula pemandu lori, dia berjaya menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Perancis.
“Disebabkan kehidupan keluarga yang sederhana, saya nak buktikan kepada mereka yang pernah ejek saya sebelum ini bahawa saya juga boleh berjaya.
“Alhamdulillah ALLAH SWT makbulkan, dan sekarang saya berada di tahun kedua pengajian dan berharap berpeluang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi serta bekerja di luar negara,” katanya.
Sementara itu, jelas ibunya, Aisah, pada mulanya dia bimbang untuk membenarkan anak ketiga dari empat beradik itu melanjutkan pengajian di luar negara kerana sering diberitahu situasi Islamfobia di Perancis.
Bagaimanapun, dia yakin Jeffry yang mesra dipanggil Jef mampu menghadapinya kerana dia seorang anak yang berdikari.
Katanya, selain Jef dia juga perlu memberikan wang belanja kepada anak keduanya yang sebelum ini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.
“Mula tak percaya anak akan belajar di luar negara, tapi saya bangga kerana dia nak bantu tingkatkan taraf kehidupan kami sekeluarga.
“Apa yang penting jangan pilih kasih dan setiap anak ada kelebihan masing-masing,” katanya.