Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasu- lullah bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad).

Ternyata di sebalik kejayaan sebagai hafiz Quran, kisah anak ini, Wan Najran Wan Mohd Noh wajar dijadikan panduan bahawa di sebalik kerjayanya yang hebat, dirinya adalah seorang hafiz.

Baca perkongsian mengenainya:-

Biasanya Hafiz Al-Quran sinonim dengan kerjaya ustaz, imam masjid atau pegawai agama. Tetapi rakan saya Wan Najran Wan Mohd Noh, 39 seorang Hafiz Al-Quran dan berkhidmat sebagai Engineer (jurutera syarikat pembinaan minyak dan gas luar pesisir antarabangsa. Padu teruk lah!

1. Beliau ialah adalah anak kepada Ustaz Wan Noh, guru Al-Quran yang terkenal di Kajang.

2. Wan Najran berkata, pengalamannya mengikuti kursus persijilan tahfiz di Darul Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2001 sesuatu istimewa kerana berjaya menghafaz Al-Quran dalam tempoh 10 bulan sahaja. Hebat! Menurutnya, selepas tamat SPM, beliau menghadiri temuduga dan terpilih mengikuti persijilan tahfiz di Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada tahun 2001.

2. “Alhamdulillah saya dapat menghafaz Al-Quran secara fast track dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda Pembuatan di UIAM dalam tempoh empat tahun,”.

IKLAN

3. Wan Najran pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) berkata, pembelajaran tahfiz banyak memberi kelebihan kepadanya dalam mengimbangi keperluan agama dan akademik.

4. Bapa dua anak itu memberitahu, selain memberi tumpuan kepada kerjaya hakiki, beliau turut menyumbang ilmu kepada masyarakat sekeliling.

5. Terlalu banyak kelebihan apabila menjadi hafiz Al-Quran dan dalam masa sama kita belajar pengetahuan akademik.

6.Salah satu pembelajaran yang saya dapat kutip ialah ilmu agama ini mendidik jiwa kita menjadi individu amanah, berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan terpuji kerana kita belajar dan memahami al-Quran,” katanya.

7. Beliau juga imam Surau Ar Raudhah, Saujana Impian Kajang berkata peranannya sebagai hafiz Al-Quran turut membantunya untuk turut sama terlibat secara langsung dalam mendidik dan memberi pengetahuan kepada masyarakat.

IKLAN

8. “Dengan ilmu yang diberi Allah ini saya mendapat tauliah daripada JAIS untuk mengajar tajwid dan al-Quran di masjid dan surau,”

9. Wan Najran yang juga salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid Saujana berkata, “keseimbangan ilmu akademik dan agama penting bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mempunyai pengetahuan tinggi.”

10.“Masalah membelenggu masyarakat Islam pada masa ini ialah kita memisahkan agama dengan kehidupan iaitu kenapa golongan profesional ini tidak dididik dengan nilai agama?

11. “Maka timbul masalah golongan profesional diketuai oleh mereka yang tiada nilai keagamaan hingga berlaku permasalahan sosial, pecah amanah dan salah guna kuasa kerana kita sendiri membiarkan kelompok sebegitu”.

IKLAN

12. Katanya, sejarah membuktikan bahawa ramai tokoh ilmuwan Islam berjaya menerokai pelbagai disiplin ilmu dengan mengimbangi keperluan dunia dan akhirat.

14. Beliau berkata, “Ibu bapa seharusnya membuang perasaan takut menghantar anak mempelajari ilmu agama kerana semata-mata menjadi ustaz.”

15. Kisah Wan Najran menunjukkan mixed dicipline, bidang tahfiz dan profesional bukan satu perkara yang mustahil.

16. Jadi jika berhasrat mahu hafal Al-Quran tetapi tidak masuk sekolah Tahfiz, ia bukan end of the world. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

17. Dalam mengejar impian, jangan berhenti melangkah walaupun terpaksa bernafas dalam lumpur! Salam hormat.

Dr. Abdél Rahmanov

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI