Inilah takdir Allah dan mungkin juga dugaan. Dalam kesibukan membuat persiapan majlis perkahwinan yang berbaki seminggu sahaja lagi, Nurul Ain Izzatti Arijan tidak menyangka rumah yang selama ini menjadi tempat berlindung hangus dijilat api.

Bakal ratu sehari ini walaupun bagaimanapun reda apabila rumahnya hangus terbakar termasuk 11 barang hantarannya yang hanya tinggal abu. Difahamkan bahawa rumah pusaka tersebut didiami olah Nurul Ain sekeluarga kira-kira 12.36 pagi Jumaat di  Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

BERMULA DARI DAPUR

Kebakaran dikatakan bermula di bahagian dapur.

“Ibu nampak lampu dapur berkelip-kelip dan dalam sekelip mata, api marak.

“Ibu memanggil ayah dan ketika itu saya berada di ruang tamu sedang menyiapkan beberapa barang hantaran.

“Saya terus menjerit keluar rumah meminta tolong, manakala ibu dan ayah terus keluar rumah.

“Saya juga ketika itu terus keluar rumah dengan baju tidur dan sempat capai bendera Malaysia di bawah rumah untuk tutup kepala sebelum menyelamatkan diri.

“Hanya beberapa minit rumah tinggal abu. Bomba tiba selepas 20 minit selepas saya menghubungi pasukan kecemasan.

“Tiada apa yang sempat diselamatkan kecuali telefon bimbit saya sahaja yang kebetulan ketika itu saya sedang gunakan.

Dugaan Hebat Bakal Pengantin Baru, Rumah Terbakar Hangus, Habis Semua Persiapan Kahwin Jadi Abu Namun Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan

BARANG HANTARAN DAN WANG TUNAI HANGUS

“Pelamin, 11 barang hantaran yang saya sendiri siapkan serta wang tunai untuk digunakan majlis turut hangus.”

Meskipun sedih dengan kejadian yang berlaku namun Nurul Ain dan keluarganya reda. Apa yang berlaku dinggap sebagai satu dugaan buat dirinya dan keluarga.

Dugaan Hebat Bakal Pengantin Baru, Rumah Terbakar Hangus, Habis Semua Persiapan Kahwin Jadi Abu Namun Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan
Barang hantaran dan pelamin yang sudah disiapkan ketika sebelum kebakaran.

 

Dugaan Hebat Bakal Pengantin Baru, Rumah Terbakar Hangus, Habis Semua Persiapan Kahwin Jadi Abu Namun Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan
Nurul Ain (paling kiri) bersama keluarganya.

 

Dugaan Hebat Bakal Pengantin Baru, Rumah Terbakar Hangus, Habis Semua Persiapan Kahwin Jadi Abu Namun Majlis Perkahwinan Tetap Diteruskan
Kad perkahwinan telah diedarkan.

Nurul Ain dan pasangannya  bakal menaiki pelamin pada 18 Ogos. Siapa yang tidak sedih apabila segala persiapan telah dibuat namun lenyap begitu sahaja. Namun begitu, Nurul Ain tetap bersyukur kerana ibu dan ayahnya selamat meskipun  ayahnya mengalami sedikit melecur ketika kejadian.

Majlid perkahwinan tetap diteruskan juga  memandangkan kad jemputan perkahwinan telah diedarkan. Pihak keluarga sebelah tunangnya juga telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan memahami situasi itu.

Nurul dan pasangannya, Ahmad Akmal Abd Rahaman merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan di Pusat Tahfiz Al-Muhammadiah, yang terletak di hadapan rumah Nurul Ain. Semoga Nurul Ain dan keluarganya tabah menerima ujian ini serta didoakan perjalanan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung minggu depan berjalan dengan sempurna.

Sumber: Mstar Online

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI