Bagi yang melakukan ibadah korban perlu mengetahui bahawa mereka tidak dianjurkan untuk memotong rambut pada kepala, badan dan juga kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai ibadah korban mereka dilakukan.
Perkara ini adalah berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. -Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
Hari akhir potong rambut dan kuku 28 Mei 2025
Untuk pengetahuan menurut Kalendar JAKIM, 1 Zulhijjah tahun ini jatuh pada 29 Mei 2025 (Khamis). Oleh itu tarikh 28 Mei 2025 (Rabu) nanti adalah hari terakhir bagi mereka yang berniat melakukan ibadah korban untuk memotong kuku, bercukur dan seumpamanya.
Ads
Menurut Imam al-Nawawi, makruh bagi mereka yang berniat untuk melakukan ibadah korban memotong kuku dan rambut sehinggalah haiwan korban itu disembelih. Hal ini sepertimana yang dinyatakan di dalam karyanya:
Maksudnya: Menurut mazhab kami (al-Syafi’i), sesungguhnya memotong rambut dan kuku pada sepuluh hari (iaitu 1 hingga 10hb) bulan Zulhijah bagi mereka yang hendak menunaikan ibadah korban adalah makruh, iaitu makruh tanzih sehingga selesai haiwan korban disembelih[2]
Syeikh Ibrahim al-Baijuri menyatakan bahawa, mereka yang melakukan korban disunatkan untuk tidak memotong kuku dan rambut sehingga haiwan korbannya disembelih walaupun ia disembelih pada hari terakhir hari tasyrik.
Ads
Begitu juga pada hari Jumaat, seseorang itu disunatkan untuk memotong kuku, namun bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban makruh untuk melakukannya. Ia adalah untuk mengambil ganjaran yang diberikan iaitu pengampunan daripada dosa dan diberi kebebasan daripada api neraka.
Allah amat menyukai hambaNya yang suka bersedekah. Besar ganjaran pahala bakal kita peroleh daripada amalan bersedekah. Tidak kira lah sebesar mana pun sedekah yang dihulurkan.
Kuantiti dan saiz bukan ukuran, namun keikhlasan kerana mengerjakan amalan mulia kerana Allah Ta’ala yang lebih utama. Bersedekah ini sebenarnya lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia.
Alhamdulillah kepada yang sudah banyak bersedekah semoga sahaja ganjaran pahalanya kita peroleh sehingga hari akhirat. Namun, ada perkara tertentu yang akan menyebabkan pahala sedekah kita itu hilang atau terbatal di sisi Allah?
Apakah perkara tersebut dan bagaimana kita boleh menyelamatkan pahala itu?
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
“Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Atas sikap cuai kita, dengan merasakan diri telah banyak berbuat jasa kepada penerima sedekah maka ia akan menghilangkan pahala sedekah kita.
Ada tak rasa seperti ini semasa atau selepas bersedekah?
Kita rasa dengan kerana sedekah kita itu orang yang kita bantu dapat nikmatnya. Seolah-olah kita sudah banyak berjasa kepada mereka. Kemudian, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah menyakiti atau mengguris perasaan penerima sedekah itu.
Selalu kita lihat, yang memberi sedekah menyebut akan sedekahnya di hadapan khalayak ramai sehingga perasaan si penerima tersakiti.
Jadi ketika kita memberi kepada orang miskin, kita jangan sampai menyebut-nyebut sedekah sehingga menyebabkan penerima berasa sakit hati.
Dari Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal disertai niat, dan seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.'” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah Ta’ala itu Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah al-Baqarah : ayat 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : ayat 92)
Allah Ta’ala berfirman : وَلَاتَمْنُنتَسْتَكْثِرُ
“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Surah al-Muddatstsir :6)
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah: 271) Namun, dalam kontek kehodupan masa kini, kita seringkali lihat video pemberian sedekah oleh pihak tertentu. Sedekah yang ditunjukkan perlu ada niat pemberinya untuk memberikan contoh teladan kepada orang lain selain untuk menyuntik keinsafan.
Ramai kalangan kita yang sudah terbiasa memeluk rakan sama jantina malah mencium pipi bila bertemu. Bukan wanita saja malah lelaki juga sama.
Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat hukum makruh dalam hal ini, malah ada hadis yang melarang akan perbuatan memeluk yakni sesama lelaki. Perkara ini dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan apabila menjawab persoalan netizen berkaitan hal ini.
Assalamualaikum tuan, saya ada satu kemusykilan. Saya ceritakan keadaan saya begini, apabila saya berjumpa dengan rakan-rakan saya yang sebaya dan sama jantina, kebiasaannya kami akan bersalaman dan berpelukan kerana kami rapat sebab berkawan semenjak kecil. Persoalannya saya pernah mendengar terdapat larangan dalam hal ini. Benarkah mohon pencerahan.
Makruh bagi seorang lelaki memeluk sahabat lelakinya melainkan apabila ingin bermusafir, pulang dari musafir atau lama tidak bertemu. Selain itu juga, tidak makruh memeluk individu yang mempunyai hubungan mahram.
Terdapat sebahagian dalam kalangan masyarakat, berpeluk dan mencium pipi atau dahi sahabatnya ketika bertemu kerana keakraban hubungan sesama mereka sudah menjadi satu adat dan kebiasaan di Malaysia.
Dalam hal ini, terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah peluk dan cium sahabatnya Zaid bin Harithah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah R.Anha katanya:
قَدِمَ زَيْدُ بْنُ حَارِثَةَ الْمَدِينَةَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي بَيْتِي فَأَتَاهُ فَقَرَعَ الْبَابَ فَقَامَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عُرْيَانًا يَجُرُّ ثَوْبَهُ وَاللَّهِ مَا رَأَيْتُهُ عُرْيَانًا قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ فَاعْتَنَقَهُ وَقَبَّلَهُ
Maksudnya: Ketika Zaid bin Harithah sampai di kota Madinah, dan pada waktu itu Rasulullah SAW berada di dalam rumahku. Lalu beliau datang dan mengetuk pintu, lantas Rasulullah SAW bangun pergi kepadanya dalam keadaan tidak berbaju (kerana kegembiraan) sambil memegang pakaiannya. Demi Allah aku tidak pernah melihatnya seperti itu sebelum atau selepasnya. Lalu Baginda memeluk dan menciumnya. (Riwayat al-Tirmizi)
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri hadis di atas menceritakan bahawa Baginda SAW begitu gembira atas kepulangan sahabatnya Zaid bin Harithah, lalu Baginda SAW segera bangun untuk menyambutnya sehingga selendang yang dipakai Baginda SAW untuk menutupi bahagian atas tubuh terjatuh,[1] lantas Baginda SAW memeluk dan menciumnya.
Berkaitan hukum peluk dan cium sesama jantina, para ulama berbeza pandangan.
Mazhab al-Syafi’i berpendapat perbuatan tersebut adalah makruh melainkan ketika kembali dari permusafiran atau lama tidak bertemu kerana berjauhan.[2] Imam al-Nawawi menukilkan kalam Imam al-Baghawi yang menyatakan bahawa makruh peluk dan cium sesama jantina melainkan kanak-kanak dan pulang daripada bermusafir[3]. .[4] Pendapat ini juga bertepatan dengan pandangan Imam Malik yang menyatakan bahawa perbuatan tersebut bukan perlakuan bangsa Arab.[5]
Hal ini kerana Nabi SAW pernah menyarankan untuk bersalaman ketika bertemu sahabat dan melarang berpeluk dan cium serta tunduk hormat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA katanya:
Maksudnya: Seorang pemuda berkata: Wahai Rasulullah, apabila seorang lelaki dalam kalangan kami bertemu saudara atau sahabat lelakinya, bolehkah dia menunduk kepala? Baginda SAW menjawab: Tidak. Pemuda itu bertanya: Bolehkah dia memeluk dan menciumnya? Baginda SAW menjawab: Tidak. Dia bertanya lagi: bolehkah dia memegang tangan saudara kemudian bersalaman dengannya? Baginda SAW menjawab: Ya. (Riwayat al-Tirmizi)
Namun peluk dan cium ini tidak dihukum sebagai makruh jika mereka merupakan anak dan mahram serta dilakukan kerana perasaan kasih dan sayang. Imam al-Nawawi menyebut:
ويستثنى من هذا تقبيل الوالد والوالدة ونحوهما من المحارم على سبيل الشفقة
Maksudnya: Dikecualikan daripada hukum (makruh) ini adalah mencium anak lelaki, perempuan dan selainnya daripada kalangan mahram atas sebab kasih sayang.[6]
Makruh bagi seorang lelaki memeluk sahabat lelakinya melainkan apabila ingin bermusafir, pulang dari musafir atau lama tidak bertemu. Selain itu juga,
Hukum makruh ini tidak bersangkutan dengan mana-mana individu yang mempunyai hubungan mahram.
Sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu. Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini yang dilakukan di penghujung solat akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
Hukum sujud sahwi adalah sunat. Jika terlupa melakukan sujud sahwi, hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Aksesori lelaki berwarna emas sering menjadi pilihan masa kini, tetapi adakah hukumnya haram seperti emas tulen? Ini penjelasan lengkap menurut hadis dan pandangan ulama.