Ads

Terlupa Sujud Sahwi, Bagaimana Status Solat

Sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu. Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.

Oleh itu sujud ini yang dilakukan di penghujung solat akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.

Hukum sujud sahwi adalah sunat. Jika terlupa melakukan sujud sahwi, hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:

Ads

عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ

Ads

Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)

Ads

Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Tragedi Di Dewan Sekolah, Mengapa Keganasan Pelajar Perlu Dihentikan Segera

Keganasan di sekolah perlu dipandang serius. Tragedi menyayat hati ini menjadi amaran penting tentang keselamatan, emosi dan perlindungan anak-anak.