Sendawa di hadapan kawan atau ahli keluarga mungkin jadi perkara biasa buat sebahagian kita. Malah ada yang sampai terbelahak atau sengaja mengeluarkan bunyi yang kuat dengan menganggap ia perkara lucu.
Jika terbiasa berbuat demikian sebaiknya ubahlah bermula hari ini. Ini kerana Nabi Muhamamad sendiri pernah menegur tindakan ini bila mana seorang lelaki bersendawa di hadapan sahabat lain.
Ini kerana dari segi adab, Rasulullah mendidik kita agar tidak memperdengarkan sendawa kita di hadapan orang lain
Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang bersendawa di hadapan sahabat lain. Sabda Rasulullah:
“Tahanlah sendawamu di hadapan kami. Kerana orang yang paling kenyang di dunia, (dibimbangi) paling lama laparnya di hari kiamat.” (HR al-Tirmizi)
Bukan haram tapi tidak beradab
Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa larangan tersebut membawa maksud galakan agar menahan diri daripada melakukan sedemikian. (Tuhfah al-Ahwazi). Ia bukanlah sesuatu yang haram, namun ia kelihatan tidak elok di sisi adab.
Al-Imam Zakaria al-Ansari pula menukilkan pandangan mengenai adab menutup mulut ketika bersendawa. Perkara ini diutarakan oleh al-Imam al-Azra’i. (Asna al-Matalib). Ia adalah panduan dari aspek adab seorang muslim.
Begitu juga al-Imam Ahmad yang menghuraikan perkara ini dari aspek adab. Orang yang bersendawa berupaya mengeluarkan angin kesan makanan yang dimakan.
Bayangkan dalam satu kumpulan manusia, duduk dalam bilik kedap, salah seorang mereka bersendawa dengan bau durian atau petai. Perkara ini mungkin boleh mengguris jiwa dan perasaan mereka yang menghidunya.
Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan faktor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala).
Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darinya dan tidak perlu lagi dia mengulanginya) (lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 14/227, hadis no. 2230/125).
Khusus berkaitan dengan orang yang meninggalkan solat, Nabi SAW bersabda;
مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ “Sesiapa meninggalkan solat asar (dengan sengaja), sesungguhnya rosaklah amalannya” (Soheh al-Bukhari; 553. Dari Buraidah RA).
Menurut ulamak; maksud ‘rosaklah amalannya’; batal pahala amalannya (lihat; Minhatul Bari syarh Soheh al-Bukhari, Syeikh Zakaria al-Ansari, 2/268, hadis no. 553).
Jika meninggalkan satu solat sahaja amalan sudah binasa/rosak, bagaimana dengan meninggalkan kesemua solat. Maka hadis di atas perlu menjadi peringatan kepada orang yang melakukan kebaikan (termasuk puasa) namun enggan solat, kemungkinan besar kebaikan mereka ditolak oleh Allah selama mereka tidak bertaubat (dengan kembali mengerjakan solat).
Apatahlagi puasa diperintahkan Allah dengan tujuan agar orang yang berpuasa bertakwa kepada Allah (lihat; surah al-Baqarah, ayat 183). Tanda ketakwaan yang paling dasar –setelah syahadah- ialah mengerjakan solat lima waktu. Jika kita berpuasa kerana takwa, tidak akan tergamak kita meninggalkan solat kerana kewajipan solat lebih besar dari kewajipan puasa. Di awal surah al-Baqarah, Allah menyebutkan antara ciri orang bertakwa ialah; ‘Orang-orang yang sentiasa mendirikan solat’ (lihat; ayat 3).
Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jadi perkara biasa ketika membeli sayur bendi, kita mematahkan bahagian hujungnya untuk memilih bendi yang muda.
Sudahnya tinggallah bendi yang tua dan rosak hingga menyebabkan peniaga pun rasa marah.
Tanpa sedar kita sebenarnya sudah pun merosakkan merosakkan harta orang lain yakni peniaga dan meninggalkannya tanpa membayar apa-apa.
Muharrik Daie berkongsi pengalamannya berdepan dalam situasi ini malah menegur pembeli tersebut. Walaupun perkara ini nampak remeh namun ia tetap ada kesan kepada penjual dan pembeli yang lain.
“Maaf kak, kalau akak patah, akak wajib ambik sebab berdosa akak tak ambik. Sebab merosakan hak orang kak.” Tegur aku pada seorang kakak di pasar malam sebentar tadi. Sewaktu aku ingin membeli sayur sayuran.
Dia menjeling aku seolah olah marah teguran aku.
“Tokey pun tak marah, kau nak marah. Apa hal.” Balasnya kasar kerana tak puas hati dengan teguran aku.
“Maaflah kak. Tokey tu tak nampak kak. Saya cuma ingatkan saja. Saya pun nak beli juga. Jadi saya tak akan ambik yang dah patah. Saya rasa begitu jugak orang lain. Pastinya tokey akan rugi. Haram hukum nya kak. Maaf kak saya terpaksa tegur sebab depan mata saya. Kalau saya tak tegur saya pula yang berdosa.”
Berkali kali aku minta maaf supaya dia terima teguran aku dan berhenti mematah hujung bendi yang ingin di belinya dan sedar akan kesalahannya.
“Kalau tak patah macamana nak tahu tua atau muda bendi ni? Kau tahu ke nak pilih bendi muda kalau tak patah hujungnya?” Dia bertanya aku dalam nada yang agak kasar.
“Walau apa pun alasan akak, akak dah rosakkan harta orang. Itu yang salah. Saya pun tak tahu nak pilih yang muda atau tua bendi tu tapi biasanya saya ambik yang kecik kecik saja.
“Atau akak tanyalah tokeynya dulu, boleh ke patah patah. Kalau tokey nya kata ok, tak mengapa. Tapi kalau sebaliknya akak berdosa merosakan harta penjual. Tak apalah akak, saya panggil tokey nya. Kita minta izin,” ujar ku untuk mengertaknya.
“Tak apa tak apa, aku ambik semua yang aku patah tadi. Tak perlu panggil tokey nya. Terima kasih kerana bagi tahu,” ujar kakak itu walau pun nada suaranya masih tinggi walau pun dia mengalah.
Aku tahu dia malu dengan aku. Aku pun terus berlalu dan tak jadi untuk membeli bendi tersebut dan aku biarkan dia menunggu tokey sayur yang sibuk itu untuk membuat bayaran. Kalau aku tunggu pastinya dia rasa tidak selesa. Cukuplah sekadar itu tanggung jawab aku menegur supaya dia tidak terus membuat kesalahan.
Aku rasa dalam isu bendi ni, bukan saja kakak yang aku tegur itu saja yang melakukan, malah di luar sana masih ramai lagi wanita dan kaum ibu yang melakukan perbuatan mematah hujung bendi tersebut tanpa rasa berdosa dan bersalah.
Sebab itu bab feqah ni, bukan hanya kita belajar bab ibadat saja. Bab bermuamalat dan berjual beli ni pun kita kena belajar. Kalau tidak berdosa zalim kita dalam berjual beli.
Memanglah mematah hujung bendi itu nampak kecil tapi dosa merosakkan harta orang itu berat dosanya. Ubahlah sikap kita. Jangan sebab nak cari bendi muda kita rosak dan zalimi hak orang lain.
Menurut beliau jika seseorang itu merosakkan barang orang lain, maka dia perlu menggantikan barang tersebut dengan membelinya (mengikut harga pasaran semasa) dan memberikan barang tersebut kepada pemiliknya, atau membayar semula kepada pemiliknya dengan nilai yang setara dengan nilai semasa barang tersebut di tempat berlakunya kerosakan tersebut.
Peristiwa begini juga pernah berlaku pada zaman Rasululllah SAW. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.Anha, katanya:
“Aku belum pernah melihat orang yang pandai memasak makanan seperti Safiyyah. Dia memasakkan makanan untuk Rasulullah SAW dan hantarkan kepadanya. Lalu perasaan marah kerana cemburu menyelubungiku maka aku pecahkan bekas makanan tersebut.”
Apabila ‘Aisyah memohon maaf atas perbuatannya kepada Rasulullah SAW, beliau bertanya: “Apakah kafarah (ganti) bagi perbuatanku itu?”, Baginda SAW bersabda:
إِنَاءٌ مِثْلُ إِنَاءٍ وَطَعَامٌ مِثْلُ طَعَامٍ
Maksudnya: “Bekas bersamaan dengan bekas, makanan bersamaan dengan makanan.”
Riwayat Abu Dawud (3568), al-Nasa’ie (3957) dan Ahmad (25155)
Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha’r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Baru-baru ini bekas kelahiran program realiti Akademi Fantasia 6, Nubhan Ahamad telah mewarnakan rambutnya. Namun tindakannya itu telah ditegur oleh ibunya. Rentetan daripada itu, Nubhan tertanya-tanya hukum sebenar mewarnakan rambut walaupun pewarna yang digunakan disahkan halal penggunaannya.
HARI2 MAK DEN BEBEL… mmg x nampak sgt kalernya…sbb sya buat light2 je…tetap kantoi kat mak sya ? ada yg kata haram ada yg kata halal…confuse den…tolonglah ustaz2 bg pencerahan…????
Sejurus lps 5 minit sya up video minta pencerah…ustaz @pu_azman terus respon…tq ustz bg pencerahan…skrang rambut sey dah kontot…yg ponting mak den tak memotir ?
Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
(b Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh
(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) orang bukan Islam.
Kesimpulannya kalau kita rasa was-was, eloklah kalau kita tak payah buat.
Sumber kredit: @nubhan.ahamad dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?