Isu berbasikal di lebuh raya sudah lama diperkatakan. Malah di pihak kerajaan sendiri sudah mengeluarkan larangan berbasikal di lebuh raya dan denda RM1000 bagi penunggang yang ingkar.
Di saat ramai sukakan aktiviti sihat ini, pagi ini dikejutkan dengan berita seorang gadis menemui ajal selepas basikalnya bergesel dengan sebuah lori di Putrajaya. Difahamkan gadis ini berbasikal seorang diri dari Subang Jaya menuju ke Putrajaya dan kemudian basikalnnya bergesel dengan lori satu tan ini lalu menemui ajal di lokasi.
Dalam satu perkongsian pengguna fb atas nama Shukri Hassan yang melakukan aktiviti jogging di lokasi sama merupakan saksi kejadian menyedihkan ini.
Ads
Ini adalah perkongsian dibuatnya:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Berhati-hatilah kawan-kawan yang kayuh basikal di luar sana. Hari ini dalam perjalanan pulang balik dari joging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yang membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dengan lori.
Ads
Berlaku di depan mata saya apabila mangsa bergesel dan dilenyek oleh lori tersebut. Kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10. Saya terus berhenti di tepi jalan dan pergi ke arah mangsa.
Ads
Saya check nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah. Saya terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian ambulance dan anggota polis sampai di tempat kejadian.
Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia. Mangsa perempuan melayu dari Subang Jaya datang ke Putrajaya seorang diri untuk aktivitiberbasikal. Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
1. Elakkan kayuh seorang diri. Kalau boleh kayuh dalam kumpulan. 2. Kayuh d lorong sebelah kiri. Mangsa kayuh dilaluan sebelah kanan dan bergesel dengan lori. Sumber / Gambar : Shukri Hassan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Mak kandung, baik buruk anak tetap disayang.’ Tapi mak angkat, sekali anak tersilap langkah terus dibuang. Tidaklah semua mak angkat begitulah, tapi ini adalah kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita.
Bila anak anak angkat buruk perangai dan tersalah langkah, dipulangkan semula anak angkat kepada kepada keluarga kandung. Padahal anak ini ibarat kain putih, dia membesar mengikut corak kita.
Ikuti perkongsian Baitus Solehah ini yang kecewa dengan sikap segelintir keluarga angkat yang mengabaikan dan memulangkan semula anak angkat setelah anak ini membesar tidak mengikut apa yang mereka inginkan.
Masa mohon anak dari bayi beria-ia, kemudian bila sudah besar, perangai tidak memenuhi impian, pulangkan semula.
Gadis ini diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak punya anak. Merupakan anak ke 11 dari 12 orang adik-beradik. Yang memohon merayu minta anak itu kata,
“Kamu ada ramai anak, tak terbela sempurna. Berilah anak seorang ini kepada saya. Saya sunyi. Berilah peluang saya jadi emak. Kamu ada ramai anak lain, insyallah yang lain-lain itu boleh kamu bela.”
Kebetulan ibu ini selepas melahirkan anak, mengalami meroyan. Jadi anak itu diserahkan kepada keluarga yang merayu-rayu tadi. Diambil kesempatan merayu waktu orang dalam kesusahan. Pernahlah jumpa sekali-sekala.
23 tahun kemudian, gadis ini didapati mengandung tanpa suami. Ibu angkat halau suruh balik ke rumah keluarga kandung.
Mak kandung yang tidak berapa rapat, tetap terima. Darah dagingnya sendiri. Buruk bagaimana pun perangai anak, tetap diterima.
Mak ini pelihara 11 orang, walaupun susah mereka terjaga akhlak dan agama. Anak yang diserahkan, mak angkat cuma pelihara seorang sahaja pun.
Bila sudah mengandung, mak kandung yang susah payah cari tempat perlindungan. Mak kandung hantar, serahkan anak untuk mohon dididik dan diberi tunjuk ajar mana yang tersilap langkah.
Itulah emak kandung, buruk baik anak tetap disayang tidak dibuang. Sekali pun anak itu tersilap langkah, bukan bermakna selamanya anak itu silap. Masih ada usaha untuk dibetulkan jalan hidupnya.
Tapi mak angkat, mudah sahaja pulangkan semula. Bukan seorang dua yang masuk Baitus Solehah terdiri dari anak angkat dibuang keluarga angkat, ramai.
Memang tidak semua mak angkat begitu, segelintir sahaja. Ketika masih bayi, ambil bukan main suka. Sudah tidak menjadi hasil jagaan, terus buang.
Jadi saya mengingatkan kepada keluarga angkat, buruk baik anak yang dijaga tu, jagalah sampai hujung nyawa. Tak usah diungkit, ‘Kau ikut perangai mak bapa kau lah ini.’
Sedangkan anak itu ibarat kain putih, siapa yang menjaga itu yang mewarnakan. Jangan dikaitkan keturunan mana asal anak itu. Sudah ambil, jaga elok-elok. Buruk, baik atas jagaan masing-masing.
Betulkan niat memohon anak angkat. Jadikan ia sebagai ladang untuk beramal, bersedekah. Asuh dan jaga anak itu baik baik. Jika terjadi sesuatu musibah, muhasabah diri. Anak tu amanah, kamu yang merayu meminta.
.
Setakat ini sudah lebih 10 orang berstatus anak angkat saya nikah setelah tidak ada waris hendak ambil mereka setelah keluar daripada Baitus Solehah.
Keluarga angkat tidak mahu ambil, kata mereka anak itu membawa aib dan sial kepada keluarga angkat. Jadi setelah bernikah, suami yang menjadi waris.
Menikahkan anak angkat lebih mudah urusan, tambah jika status tidak sah taraf, terus mohon wali hakim di Mahkamah Syariah.
Layanan terbaik untuk isteri kesayangan. Junjungan besar kita, nabi Muhammad SAW adalah contoh insan paling sempurna dalam apa sahaja aspek kehidupan. Terbaik sebagai seorang anak, lelaki, suami, sahabat, pemimpin dan hamba kepada Allah SWT.
Baginda bertindak sesuai dengan situasi dan dengan siapa dia berurusan. Semua dihadapi dengan ketelitian, kerana apa yang dilakukannya adalah gambaran keindahan Islam. Subhanallah.
Ada sisi menarik yang para suami perlu take note tentang betapa sayangnya Rasulullah dengan para isterinya. Baginda tampilkan sisi seorang lelaki yang gagah di medan perang kepada seorang suami yang super penyayang.
Tiada lelaki di dunia ini boleh menandingi keupayaan Rasulullah SAW memikat dan menjaga hati sang isteri.
Artikel ini sangat bermanfaat buat suami yang begitu prihatin dalam menjaga hak isteri dalam rumahtangga berdasarkan amalan Rasulullah.
Semua isteri mahukan layanan romantis dan penuh kasih sayang first class sebagaimana Rasulullah.
“Rasulullah sering mencium Aisyah dan itu tidak membatalkan puasa”. (HR Nasai).
Penjelasan dari hadis tersebut ialah Rasulullah SAW mencium isterinya kerana ingin memberikan kesenangan dan kebahagiaan, bukan semata kerana hawa nafsu.
RasulullahSAW sangat menjaga adab tutur kata dengan sesiapa pun. Dalam meluahkan rasa kasih, baginda menzahirkannya secara sederhana dan bersahaja.
Baginda pernah bersabda “Aku diberi rezeki berupa rasa cinta kepada engkau wahai isteriku”. (HR Muslim).
Kalimat tersebut sederhana sahaja tanpa pujian berlebihan, tetapi sangat mendalam? Seorang isteri tentu akan bahagia jika mendengar kalimat tersebut daripada suaminya. Jika bahasa millennial sekarang ia dikenali sebagai pick-up line.
Rasulullah SAW selalu memanggil isterinya dengan panggilan indah yang disukai. Aisyah dipanggil dengan panggilan “Ya Humaira” (Wahai wanita yang pipinya kemerah merahan) isteri mana yang tak seronok kan?
Dari Anas berkata :
“Kemudian kami pergi menuju Madinah. Aku lihat Rasulullah menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah (salah satu isteri Rasulullah) kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia berjaya menaiki unta tersebut”. (HR Bukhari).
Hadis tersebut menceritakan bahwa Rasulullah SAW memanjakan isteri dengan memberi layanan dan keselesaan untuk isterinya.
Rasulullah SAW ingin semua isterinya bahagia dan salah satu cara untuk tackle mereka ialah dengan memberikan hadiah.
“Rasulullah memberi kepada masing masing isterinya sebotol minyak kasturi”. (HR Ahmad).
Hadiah tersebut bukan sesuatu yang bertujuan untuk berlebihan atau bermewah-mewahan, tetapi sebagai tanda ingatan selain bermanfaat untuk mereka.
Saat menikmati makanan bersama, Rasulullah SAW sentiasa bersikap menyenangkan sehingga gelas dan bekas makanan dikongsi bersama. Dari Aisyah r.a “Aku biasa makan bubur bersama Rasulullah dalam bekas yang sama, aku minum air dengan gelas dan beliau meletakkan mulut beliau di gelas tersebut lalu beliau minum”. (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur)
Selisih faham dalam kehidupan berumahtangga adalah perkara biasa. Tetapi jangan dibiarkan lama.
Ketika isteri Rasulullah marah atau merasa dukadi hati, Rasulullah tidak pernah membalas dengan kata-kata kasar atau membatu kan diri. Baginda akan menyejukkan hati isteri dengan cara yang manis dan lembut.
“Rasulullah memicit hidung Aisyah jika dia marah dan berkata : Ya Humaira, bacalah doa : Wahai Tuhanku, ampunlah dosa-dosa ku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindunglah aku dari fitnah yang menyesatkan”. (HR Ibnu Sunni) Rasulullah tidak pernah melepaskan kemarahan pada isterinya jauh sekali memukulnya.
Diriwayatkan oleh Aisyah, “Rasulullah tidak pernah memukul isterinya walau sekalipun”. (HR Muslim).
Dari Aisyah r.a “Rasulullah selalu mencium isterinya sebelum keluar untuk solat, kemudian keluar menunaikan solat tanpa berwuduk dahulu”. (HR Ahmad).
Cara ini memang boleh buat hati isteri berbunga-bunga. Nyata Rasulullah berusaha memberikan ketenangan pada isterinya selama beliau berpergian dengan cara menciumnya terlebih dahulu agar tidak timbul prasangka buruk pada hati isteri sebab suami telah meminta izin dengan baik.
Ini menunjukkan Rasulullah SAW amat menyayangi dan memerlukan isteri. Rasulullah, pernah berbaring di pangkuan isterinya dengan tujuan saling berkasih sayang.
“Beliau (Rasulullah mendekati isterinya (Aisyah) dan dia ada di biliknya, lalu menyisir rambut beliau, padahal iserinya sedang haid”. (HR Muslim)
Dalam sebuah riwayat Rasulullah SAW mandi bersama Aisyah dalam satu bilik mandi dengan kolah yang sama “Aku (Aisyah) pernah mandi dari jinabat bersama Rasulullah dengan satu tempat air, tangan kami selalu bergantian mengambil air, dan tangan kami bersentuhan”. (HRMutafaqun ‘Alaih)
Mandi bersama isteri bukanlah tindakan tercela atau sesuatu yang dilarang dalam Islam, sepasang suami isteri memiliki hak sepenuhnya dalam kasih sayang dan melayani satu sama lain.
Rasulullah melakukan hal tersebut untuk melayani dan memberikan kegembiraan bagi isterinya.
Ketika mendengar keluhan hati isterinya, Rasulullah mendengarnya dengan sabar dan memberi tanggapan dengan baik.
Baginda melakukan begitu untuk memberikan hak kepada isterinya bahawa salah satu tugas seorang suami ialah menjadi pemimpin dan pemberi keputusan ketika isterinya dilanda kebingungan.
Dari Aisyah r.a “Rasulullah adalah orang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit”. (HR Bukhari)
Aisyah r.a berkata : “Rasulullah jika hendak melakukan perjalanan, beliau melakukan undian di antara para isteri, barang siapa yang keluar namanya, maka dialah yang ikut pergi bersama beliau”.(HR Bukhari)
Hal ini pernah diutarakan oleh Aisyah ketika ada yang bertanya padanya mengenai apakah urusan rumahtangga yang biasa dilakukan oleh Rasulullah ketika baginda di rumah.
Aisyah menjawab: “Rasulullah membantu melaksanakan pekerjaan keluarga”. (HR Bukhari)
Ketika ditanya oleh Aisyah, “Ya Rasulullah bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?
Baginda menjawab “Ya Humaira, apakah aku tak boleh menjadi hamba Nya yang bersyukur?”. (HR Bukhari)
Hadis menjelaskan bahawa Rasulullah SAW bersedia membantu urusan rumah tangga walaupun penat atau berat untuk dilakukan sebagai rasa bersyukur kepada Allah telah diberikan seorang isteri. Baginda menzahirkan rasa syukur itu dengan melayan isterinya dengan baik sekali.
Rasulullah memberi kasih sayang pada isterinya dengan rutin membelai dan memenuhi nafkah batin yang merupakan hak isterinya.
“Setiap hari Rasulullah membelai semua isterinya seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai tanpa menggauli isteri kecuali Baginda singgah ke rumah isteri yang beliau gilirkan waktunya lalu beliau bermalam di tempatnya”. (HR Ahmad)
Dalam sebuah kisah diriwayatkan bahawa Aisyah menunggu Rasulullah sehingga tengah malam hingga tertidur berhampiran pintu rumah. Ketika Rasulullah sampai rumah dan menyedari hari sudah larut malam, baginda tidak jadi mengetuk pinu rumah kerana bimbang ketukan itu akan mengejutkan isterinya dari lena.
Baginda lalu meletakkan serban di depan pintu dan tidur di atasnya. Walaupun dalam keadaan letih, baginda tidak mahu membebani isterinya dan malam tertidurlah mereka tanpa saling mengetahui mereka tertidur di depan pintu.
Pagi hari ketika Aisyah membuka pintu dia terkejut melihat Rasulullah tidur di luar dan Rasulullah berkata “Aku pulang larut malam. Bimbang r mengganggu tidurmu, aku tak sanggup mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu”. (HR Muslim)
Betapa tingginya rasa kasih sayang Rasulullah SAW terhadap isterinya.
Kashoorga: Apa yang dilakukan oleh baginda ini adalah satu ibadah kerana Allah SWT. Sebagai umatnya, kita cuba lah sedaya upaya meniru sehabis baik agar timbul kasih sayang menebal dan menjadikan kehidupan berumahtangga itu teramat indah.
Ramai mengimpikan untuk hidup senang. Mempunyai wang yang banyak dengan menyimpul pelbagai impian. Antaranya, pasti ramai yang berangan-angan jika ada wang yang banyak, mereka mahu gunakan duit itu untuk menyenangkan ibu bapa yang selama ini hanya biasa-biasa saja. Dengan wang itu juga mahu diberikan kepada adik beradik, disedekahkan kepada orang ramai yang susah, diwakafkan untuk pembinaan masjid serta pelbagai lagi tersimpul di lubuk sanubari kita. Namun ada kalanya ia hanya sekadar satu impian kerana “kekayaan” itu belum ternampak jelas di depan mata.
99 nama Allah, antaranya disebut sebagai Ar Razzaq iaitu Maha Pemberi rezeki kepada hambanya. Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37).
Namun bagaimana “menarik” rezeki dinyatakan itu?
Dalam satu perkongsian oleh Syeikh Zainul Asri, pendakwah ini berkongsi satu selawat yang mampu memudahkan rezeki seseorang itu.
Kata Syeikh Zainul Asri, amalan selawat ini perlu dihafal dan bukan ditulis. Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar.
“Insya Allah, akan beri rezeki kalau amalkan selawat ini. Ia perlu dihafal katanya, bukan ditulis.
Selawat menarik rezeki ini berbunyi “Allahuma, soll wasalim ‘ala syaidina Muhammad,
Karimil aba’, wal ummahath.
Bermaksud :- Wahai Tuhan kami, selamatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang merupakan semulia-mulia ayah ayah dan ibu-ibu.
Ia perlu dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan 10 kali selepas solat Asar. Sumber :-Tik Tok @faiz.zz._
Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang melihat sedekah dalam kerangka yang sempit. Apabila disebut tentang sedekah, gambaran yang terlintas di fikiran kebiasaannya ialah pemberian...