Drama Sweet Dreams arahan pengarah Michael Ang lakonan Mira Filzah dan Ben Amir cukup viral dan trending diperkatakan warga net. Ramai yang tidak sabar menunggu episod terakhir drama yang cukup meruntun jiwa anak muda ini.
Semua tertanya-tanya dan membuat andaian bagaimana kesudahan drama ini yang mengetengahkan jalan cerita di mana pasangan kekasih yang sanggup berkahwin dan mahu sehidup semati walaupun tahu salah seorang daripadanya akan meninggal dunia kerana sakit.
Itu adalah drama tetapi dalam dunia realitinya adakah ada pasangan yang sanggup bersusah payah dan bersedia untuk hidup bersama walaupun tahu hayatya tidak lama.
Apakah cinta sejati itu sudah cukup dan mengatasi segala-galanya tanpa memikirkan kehidupan selepas pasangannya kelak telah tiada.
Ads
Menjawab persoalan ini, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberitahu berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan. Dan sekiranya kedua-dua pasangan reda antara satu sama lain, Allah juga akan reda kepada mereka berdua.
“Berkahwin itu sunnah yang utama dilakukan” – Ustaz Riza Kamaruddin
“Kalau dua-duanya sudah reda, maka Allah juga akan reda dengan niat mereka. Malah itu juga merupakan amal soleh yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Ads
“Apabila kedua-duanya ikhlas berkahwin kerana Allah, walaupun pasangannya itu sudah dalam keadaan uzur maka tiada balasan yang paling mahal di sisi Allah melainkan syurga,” ujar Ustaz Riza memberitahu.
Menurutnya lagi menziarahi orang sakit dan orang mati pun ada ganjaran pahala yang besar diberikan oleh Allah.
Ads
“Inikan pula yang berhajat mahu mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang uzur dengan niat untuk menjaga, merawat dan menemaninya hingga akhir hayat.
“Sudah tentu ganjaran pahala yang juga besar menanti mereka. Berbahagialah mereka di akhirat kelak,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Alhamdulillah, menjunjung titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas ketetapan terkini had jemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu dan Solat Sunat Aidiladha di masjid dan surau dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara berfasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Haji Mohd Ajib Ismail memaklumkan, seramai 300 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan sunat aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.
“Jumlah itu bagaimana pun berbeza di lapan buah Masjid Pusat Zon iaitu hanya 100 orang dibenarkan. Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang sahaja manakala bagi Surau yang diberi kebenaran Khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan hanya 40 orang sahaja.
“Manakala jumlah jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang,” katanya menambah jumlah jemaah bagi solat fardu berbeza mengikut kapasiti ditetapkan.
“Bagi solat fardu lima waktu, jumlah jemaah dibenarkan bagi Masjid Wilayah ialah 100 orang. Bilangan jemaah di lapan buah Masjid Pusat Zon iaitu hanya 50 orang dibenarkan. Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 30 orang sahaja manakala bagi Surau yang diberi kebenaran Khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan hanya 20 orang sahaja. Manakala jumlah jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri menjelaskan di fbnya, SOP terbaharu ini disusun dengan lebih terperinci, mengambil kira keluasan kawasan dan risiko setempat yang pastinya lebih meraikan hasrat umat Islam setempat, tanpa mengenepikan keperluan kepada pematuhan SOP.
Saya juga mengambil maklum akan ketetapan terbaharu yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri di beberapa buah negeri yang telah memperlihatkan kelonggaran dan pembukaan kapasiti lebih luas bagi jemaah masjid dan surau di negeri masing-masing. Semoga masjid dan surau dapat diimarahkan semula seperti sedia kala, insya-Allah.
Moga dengan pengimarahan masjid dan surau ini wabak Covid akan berlalu pergi.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Biasa kita mendengar lantangnya suara orang membaca al-Quran ialah semasa pertandingan tilawah al-Quran. Namun ada juga yang gemar membaca kitabullah ini dengan suara yang kuat sehingga boleh terdengar beberapa meter walaupun tanpa pembesar suara.
Bagaimanakah hukumnya jika ada orang yang membaca al-Quran dengan suara kuat? Boleh atau tidak?
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan fi Adaab Hamalati al-Qur’an, di saat yang sama ada banyak hadis-hadis tentang kesunahan membaca al-Quran dengan suara keras dan suara perlahan.
Menurut Imam al-Ghazali, cara mengkompromikan antara hadis-hadis dan atsar yang bercanggah pendapat tentang hal ini. Pertama, bahawa memperlahankan suara ketika membaca al-Quran itu lebih utama. Kalau yang melakukannya merasa takut terkena sifat riya’ (ingin dipuji).
Tetapi, kalau tidak takut terkena sifat ingin dipuji, menguatkan suara itu tidak jadi masalah. Kerana membaca Alquran dengan suara kuat akan memberikan manfaat kepada orang lain, diantara pada yang mendengarnya.
Faedah lainnya adalah bacaan al-Quran dapat mengetuk hati, membuat pendengaran menjadi peka memperhatikan, mendorong untuk memikirkan maknanya, bahkan boleh membuatkan orang yang lupa dan tertidur menjadi tersedar. Ia juga satu bentuk dakwah secara tidak langsung.
Selama tujuan-tujuannya seperti faedah di atas, maka membaca al-Quran dengan suara kuat adalah dibolehkan. Tak ada masalah. Malahan, akan beroleh pahala yang berlipat ganda.
Diantaranya hadis-hadis yang menjadi dalil disunahkan membaca al-Quran dengan kuat, adalah riwayat Shahih al-Bukhari dan Muslim dari Abu Musa al-Asy’ari;
عن أبي موسى قال النبي صلى الله عليه وسلم إني لأعرف أصوات رفقة الأشعريين بالقرآن حين يدخلون بالليل وأعرف منازلهم من أصواتهم بالقرآن بالليل وإن كنت لم أر منازلهم حين نزلوا بالنهار ومنهم حكيم إذا لقي الخيل أو قال العدو قال لهم إن أصحابي يأمرونكم أن تنظروهمDari Abi Musa Ra., Nabi SAW. bersabda: Sungguh saya mengetahui (kualiti) suara mereka yang berasal dari marga “Asy’ari”, ketika mereka berada di waktu malam. Saya mengetahui kualiti mereka ketika suaranya membaca al-Quran di waktu malam. Dan jika saya tidak melihat rumah-rumah mereka di waktu malam, dapat dilihat di waktu siang. Ada seorang bijak dari mereka, ketika bertemu pasukan kuda atau (mungkin) musuh, ia (tidak lari dan) berkata, “para sahabatku memerintahkan kalian untuk menunggu mereka”
Atau hadis lain yang lebih jelas pernyataannya, diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasa’I dan lainnya dari al-Bara’ bin ‘Azib,
زينوا القرآن بأصواتكم “Hiasilah al-Qquran dengan suara-suaramu (yang indah).
Sementara itu, hadis yang menjadi dalil kesunahan membaca al-Quran dengan suara perlahan adalah hadis hasan riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, dari ‘Uqbah bin Amir
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: الجاهر بالقرآن كالجاهر بالصدقة، والمسرّ بالقرآن كالمسرِّ بالصدقة Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang mengeraskan suara membaca al-Quran seperti orang yang terang-terangan bersedekah. Dan orang yang memelankan suaranya seperti orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi.”
Terakhir, Imam al-Nawawi dalam al-Tibyan menyimpulkan bahawa baik bersuara kuat mahupun perlahan, membaca al-Quran itu bergantung keadaan pembacanya. Jika jahr/bersuara kuat menyebabkan dia melakukan yang tidak direstui agama, sebaiknya janganlah membaca dengan suara kuat.
Tetapi jika tidak ada masalah, disunatkan untuk jahr atau bersuara kuat. Apalagi membacanya dalam keadaan berjemaah, disunatkan untuk bersuara kuat. Wallahu A’lam
Perihal mengenai syurga ada disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 25.
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”.
Matlamat akhir kehidupan manusia di dunia ialah memperoleh syurga berbanding neraka kerana neraka digambarkan suatu tempat yang menggerikan. Pasti ramai orang beriman dan beramal soleh ingin memasuki syurga kerana syurga digambarkan satu tempat yang sangat indah. Tapi tahukah kita, ada lima benda berasal dari syurga tapi ada di dunia ini.
Apakah lima barang berasal dari syurga namun ada di dunia ini?
Sesiapa yang ke Makkah pasti menginginkan mencium hajarul aswad. “Kepayahan” mencapai ke penjuru terletaknya hajar aswad itu hanya mereka yang pernah merasainya faham apa diperkatakan kerana ribuan manusia berasak-asak mahu mencium batu tersebut.
Asal kejadian dikatakan ia dikatakan berwarna putih namun selepas dicium oleh manusia-manusia yang berdosa, ia bertukar menjadi warna hitam. Berdasarkan hadith, Hajar Aswad dibawa oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangunkan Kaabah.
Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat sekarang ini. Kamu tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kamu masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).
Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah – kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan sebahagian strukturnya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah – kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka'abah.
Kemudiannya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah – tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.
Akhirnya Nabi Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.
2. Batu Maqam Nabi Ibrahim
Sama seperti Hajar Aswad, batu Maqam Nabi Ibrahim ini terletak di sisi Kaabah. Ia dikatakan menjadi batu pemijak Nabi Ibrahim ketika membangunkan Kaabah. Dikisahkan, ketika Nabi Ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah ke tempat yang lebih tinggim maka Nabi Ibrahim telah memijak batu ini yang mana batu ini terangkat dengan sendirinya (atas izin Allah taala).
Pada batu tersebut masih terdapat bekas tapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini dikatakan memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun Allah telah memadamkan cahayanya kerana dipercayai cahaya itu masih ada, cahayanya apabila digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka ia akan menerangi seluruh bumi antara ufuk timur dan ufuk barat.
Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah SAW bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari syurga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian nescaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.
3. Kayu Gaharu
Ramai pernah dengar kayu gaharukan. Ia banyak terdapat di Indonesia dan harganya mencecah ribuan ringgit sekilogram dan banyak dibuat minyak wangi. Satu hadis menyebut mengenai kayu gaharu. Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda “golongan penghuni syurga yang pertama kali masuk syurga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhari).
4. Cincin Nabi Sulaiman
Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi di antara sisinya tertulis kata:
Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” ertinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.
Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”
Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” ertinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .
Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” ertinya : Maha suci engkau wahai Tuahanku yang tidak ada sekutu bagimu.
Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan. Di mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya dan para Malaikat sebagai utusannya.
Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. Sebagaimana firman Allah SWT : “Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35). Gambar : FB
5. Daun Tin
Ramai tahu kisah Nabi Adam yang melanggar perintah Allah selepas terpedaya dengan bisikan syaitan agar tidak memakan buah khuldi. Namun akhirnya Nabi Adam dan isteri yang menyesali perkara ini diturunkan ke bumi dan cuba mencapai dedaun yang ada di syurga namun dedaun menjauhi dirinya. Hanya daun Tin berasa sedih kepada Nabi Adam dan menutup tubuh Nabi Adam. Allah berikan kelebihan kepada daun tin berupa buahnya yang manis tanpa biji.Gambar buah tin (abahtani.com)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?