Setiap petang pastinya kita ternanti-nanti laporan perkembangan semasa pandemik Covid 19 negara yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Namun kita tak tahu pun kisah sebalik tabir laporan yang disiapkan itu.

Siapakah mereka? Pastinya barisan frontliners yang hebat kerana laporan yang diberikan sangat terperinci dan lebih penting mudah difahami masyarakat umum.

Penghargaan buat mereka ini turut dirakamkan oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham dalam entri facebooknya susulan satu kisah pendek oleh Dr. Mohamad Fadli Khairi yang terlibat dalam menyiapkan data laporan yang dikatakan perlu disiapkan tidak sampai empat jam sebelum sidang media diadakan.

Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.

Tiada kata yang sesuai diberikan buat semua frontliners ini hanyalah ucapan jutaan terima kasih dan terima kasih. Kita ikuti catatan Dr. Fadly dalam entrinya itu, bagaimana dia dan pasukannya bekerja setiap hari semenjak pandemik diwartakan.

Artikel berkaitan: Saya Doa Allah Beri Kesembuhan Pada Rakyat Malaysia. Turut Disahkan Positif Covid-19, Dr Zulkifli Titip Doa Buat Semua

Artikel berkaitan: Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham  KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina

IKLAN

Hari kami bermula setiap hari pada pukul 8 pagi. Tepat pada waktunya Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) akan memulakan mesyuarat pagi dengan semua pemegang taruh dalam pengurusan covid di KKM termasuk ketua-ketua bahagian dan pakar-pakar perubatan.

Isu-isu semasa yang berlaku, perincian kes harian, kluster aktif, keadaan hospital, klinik kesihatan, logistik, sampel dan sumber manusia akan dibincangkan seterusnya langkah-langkah yang perlu diambil akan diperhalusi.

Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
Laporan lengkap pandemik diumumkan oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham dikeluarkan oleh jabatan Data CPRC Kebangsaan.

Kemudian semua orang akan kembali ke pasukan masing-masing. Saya sendiri akan kembali ke team data. Team kami diketuai oleh Dr Hazlina Yahaya,
Dr Shahrul dan terdiri daripada beberapa orang pegawai dari pelbagai bahagian KKM.

Hanya Dr Hazlina dan Dr Shahrul merupakan anggota tetap dari cawangan survelan, bahagian kawalan penyakit manakala kami semua merupakan pasukan bantuan yang dikumpulkan khas untuk pengurusan data bagi krisis covid ini.

Tugas kami bermula daripada menerima perlaporan dan notifikasi kes positif dari pukul 12 pm semalam hingga ke 12 pm pada hari ini. Setiap maklumat yang diterima akan di teliti dan di lakukan verifikasi untuk memastikan ketepatan dan kesahihan data. Setiap nama pesakit juga akan diberi nombor kes sebagai ‘deidentification’ bagi membolehkan analisa data dan kerahsiaan data pesakit terjaga.

IKLAN

Setiap data positif yang disiasat akan dikenal pasti tentang maklumat sosiodemografi, kadar CT value, punca jangkitan, jenis saringan dan risiko penyebaran kes kepada masyarakat. Kami juga akan mengenal pasti hubungan epidemik (epid link) antara satu kes dengan kes yang lain terutama apabila ia melibatkan hubungan antara negeri.

Sekiranya ada, perbincangan akan diumumkan dengan negeri dan daerah untuk mengumumkan kluster tersebut. Tujuan kluster diumumkan adalah supaya tindakan proaktif dan saringan lebih giat boleh dilakukan di daerah dan lokaliti yang terlibat.

Pukul 4 hingga 5 adalah waktu-waktu genting untuk kami. Semua data perlu dimuktamadkan supaya boleh diumumkan sewaktu sidang media Tan Sri KPK. Proses verifikasi dan counter check dilakukan bagi memastikan tiada kesilapan yang berlaku.

Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
War room

Ada beberapa orang ditugaskan untuk menyiapkan teks ucapan Tan Sri KPK dan akan mengumpul semua data yang penting untuk dimasukkan. Semua proses perlu berlaku dengan cepat dan tepat.

IKLAN

Antara yang menjadi cabaran apabila bilangan kes harian yang sangat tinggi menyukarkan urusan analisa data. Apa pun yang berlaku, zero error dan 100% accuracy sentiasa jadi matlamat kami.

Data yang sama ini juga akan diserahkan kepada pasukan-pasukan lain untuk analisa yang lebih terperinci. Analisa data ini lah yang akan digunakan untuk membuat keputusan penting bagi mengekang penularan wabak covid.

Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
Pulang lewat malam setiap hari adalah perkara biasa bagi team CPRC

Setiap hari selain sidang media Tan Sri KPK, pasukan ini juga akan menghasilkan laporan harian linelisting akhir. Semua kes juga akan digeocode bagi klasifikasi mukim, daerah dan juga digunakan oleh team mysejahtera untuk hotspot tracking. Begitulah akhirnya satu hari berakhir dan keesokannya kitaran yang sama akan bermula semula.

Kami cuba sebaik mungkin untuk memberikan penyelesaian terbaik supaya negara ini dapat menang dalam peperangan menentang musuh Covid19. Namun, ini semua tidak bermakna tanpa kerjasama daripada semua pihak yang lain.

Sumber Artikel: Dr Fadly Khairie
Team Data @ Bilik Kaca CPRC Kebangsaan

Kashoorga: Mewakili rakyat Malaysia, kami mengucapkan jutaan terima kasih buat team CPRC dan semua frontliners yang terlibat menangani pandemik Covid 19 ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dan semoga semuanya dilimpahi kurniaan rezeki dan rahmat Allah.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI