
Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan kemakmuran negara kita. Tiada peperangan, tiada kebuluran malah banyak kemudahan perubatan disediakan jika diuji dengan kesakitan. Walau kadang kita diuji dengan ketiadaan pekerjaan kerana COVID-19 namun jika rajin berusaha menggunakan tulang empat kerat, masih ada rezeki yang menanti.
Kata orang biar gaji tak banyak, asal ada. Bahkan kemurahan hati rakyat Malaysia yang saling membantu mereka diuji kesusahan sudah terbukti tanpa mengira agama dan bangsa.
Namun bagi rakyat Palestin, kala ini mereka bukan saja diuji dengan musim sejuk melampau dan masa yang sama mereka kekurangan pakaian menutup tubuh tetapi gaji juga dipotong sebanyak 70 peratus.
Ya gaji dipotong 70 peratus dan hanya peroleh 30 peratus saja. Jika di negara kita gaji dibayar dengan bekerja sebulan, 30 hari tapi berbeza di sana di mana kena bekerja 40 hari lamanya sebelum memperoleh gaji.
Perkongsian dari Pengasas/ CEO Cinta Gaza Malaysia -CGM, Nadir Al Nuri mengenai situasi di Palestin pastinya mengundang sebak kita yang melihatnya.
Dalam catatannya beliau yang tinggal di Palestin berkongsi kisah menyedihkan ini. Seharusnya kita belajar bersyukur dengan segala nikmat Allah taala.

Allah…
Sebak bila melihat gambar ini. Pekerja di Gaza dibayar gaji mereka setiap 40 hari, itupun sekitar 30% sahaja dibayar kerana tiada duit di pihak kerajaan.
Maka tak pelik apabila pemuda ini bermalam di depan mesin ATM supaya sebaik sahaja gajinya masuk, dia dapat mengeluarkan duit untuk membeli keperluan harian keluarga dan membayar hutang-piutang yang ada.
Biasanya pada hari gaji di Gaza, setiap mesin ATM dan bank akan dikerumuni puluhan pemuda yang beratur mengeluarkan rezeki yang ada.
Hari gaji kita bagaimana?
Sumbangkan apa yang termampu untuk membantu saudara-saudara kalian di Palestin, Syria dan Greece melalui projek musim sejuk kita pada tahun ini.
Klik winter4gaza.com/gaza segera dan sebarkan!
Gambar : Thaer Abu Riyash
“Kehidupan Mereka Sangat ‘Humble’ & Islami “- Rahsia Kejayaan Gadis Yang Raih 7 Kali Anugerah Diraja

Sebaik kaki melangkah ke menara gading, pastilah kita akan menanam tekad serta azam untuk berjaya menghabiskan pengajian dengan keputusan cemerlang.
Bukan senang untuk mendapatkan keputusan cemerlang dan jika memperoleh sekali atau dua kali sudah memadai.
Namun gadis manis ini sangat istimewa. Nur Athirah Rushami Zien, 23 tahun telah memperoleh bukan sekali dua tetapi sehingga tujuh kali PMK 3.99 (4flat) dalam setiap keputusan akhir pengajiannya.
Dia yang memulakan pengajian di Universiti Utara Malaysia sebagai pelajar angkatan pertama Program Asasi Pengurusan UUM pada 2014 dan kemudiannya meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan.
Malah lebih membanggakan Nur Athirah juga telah mendapat Anugerah Dekan pada setiap semestar pengajiannya.
Dalam satu artikel di Harian Metro Nur Athirah berkata, dia tidak mempunyai resipi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa fokus ketika kuliah.

Katanya, biarpun program pengajian yang diikutinya baru diperkenalkan, namun dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.
“Ia kursus baharu, sukar juga buat saya. Apatah lagi, hanya 13 orang mengikuti kursus ini.
“Syukur, dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas serta pensyarah, segalanya dipermudahkan,” katanya yang berasal dari Perlis ini.
Dalam video yang tural sejak kelmarin yang dimuat naik di laman sosial twitter ini memaparkan kisahnya yang mendapat 4flat telah mendapat perhatian ramai termasuk pelakon serta pengacara popular, Neelofa.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh pengacara terkenal itu di laman twitternya, Neelofa mengucapkan tahniah berhasrat untuk meraikan kejayaan yang diperolehi graduan daripada UUM kerana telah benar-benar memberi inspirasi.
Justeru itu, dia meminta warga Twitter untuk membantunya dengan memberi tanda tag bagi akaun Twitter gadis berkenaan di rungan komen.
Warganet juga melalui retweet dari Neelofa juga turut meningggalkan komen yang sangat positif.
Kehidupan mereka sekeluarga sangat ‘humble’ dan Islami
Seorang gadis yang sangat bersopan santun
Pelajar terbaik dalam Jurusan Perniagaan, UUM
Sama sekolah dengan kakaknya yang juga kini seorang doktor
Meremang bulu roma, moga terus berjaya dunia akhirat
‘Tak Gosok Badan & Hanya Berendam Dalam Tab Mandi.’ Sah Atau Tidak Mandi Wajib?

‘Tak gosok badan dan hanya berendam dalam tab mandi.’ Sah atau tidak mandi wajib seseorang itu? Iyalah jika ikut hukum air dalam tab mandi mencukupi dan rata ke seluruh badan.
Kadang-kadang bila berpeluang menginap di hotel, kita tak akan lepaskan peluang untuk mandi di dalam tab mandi. Maklumlah tak semua rumah ada tab mandi. Namun begitu apa hukumnya mandi wajib atau mandi junub dalam tab mandi. Sah atau tidak.
Ikuti kemusykilan yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Artikel Berkaitan
“15 Tahun Mandi Wajib Tak Sempurna.” Diri Dalam Hadas Besar, Buat Ibadah Jadi Tak Sah
Tak Gosok Badan
Soalan
Adakah boleh mandi junub dengan sekadar berendam di dalam tab mandi?
Ringkasan Jawapan
Mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Hanya Berendam
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perkara yang menyebabkan seseorang itu wajib mandi ialah keluar air mani, haid, nifas dan wiladah. Para ulama telah menjelaskan bahawa fardu bagi mandi wajib ada dua perkara sahaja iaitu niat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh badan. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi bahawa:
وَأَقَلُّهُ نِيَّةُ رَفْعِ جَنَابَةٍ أَوْ اسْتِبَاحَةِ مَفْتَقِرٍ إَلَيْهِ أَوْ أَدَاءِ فَرْضِ الْغَسْلِ مَقْرُونَةً بِأَوَّلِ فَرْضٍ وَتَعْمِيمُ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ.
Maksudnya:
Sekurang-kurang untuk (mandi wajib) ialah niat mengangkat hadas atau bagi memboleh ibadah yang memerlukan kepadanya atau bagi melaksanakan fardu mandi wajib yang dilakukan bersamaan dengan basuhan pertama anggota yang wajib dan meratakan air ke seluruh bulu dan badan.
[Rujuk Minhaj al-Tolibin: 1/14]
Dalam Tab Mandi
Ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha, yang merujuk kepada meratakan air ke seluruh badan, beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ، بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي المَاءِ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ، ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ، ثُمَّ يُفِيضُ المَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Sesungguhnya apabila Nabi SAW mandi junub, Baginda akan memulakannya dengan mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.
Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jari ke dalam air lalu meratakannya ke kulit rambutnya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepala dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, seterusnya Baginda mengalirkan air ke seluruh kulit tubuhnya.
Riwayat Bukhari
Sah Atau Tidak
Berdasarkan penjelasan di atas mandi junub dengan cara berendam di dalam tab mandi, jika telah cukup dua rukun di atas iaitu niat dan meratai air ke seluruh badan maka ia adalah sah. Imam al-Ramli menjelaskan bahawa:
فَلَوْ انْغَمَسَ جُنُبٌ أَوْ مُحْدِثٌ فِي مَاءٍ قَلِيلٍ ثُمَّ نَوَى ارْتَفَعَ حَدَثُهُ عَنْ جَمِيعِ أَعْضَائِهِ فِي الْأُولَى، وَفِي الثَّانِيَةِ عَنْ أَعْضَاءِ وُضُوئِهِ، وَصَارَ الْمَاءُ مُسْتَعْمَلًا بِالنِّسْبَةِ إلَى غَيْرِهِ لَا إلَيْهِ
Maksudnya: Jika ada seseorang yang junub dan orang yang berhadas kecil menyelam ke dalam air yang sedikit (kurang daripada 2 kolah), kemudian berniat, maka hilang hadas dari keseluruhan anggota badan dalam permasalahan pertama (bagi orang yang junub, dan hadas hilang daripada anggota wuduk dalam permasalahan yang kedua (bagi orang berhadas).
Sementara itu, air tersebut menjadi mustakmal jika digunakan lagi oleh orang lain, bukan pada diri sendiri.
[Rujuk Nihayah al-Muhtaj: 1/73]
Mandi Wajib?
Seterusnya, Imam Ba ‘alawi menjelaskan bahawa jika terdapat seseorang yang junub menyelam ke dalam air yang banyak atau sedikit dan berniat, maka sah dan memadai meskipun tidak disertai dengan gosokan pada badannya.
Walau bagaimanapun, jika terdapat lilin, kotoran atau minyak pada anggota tubuh badannya sehingga menghalang air untuk sampai ke tubuhnya melainkan dengan cara menggosok, maka wajib menggosok sebagaimana dijelaskan di dalam bab wuduk.
[Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin: 44]
Kesimpulan
Justeru, mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Akan tetapi, jika terdapat kotoran tersebut, maka wajib menggosok dan menghilangkan kotoran tersebut seperti perbahasan di dalam bab wuduk.
Baca Di Sini
Apa Hukum Jirus Kaki Saja Tanpa Gosok Tapak Kaki Ketika Wuduk? Mufti WP Beri Penjelasan
Cara Mandi Wajib Setelah Haid, Apa Perkara Wajib & Sunat
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua dan merungkaikan kemusykilan yang membelenggu diri selama ini.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
YDP Agong & Raja Permaisuri Agong Isi Masa Kuarantin Dengan Bertadarus Bersama Staf Istana Di Bilik Masing-Masing

Sebaik mengetahui tujuh kakitangan istana disahkan positif COVID-19 Jumaat lepas, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bersama kakitangan Istana Negara yang lain.
Walaupun sedang menjalani kuarantin, tidak membataskan Raja Permaisuri Agong untuk berkongsi aktiviti harian Baginda di media sosial. Jika sebelum ini Baginda dilihat menyediakan masakan untuk semua petugas frontliner di hospital.
Dan dalam tempoh kuarantin ini yang memasuki hari keempat, dilihat Baginda berdua serta kakitangan Istana Negara lain mengadakan tadarus Al-Quran bersama-sama meskipun berada dalam bilik masing-masing berseorangan.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya Baginda turut memberitahu 16 kakitangan yang disahkan positif dan mereka sedang menerima rawatan. Manakala Baginda serta kakitangan yang lain pula adalah negatif.
“kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri …. mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh allah swt …. staff istana sudah 16 org yg positive dan mereka sedang menerima rawatan ….
“alhamdulillah kami yg lain negative … patuh arahan doctor , saya sekeluarga duduk berasingan dlm bilek masing2 ….. lambai dari jauh saje ….. kami tdk di benarkan visitors dan juga tdk ada sesiapa di benarkan naik keatas istana ….
“hanya kami saje di atas , tdk ada pelayan atau bodyguard …. tuanku agong , saya dan anak buat sendiri semua …. cuci dan kemas bilek sendiri ….. kerana kami semua high risk bcos we were with those yg positive …. alhamdulillah we r ok … dah buat banyak test , dan negative !
“sy doakan pekerja2 istana dan bodyguard yg positive akan sembuh cepat … dan juga kpd semua rakyat malaysia ….. kami hanya boleh keluar bilek on April 9th … selepas buat swab test … dan selepas itu juga kena berjaga2 dan begitu juga dengan semua staff istana
“jom kita semua berkerjasama menghapuskan wabak ini dari terus merebak …. duduk di rumah … jangan keluar dan JANGAN DEGIL …. ini tanggungjawab kita semua …. wpun kita serah kpd allah swt, kita juga di tuntut berikhtiar …..
“alhamdulillah anak2 saya semua faham dan tdk ada yg complain … semua baik2 duduk dlm bilik dan makan apa saje yg saya order …
Ternyata perkongsia ini mendapat respon dari warganet. Masing-masing turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Baginda berdua serta kakitangan Istana Negara yang lain.
Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T melindungi Tuanku sekeluarga khasnya & rakyat Malaysia keseluruhan amnya.. Allahumma aamiinnnn..
Ya Allah.. Lindungi ketua agama negara kami ini..angkatla dan hindarkanla penyangkit bjgkit ni dr kmi semua…. Dgn kberkatan kekasih2 mu ya Allah..
Aamiinn Ya Rabb..Patik doakan Tuanku sekeluarga semuanya selamat
Moga Tuanku sekeluarga dan staff2 diberi kesihatan yang baik dan di pelihara oleh Allah..amin
Semoga Tuanku Sekeluarga dan staff staff diberi kesihatan yg baik
Alhamdulillah..seronok tgk tuanku YDPA dan RPA tadarus ramai2..semoga kita semua dilindungi dr penyakit covid-19 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala sebelum ramadhan menjelang tiba..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..semoga ramadhan thn ni yg terbaik dr sblm2 nya..Aaminn.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM