Bagi yang beroleh rezeki menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji sudah tentu mendambakan haji yang mabrur. Malah kita juga akan mendoakan mereka yang menjadi duyufurrahman turut mendapat haji yang mabrur.
Namun sebenarnya apakah maksud haji yang mabrur ini dan ganjarannya serta apakah tanda-tanda seseorang itu beroleh haji yang mabrur. Persoalan ini dijawab oleh bekas mufti, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Albakri.
Hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Haji yang mabrur, tidak ada ganjarannya selain syurga.” Riwayat al-Bukhari (1650) dan Muslim (2403).
Ads
Ibn Manzur menyebut, mabrur membawa maksud diganjari. Ia juga membawa maksud tidak bercampur dengan sesuatu daripada dosa.
Imam al-Nawawi berkata: “Menurut pendapat yang paling sahih dan masyhur, yang dimaksudkan dengan mabrur adalah yang tidak dicemari dengan dosa. Ciri-cirinya dan hasil kemabruran tampak jelas pada dirinya, seperti akhlak dan perilaku setelah melaksanakan haji jauh lebih baik daripada perilakunya sebelum haji.”
Tanda haji mabrur
Antara tanda-tanda haji mabrur juga adalah sekembalinya daripada ibadah haji, seseorang itu sentiasa dalam keadaan zuhud dan merendah diri dalam hal dunia serta sentiasa bersemangat dalam mengejar akhirat.
Ads
Di dalam hadis daripada Jabir Bin Abdullah, bahawa Nabi SAW pernah ditanya tentang apakah kesan daripada haji mabrur, lalu Baginda menyatakan:
إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَإِفْشَاءُ السَّلاَمِ
Maksudnya: “(Haji mabrur itu ialah) memberi makan dan menyebarkan salam.”
Ads
Tetapi hadith ini dilemahkan oleh pengarang kitab al-Fath. Seandainya sahih maka pasti itulah makna haji mabrur.
Justeru, janganlah kita mengotori dosa-dosa yang telah dibersihkan sebaliknya hendaklah kita memelihara semangat dan roh ibadah pada prestasi yang tertinggi yang pernah kita lakukan semasa acara manasik haji sebagai mukhayyam tarbawi.
Berdasarkan hadis di atas, haji mabrur akan tercapai insya Allah apabila pra-syarat haji dipenuhi, antaranya:
Ikhlas semata-mata kerana Allah.
Mengikut segala adab, syarat, rukun dengan sempurna.
Rezeki yang dibawa dan digunakan adalah hala semuanya tanpa ada unsure haram ataupun syubhah.
Berdoa dan mohon kepada-Nya dengan sepenuh hati.
Bermuamalah dengan semua pihak dengan akhlak yang tinggi dan terpuji.
Mengelakkan daripada berlakunya fasiq, berdebat dan perkara yang dilarang.
Seringkali kita mendengar dan membaca bahawa Islam adalah agama Rahmatan Lil Alamin. Namun apakah sebenarnya makna Rahmatan Lil’Alamin tersebut? Apakah sebenarnya pengertian dan maksud dari kalimah tersebut?
Rahmatan Lil Alamin merupakan rasa kasih sayang, kurnia, dan nikmat yang Allah SWT berikan kepada makhluknya dan seluruh alam semesta. Maka Allah menurunkan Islam sebagai rahmat melalui utusannya iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa dan pembimbing jalan untuk meraih rasa kasih sayang Allah di dunia mahupun di akhirat kelak.
Agar kita tidak salah memahami kalimah tersebut, lihat tafsir dari ayat Al-Quran (surah Al-Anbiya ayat 107)
“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia”
(QS. Al Anbiya: 107)
Nabi Muhammad SAW diutus dengan membawa ajaran Islam maka Islam adalah Rahmatan Lil Alamin. Islam adalah rahmat bagi seluruh manusia.
Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin menjelaskan bahawa agama Islam mengandungi ajaran yang sempurna sebagai pedoman hidup manusia yang merangkumi keselamatan, kedamaian, kemakmuran, kesejahteraan baik di dunia dan akhirat. Itulah misi Nabi Muhammad SAW mengajarkan Islam kepada umat manusia. Kemakmuran yang dimaksudkan bukan semata ditujukan hanya untuk manusia, tetapi untuk seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini iaitu manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, alam, serta makhluk ciptaan Allah lainnya.
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan. Agama Islam wajib difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan. Ia tidak hanya menjadi kepercayaan dan rasionalisasi sahaja tetapi mencakupi ibadah hablun minal laah (hubungan manusia dengan Allah) dan pengaplikasian tata cara bermasyarakat dengan segala aspeknya dalam lingkup hablun minan naas (hubungan antara sesama manusia).
Sebagai makhluk sosial, manusia sudah tentu berhubungan dan berinteraksi dengan manusia lainnya. Seorang Muslim juga tentu harus mengaplikasikan nilai-nilai Islam yang Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan bermasyarakat.
BERIKUT EMPAT APLIKASI NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT:
Ukhuwah Islamiyah
Dalam hal akidah Islam, kita adalah bersaudara dengan sesama umat muslim lainnya. Islam mengatur hal ini dalam tata cara bermasyarakat kepada sesama muslim. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah Islamiyah antara lain seperti menjaga hubungan baik sesama muslim, segera berdamai jika berselisih faham serta ‘berlawan-lawan’ menuju kebaikan dalam Islam.
Ukhuwah Basyariyah Insaniyah
Sebagai rahmat bagi semesta alam, Islam mengajarkan tentang semangat persaudaraan antara sesama manusia. Darjat kita sama sahaja di hadapan Allah, kecuali iman dan takwa yang membezakannya. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah basyariah insaniyah ini antara lain seperti saling bertegur sapa dan ikhlas menerima kritikan.
Ukhuwah Wathoniyah
Islam mengajarkan sikap cinta terhadap tanahair. Dalam konsep ukhuwah wathoniyah atau kenegaraan, kita sebagai bangsa adalah bersaudara. Kesepakatan ini mencipta kesatuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ukhuwah ‘ubudiyah
Kehidupan bermasyarakat juga tidak dapat lari daripada interaksi dengan alam. Manusia harus bersikap baik dan menjaga alam, sebagaimana makna dari Islam sebagai rahmat seluruh alam. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah ‘ubudiyah ini boleh kita lakukan dari perkara yang sederhana seperti menjaga kebersihan alam sekitar dan kelestarian alam.
Inti pati tentang Rahmatan Lil Alamin ini turut menjadi topik perbincangan dalam Kashoorga Talk,
Episod pertama Kashoorga Talk bersama YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Brother Firdaus Wong akan membicarakan tajuk *Islam Bukan Hanya Untuk Melayu.*
Berdasarkan beberapa tafsir para ulama ahli tafsir berdasarkan surah Al-Anbiya, ayat 107 maka dapat disimpulkan Islam Agama Rahmatan Lil’Alamin adalah:
1.Di utusnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
2. Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.
3. Nabi Muhammad SAW dan hukum-hukum syariat islam yang dibawa oleh beliau adalah rahmat bagi alam semesta. Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW.
4. Bentuk rahmat bagi orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang membenarkan beliau serta taat kepada beliau dan apa yang dibawa oleh beliau, adalah rahmat yang sempurna berupa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
5. Orang kafir yang memerangi/memusuhi Islam juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW, iaitu dengan diwajibkannya perang melawan mereka. Ini kerana kehidupan mereka di dunia lebih lama hanya akan menambah kepedihan siksa neraka di akhirat kelak.
6. Orang kafir yang terikat perjanjian dengan kaum muslimin juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW iaitu dengan dilarangnya membunuh dan merampas harta mereka.
7. Secara umum, orang kafir mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW berupa dihindari daripada azab yang menimpa umat-umat terdahulu yang menentang Allah. Sehingga setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW, tidak akan ada kaum kafir yang diazab dengan cara ditenggelamkan seluruhnya atau dibenamkan ke dalam bumi seluruhnya atau diubah menjadi binatang seluruhnya.
8. Orang munafik yang mengaku beriman secara lisan namun ingkar dalam hati juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW. Mereka mendapat manfaat berupa terjaganya darah, harta, keluarga dan kehormatan mereka. Mereka pun diperlakukan sebagaimana kaum muslimin yang lain dalam hukum waris dan hukum yang lain. Namun di akhirat kelak Allah akan menempatkan mereka di dasar neraka Jahanam.
Sumber: Indahnya Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Melihat kekejaman yang seakan tiada henti oleh rejim zionis Israel buat rakyat Palestin memang membuatkan kita rasa hiba dan kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu.
Dan pastinya juga ada dalam kalangan kita tertanya-tanya ‘Bila bantuan Allah nak tiba’ atau bila Allah nak tolong mereka.
Hakikatnya menurut pendakwah dan penceramah Ustas Elyas Ismail soalan tersebut tak sepatutnya kita tanya. Walaupun katanya jauh di sudut hati memang terlintas soalan tersebut.
Ujar beliau jika soalan ini terdetik dalam hati sekali pun sebaiknya kita renung firman Allah Taala dalam surah Ibrahim.
“Apa yang berlaku kepada rakyat Palestin selama ini, mungkin ada soalan bila bantuan Allah nak tiba, bila Allah nak tolong mereka ustaz. Sebenarnya soalan tersebut tak patut kita tanya. Walaupun jauh di sudut hati kita memang terlintas soalan seumpama itu. Sebaiknya kita renung firman Allah SWT Surah Ibrahim ayat 42
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
“Maknanya janganlah kita menganggap Allah tidak berbuat apa-apa terhadap saudara-saudara kita di sana, tidak memberi bantuan terhadap mereka dan memberikan balasan kepada musuh-musuh
“Sebenarnya dalam kita tak sedar banyak sebenarnya Allah Taala tunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya melalui tragedi atau kejadian menakjubkan yang berlaku,” terang Ustaz Elyas.
Sebagai contoh sambungnya baru-baru ini ada seorang bayi dijumpai di bawah runtuhan selepas terperangkap selama 37 hari. Dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat.
“Ini kekuasaan Allah Taala. Malah banyak lagi kisah yang bila kita dengar muncul di mulut subhanallah la hawla wala quwwata illa billahlahulazim. Allah maha berkuasa. Banyak lagi kejadian sebegini yang berlaku.”
Maka pesannya lagi janganlah keluar dari mulut kita soalan seumpama itu melainkan mendoakan saudara kita di sana.
“Allah Taala saja yang maha mengetahu perancangan yang terbaik untuk mereka. Kita teruskanlah doa, doa dan doa untuk mereka. Jangan pernah tinggal…”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Melihat situasi banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa negeri lain hati turut rasa berduka. Kita yang melihat saja sudah berasa susah hati, inikan pula mereka yang terlibat dengan musibah ini.
Dalam keadaan sukar ini seharusnya kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa dan bermunajat memohon rahmat an pertolongan daripada Allah. Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun lima doa ini boleh kita amalkan ketika berdepan musibah banjir ini.
1. DOA KETIKA HUJAN
Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan, baginda berdoa :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR Bukhari, hadis sahih)
3. DOA MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT
Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:
يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).”
(HR Tirmidzi, hadis hasan)
4. DOA SAAT KESULITAN
Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:
Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.” (HR Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (HR Bukhari, hadis sahih)