Ramai yang tahu hubungan suami isteri antara pelakon cantik, Laudya Cynthia Bella dan Ungku Emran berakhir tanpa dikurniakan zuriat. Ramai merasakan Engku Emran seorang lelaki “yang rugi” kerana Laudya bukan saja cantik, kekal popular malah begitu menjaga akhlaknya termasuk sentiasa mengenakan busana Muslimah yang langsung tidak menjolok mata.
Biar hatinya tidak lagi dihuni seorang lelaki tetapi gaya busana Laudya Cynthia Bella terus menjadi inspirasi buat wanita di luar sana di mana dirinya kekal istiqomah mengenakan pakaian menutup aurat.
Sentiasa kekal cantik dan busana yang melekat di tubuhnya juga agak longgar. Laudya yang memulakan karier sebagai model dan mula mengenakan hijab pada tahun 2015, sentiasa menjadi inspirasi buat para pengikut di laman instagramnya yang kini mencecah 33.1 juta orang.
Ads
Dipetik dari instagramnya @laudyacynthiabella, 10 koleksi gaya hijabnya boleh menjadi inspirasi kepada Muslimah di luar sana.
Ads
Ini kerana setiap pakaian dikenakannya mematuhi kehendak syariat dengan pakaian longgar dan labuh serta mengenakan sarung kaki yang menutup auratnya itu sepenuhnya.Bahkan lengannya ditutup dan adakala dikenakan butang bagi memudahkan ketika mengangkat wudhu.
Beliau yang mempunyai jenama pakaian sendiri Clothing Brand sentiasa tampil mempesona dalam setiap fotografi melibatkan dirinya. Malah ketika berada di luar rumah mahu pun di dalam rumah, Bella mengenakan pakaian yang cukup selesa dan longgar biar tiada siapa melihat auratnya.
Biarpun hatinya mungkin “sedikit kecewa” kerana rumahtangga dibina terhenti di pertengahan jalan, Bella tetap istiqomah dan mampu menjadi sumber inspirasi buat pengikutnya. Jika dirinya mampu melakukannya, kita yang mungkin sedikit diuji Allah taala juga mampu berbuat demikian kerana inilah yang dituntut oleh syariat dalam bab berpakaian bagi Muslimah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Konflik yang berlaku di Palestin banyak menyedarkan ramai tentang jihad. Bukan saja tentang kita yang dewasa tapi juga anak-anak.
Pun begitu ada golongan yang ragu-ragu tentang keperluan menanam semangat jihad ini pada anak. Sedangkan makna jihad itu cukup meluas sekali. Satu perkara perlu kita ketahui Rasulullah sendiri telah menanam semangat jihad dalam jiwa anak-anak. Perkara ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Sanusi.
Ada dalam kalangan golongan liberal yang membantah aktiviti Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah-sekolah. Mereka merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremism dalam kalangan kanak-kanak.
Ketahuilah bahawa Rasulullah telah menanamkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak.
1.Sebelum berlangsungnya perang Uhud, Rasulullah menolak ramai anak-anak yang belum mencapai usia 15 tahun untuk menyertai jihad. Mereka yang ditolak termasuklah Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, al-Barra bin Azib dan ramai lagi. Perhatikan bagaimana jiwa anak-anak muda ini berkobar-kobar untuk menyertai jihad.
2. Tahukah anda bahawa Saidina Samurah bin Jundub telah pun ditolak untuk menyertai jihad sebelum berlangsungnya perang Uhud kerana usianya yang muda? Namun beliau tetap merayu agar diberikan peluang dan akhirnya Rasulullah membenarkan setelah beliau mempamerkan kehebatan bertarung di hadapan Rasulullah.
Begitu tinggi semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak-anak muda dalam kalangan sahabat Nabi ini. Anehnya kita pada hari ini ingin pula memadamkan semangat dan kefahaman jihad yang telah pun diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran.
3. Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. Al-Imam al-Zahabi merekodkan:
عَنْ عُرْوَةَ أنَّ الزُّبَيْرَ أَركَبَ وَلَدَهُ عَبْدَ اللهِ يَوْمَ اليَرْمُوْكِ فَرَساً وَهُوَ ابْنُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Daripada Urwah, sesungguhnya al-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin al-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun. (Siyar A’ lam al-Nubala)
Siapa sangka disaat dirinya baru mahu mengenali Islam, beliau diuji apabila suami tersayang dijemput Ilahi.
Namun itu bukanlah menjadi asbab untuk kembali ke agama asal. Bagi Mualaf, Nur Amira Ann Lee Abdullah, momen bersama arwah suami akan kekal terpahat diingatan.
Berkongsi di laman sosial youtube, pekas pramugari, Amira sangat bersyukur dipilih Allah mengenali islam walaupun Tuhan menduganya mengambil nyawa insan yang disayangi.
Menurutnya dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat sehinggalah beberapa bulan menyatakan hasrat untuk berkahwin.
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf.Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahunkedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amiraa juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu.
Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Seperti yang kita tahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat begitu cemerlang dalam membendung wabak pandemik COVID-19 hingga diiktiraf dunia luar.
Ternyata KKM dibawah kendalian Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merangka pelbagai langkah bagi memastikan wabak merbahaya ini dapat diatasi.
Malah usaha dilakukan begitu terkawal dan Dr Noor Hisham juga turut diiktiraf sebagai doktor terbaik dunia dalam menangani masalah ini.
Biarpun penularan COVID-19 menunjukkan sedikit perkembangan positif kembali meningkat, namun usaha yang dilakukan KKM sebelum ini berjaya mengawal
penularan wabak ini dengan lebih cepat mengikut saranan dinyatakan.
Justeru melalui satu perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan terkenal dunia, Ibnu Sina.
Menurutnya walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.
Dalam posting berkenaan, Dr Noor Hisham turut muat naik sekali satu perkongsian video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibun Sina dalam menangani wabak pandemik.
Filem berdurasi tiga minit enam saat itu memaparkan kejadian pada 10 abad yang lalu, ketika mana Ibnu Sina mendedahkan sifat wabak.
Beliau turut membincangkan perkara tersebut dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine (Kanun Perubatan).
Dalam video tersebut, Ibnu Sina yang dilahirkan di Bukhara, Asia Tengah meminta supaya penduduk pada zaman tersebut membasuh tangan menggunakan cuka dan menukar kepada pakaian yang bersih.
Beliau juga hanya menyapa individu lain tanpa bersentuhan dan menegaskan langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian.
Sebaik di muat naik di laman sosial Facebooknya, warganet turut memuji langkah diambil beliau dalam menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pandemik ini.
Rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada KKPM dan mendoakan agar masalah ini selesai dan negara kita tidak mengalami gelombang kedua.
Roz HarounAlhamdulillah… Saintis dan pakar perubatan Islam mmg hebat. Mendahului zaman mereka.
Anizah OmarHebat para Ilmuan Islam dahulu.. Mereka sangat bertaqwa, kaya ilmu dunia dan akhirat
urhaslina Zainol AbidinThank you for the knowledgeable information. Keep on sharing positive and wonderful knowledge for us Malaysian Dr. We are hunger for new normal, new mental, new emotion and new attitude especially me. Noor Hisham Abdullah
Rohanee IsmalReally respect dato…Malaysians are so lucky to have a person like dato. Alhamdulillah..
Kashoorga: Cari keperluan face mask dan hand sanitizer untuk lindungi diri di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?