Setiap kali melihat résipi yang dikongsi di media sosial membuatkan kita terasa untuk mencubanya sendiri di rumah.
Apatah lagi denga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan banyak masa untuk membuatnya bersama keluarga sebagai salah satu aktiviti bermanfaat. Malah boleh merapatkan lagi tali silaturrahim.
Apa kata hari ini kita cuba resipi Puding Milo Lapis Orea yang sangat sedap sebagai pembasah tekak petang nanti.
Menurut perkongsian wanita Nurbazlyn Husna di laman sosial Facebook Masak Apa Hari Ini bahannya sangat simpe dan cara membuatnya juga cukup mudah dan bagi lebih enak ditambah oreo untuk lebih menarik.
Skrg ni viral betul kan Kek Milo 4 Bahan tu , nak buattt tapi x cukup bahan la plk aduhai Jd sis buat Puding Milo laa asalkan milo Bahan2 pun simple je and nk buat pn mudah, Adaa yg nak resepi ke ? sis share resepi sini. Kut nanti uols nk try buat Puding Milo plk kan hehe tp yg ni sis tambah lapisan puding oreo kat tengah sbb nk bg dia lawa haha
PUDING MILO LAPIS OREO
Bahan2
1 Paket agar2 serbuk 10g
4 cawan air
Ads
1 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus oreo(patah2, biarkan dgn cream)
CARA-CARA:
Ads
Masak agar2 hingga larut , Kemudian masukkan gula , kacau sampai semua sebati.
Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih ,
Asingkan 2 cawan adunan ke dlm periuk lain dan campurkan dgn milo , Kacau sebati
Ambil 1 cawan adunan agar2 milo dan tuangkan ke dlm acuan ( Sy guna acuan bunga2 tu nk bg puding cantik hehe , nk letak lam loyang or bekas apa2 pn boleh )
Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sbb x nk bagi dia cepat keras
Ads
Tunggu sehingga adunan milo dlm loyang keras sedikit( tapi msih suam) cucuk adunan milo dgn garfu /Lidi supaya adunan seterusnya melekat.
Dengan berhati2 tuangkan adunan putih(susu) kat atas lapisan puding milo , tuang dr bahagian tepi sbb bahagian tengah masih cair n xkeras sngt lagi , tuang perlahan lahan
Kemudian susun oreo yg tlh dipatahkan
Biarkan lapisan putih mgeras sedikit.lakukan proses yg sama toreh permukaan dgn garfu.
Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Setiap orang pastinya mengimpikan kejayaan gemilang dalam hidup. Tidak kiralah dalam apa jua bidang yang diceburi asalkan dapat menggembirakan kedua ibu bapa dan yang penting kepuasan diri sendiri.
Walaupun diduga dengan ujian bertimpa, namun ia sebenarnya adalah itu sebahagian
dugaan Tuhan beri kepada insan yang disayangiNya.
Seperti kejayaan gadis ini yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) walaupun sepanjang perjalanan sebelum mengecap kejayaan itu menghidap penyakit hyperthyroidism iaitu sejenis penyakit melibatkan kelenjar tiroid.
Usaha kerasnya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains
Aktuari yang tidak mengenal erti lelah sepanjang pengajian telah membuahkan
hasil apabila kerap menerima anugerah-anugerah kecermalangan sehingga
melayakkannya memperoleh Anugerah Diraja yang disampaian sendiri oleh KDYMM Agong.
Alhamdulillah. Kejayaan saya pada hari ini saya hadiahkan buat ibu bapa saya, abang-abang dan adik-adik saya, ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru dari Tadika Bukit Rangin, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dan pensyarah-pensyarah dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan terutamanya dari Pusat Pengajian Sains Aktuari, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA. Jutaan terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menaja pengajian saya dari peringkat Asasi sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana pada hari ini.
Mereka adalah tulang belakang kejayaan saya dan merekalah yang membentuk saya untuk menjadi siapa saya pada hari ini. Saya mungkin tidak akan mampu untuk mencapai semua ini tanpa doa, sokongan, pertolongan, ilmu-ilmu yang dicurahkan serta semua dana kawangan yang diberikan. Terima kasih kepada UiTM kerana menerima saya 4 tahun lalu sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari dan percaya akan kelayakan saya dengan penganugerahan ini, hari ini. Terima kasih kepada Majlis Raja-Raja atas penganugerahan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ini. ⠀
Hari pertama saya jejakkan kaki di UiTM, matlamat saya hanya satu iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita saya dan membanggakan ibu bapa saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menerima penghormatan dengan menerima anugerah yang besar sebegini. Tetapi Allah Maha Pemurah dan saya sangat bersyukur atas setiap rezeki dan nikmat yang dikurniakan. Semoga dengan nikmat dan kebolehan yang ada, saya mampu menyumbang semula kepada masyarakat suatu hari nanti.
Semoga kejayaan saya pada hari ini mampu memberi inspirasi dan suntikan semangat yang baru kepada diri saya sendiri, adik-adik saya dan junior-junior Sains Aktuari, FSKM, UiTM untuk lebih cemerlang dunia dan akhirat. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Terima kasih. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ •Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) 2019 •Anugerah Naib Canselor •Anugerah Graduan Terbaik Fakulti 2019 •Anugerah Graduan Terbaik Program 2019
@ Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam
Kashorga: Semoga kisah menjadi inspirasi buat kita supaya terus berusaha mencapai kejayaan walaupun pelbagai dugaan menimpa. Ingatlah setiap dugaan yang Allah beri kerana Dia sayang pada kita. Anggapan sebagai pembakar semangat untuk terus mengecapi kejayaan paling manis serta membanggakan kedua ibu bapa.
‘Baca lebih dapat pahala ke?’ Apakah hukumnya, membaca dua surah berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Kebiasaannya segelintir daripada kita hanya membaca satu surah tambahan sebelum rukuk.
Namun ada juga di kalangan kita yang membaca dua surah usai bacaan al-Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua. Apakah hukumnya membaca lebih satu surah, ikuti kemusykilan berkaitan isu ini.
Saya ada satu soalan. Bolehkah saya membaca dua surah pilihan yang berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama? Mohon pencerahan.
Pada asasnya, solat merupakan salah satu amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan kita. Kemudian, dalam solat pula disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dan ayat-ayat yang lain.
Maksudnya: “Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Quran; dan dirikanlah solat.”
Malah, membaca satu surah daripada al-Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat al-Quran yang berurutan adalah disunatkan.
Bacaan ini disunatkan bagi imam dan orang yang mendirikan solat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat.
Sementara makmum juga disunatkan membacanya pada solat yang diperlahankan bacaan atau sekiranya dia berada jauh daripada imam dan tidak kedengaran bacaannya.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, jumhur ulama berpendapat diharuskan untuk menghimpunkan dua surah, yakni membacanya dalam satu rakaat.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith daripada riwayat Huzaifah R.A, beliau berkata:
صَلَّيْتُ مع النبيِّ ﷺ ذاتَ لَيْلَةٍ، فافْتَتَحَ البَقَرَةَ، فَقُلتُ: يَرْكَعُ عِنْدَ المِائَةِ، ثُمَّ مَضى، فَقُلتُ: يُصَلِّي بها في رَكْعَةٍ، فَمَضى، فَقُلتُ: يَرْكَعُ بها، ثُمَّ افْتَتَحَ النِّساءَ، فَقَرَأَها، ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرانَ، فَقَرَأَها
Maksudnya:
“Pada suatu malam, aku mendirikan solat bersama Nabi SAW. Baginda memulakan bacaan solatnya — selepas al-Fatihah — dengan membaca awal surah al-Baqarah. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Barangkali Baginda akan rukuk apabila sampai pada ayat yang keseratus,’ kemudian Baginda melepasinya. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Baginda akan membaca surah al-Baqarah dalam satu rakaat,’ kemudian Baginda melepasinya, lalu aku berkata (yakni menyangka): ‘Baginda akan rukuk.’ Namun Baginda melanjutkan dengan membaca surah al-Nisa’ dan seterusnya menyambung pula dengan membaca surah Ali ‘Imran.”
Walau bagaimanapun ulama dalam kalangan mazhab Hanbali membezakan di antara solat fardhu dan solat sunat. Mereka berpendapat, tidak mengapa menghimpunkan surah-surah.
Yakni membaca lebih daripada satu surah, dalam satu rakaat dalam solat sunat berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas kerana dalam riwayat-riwayat tersebut menunjukkan bahawa Baginda sedang mendirikan solat sunat seperti qiyamullail dan selainnya.
Adapun dalam solat fardu, mereka menyukai yakni menggalakkan sekiranya ia diringkaskan dengan hanya satu surah pilihan selepas bacaan al-Fatihah. Hal ini kerana begitulah kebanyakan solat Baginda SAW dan inilah salah satu riwayat (pendapat) daripada mereka.
Manakala dalam satu riwayat yang lain adalah sebagaimana pendapat ulama mazhab Maliki iaitu hukumnya adalah makruh kerana Nabi SAW memerintahkan Muaz untuk membaca satu surah sahaja yakni dalam satu rakaat dalam solatnya.
Begitu juga Syeikh al-‘Uthaimin juga pernah menyebutkan dalam fatwanya bahawa seseorang itu boleh untuk membaca selepas surah al-Fatihah dua surah atau tiga surah, mahupun meringkaskannya dengan hanya membaca satu surah atau membahagikan satu surah kepada dua bahagian.
Kesemua perkara tersebut dibolehkan berdasarkan kepada keumuman firman Allah SWT:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran — dalam sembahyang.”
Begitu juga sabda Nabi SAW:
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِ
Maksudnya: “Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu daripada al-Quran.”
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa diharuskan untuk membaca dua surah yang berbeza ataupun lebih selepas surah al-Fatihah dalam satu rakaat, serta sesiapa yang membacanya dikira mendapat pahala sunat bacaan surah atau ayat-ayat al-Quran selepas al-Fatihah dalam solat.
Walau bagaimanapun, perkara ini sekalipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun sebaiknya dalam solat fardhu ia diringkaskan dengan hanya membaca satu surah sahaja atau tidak memanjangkannya, lebih-lebih lagi jika dia seorang imam bagi meraikan keperluan makmum.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.