
Melihat kemesraan pasangan suami isteri, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) Rosmayati Sidik atau Rosma, 33, dan Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi atau Khai tentunya mengundang ‘cemburu.’ Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Antara amalan yang sering dilakukan oleh Khai untuk mengeratkan ikatan suami isteri ialah makan bersuap. Katanya lagi bukan hanya isteri sahaja gemar disuap tetapi juga suami.
Bukan isteri je tau yg suka disuap… Suami pun suka tau… hihi Bertambah gumbiranya dan nikmatnya bila dapat rasainya saat begini. Memang ego lelaki itu tinggi , tapi x salahkan kalau nak mintak isteri suapkan… Pada sy buat ape nk malu, ikatan dh sah suap je lah walaupun depan org ramai. Masa mkn beradab suap depan beribu2 org bleh je knp lps tu xde dh aksi suap menyuap ni… xkan sekali je dlm hidup huhu. Perkara yg baik begini jd kan teladan utk anak2 , keluarga & masyarakat luar…
Nampak simple je kan, tp TRY lah buat. Nk2 lg mkn kt luar. Maybe mula2 je malu2, tp lama2 BEST tau. Dpt naik kan mood romantik tau walaupun sesuap shj dan walaupun mkn kt kedai mamak sekalipun… haha
Isteri memang suka dimanjakan tp sebenar2nya SUAMI yg nampak macho itulah lagi tersangat2 lah suka diMANJA2kan. Ini Fakta bukan awta tau… haha
Kami selalu amalkan, pelawa each other masa tgh mkn. Cth “syg nk rasa? bleh juga”. Lps tu terus suapkan je, itulah selalu kami amalkan… At least masing2 dpt rasa makanan pasangan masing2 walaupun sesuap shj… maybe korang ada cara korang tersendiri kan? TRY lah buat. ???
Siapa pernah buat? Angkat tangan….
https://www.instagram.com/p/BY6_kd-AQvr/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Dalam perkembangan lain, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama itu telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Khai di akaun Instagram (IG) miliknya.
https://www.instagram.com/p/BwIm1daFjJa/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Sumber kredit: khai_rosma
VIDEO KASHOORGA:
Ini 20 Ciri-Ciri Lelaki Yang Tak Hormat Isteri, Salah Satunya Layan ‘Orang Rumah’ Macam Orang Gaji

Hidup sebagai pasangan suami isteri, memang perlu saling hormat menghormati supaya rumah tangga dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun ada juga segelintir para suami yang tidak hormatkan isteri. Sanggup lakukan isteri seperti orang gaji padahal insan ini perlu dimuliakan sebaik mungkin.
Menyedari perkara ini menjadi amalan normal dalam masayarakat kita, pemilik akaun Facebook Akhtar Syamir menyatakan 20 ciri suami yang tidak menghormati isteri untuk
dijadikan panduan agar perkara seumpama ini tidak terus berlaku.
Apa guna jika hidup bertahun lamanya tetapi sebenarnya batin isteri tersiksa diperlakukan seperti hamba oleh suami sendiri.
Ayuh kita selidiki ciri-ciri suami yang tidak hormatkan isteri untuk dijadikan panduan.

Ciri-Ciri Suami Yang Tidak Menghormati Isteri. Jadikan sempadan.
1. Tidak memberi kuasa kepada isteri di depan anak.
– Ramai yang buat perkara ini tanpa sedar. Bila kita membangkang keputusan yang dibuat si ibu di hadapan anak, secara automatiknya anak akan menjadi kurang hormat kepada isteri.
2. Tidak jujur dan berterus-terang.
– Isteri berhak tahu kebenaran tentang semua perkara dari suami. Menyembunyikan sesuatu perkara boleh dikategorikan sebagai penipuan terutamanya jika ia melibatkan isteri dan perhubungan.
3. Tidak mendengar dan mempedulikan pendapat.
– Saya, saya, saya. Pendapat isteri diperlekehkan dan dipandang rendah.
4. Suka mengkritik berbanding menasihati dan cuba memperbaiki.
– Masakan u tak sedap, u tak cantik, u tak pandai.
5. Sentiasa membandingkan isteri dengan wanita lain.
– Antara perbuatan yang paling memberi kesan yang mendalam.
6. Sentiasa membandingkan diri dengan isteri.
– Membandingkan sumbangan kepada keluarga, membandingkan gaji, membandingkan kerja, tahap pendidikan dan sebagainya.
7. Memaksa isteri untuk berubah mengikut standard suami.
– Tidak semua perkara boleh jadi apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, tidak semua isteri pandai memasak, tidak semua isteri suka aktiviti luar, tak semua isteri suka main game, tak semua isteri mampu menjadi jelita seperti artis. Ini standard yang kadang-kala tidak mampu dicapai tetapi tetap dipaksa.
8. Tidak mengutamakan isteri.
– Kawan lebih penting, adik beradik lebih penting. Mungkin anak-anak lebih penting. Isteri jatuh nombor 4 atau 5 dalam senarai keutamaan.
9. Tidak rasa keperluan untuk membela dan melindungi isteri.
– Isteri mengadu diganggu, biarkan. Isteri kena raba, biarkan. Isteri takut, dibiarkan.
10. Keperluan isteri tidak terjaga.
– Keperluan asas contohnya pencuci muka, syampu, sabun, alat solek biasa tidak diambil peduli. Keperluan masa isteri dengan suami pun tidak diendahkan.
11. Melayan isteri seperti orang gaji. Suka mengarah.
– Perkataan “tolong” paling susah untuk disebut. Semuanya ke arah arahan jelas. Buat itu, buat ini.
12. Tidak mahu membantu.
– Semua kerja di rumah dilepaskan kepada isteri. Tidak memainkan peranan membantu mana yang patut.
13. Menganggap keluarga isteri tidak penting.
– Menganggap apabila isteri sudah berkahwin, keluarga isteri tidak perlu penting. Hubungan antara isteri dan keluarganya sendiri dijauhkan.
14. Tidak peduli jika isteri tiada mood atau terlalu penat untuk hubungan seks.
– Apa salahnya jika bertanya dahulu supaya kedua-duanya akan boleh menikmatinya bersama? Perhubungan ini bukan 1 hala sahaja.
15. Memburukkan dan memalukan isteri di hadapan orang lain.
– Ini sangat mengecewakan isteri. Jangan anggap apabila ianya disertai dengan gelak tawa, isteri tidak ambil hati. Mereka malu dan kecewa sebenarnya.
16. Tidak mengambil tahu masa rehat isteri.
– Hanya fokus pada diri sendiri. Tidak fikir sama ada isteri penat atau tidak. Perkara ini asas sahaja sebenarnya. Manusia ada tahap tenaga dan kemampuannya.
17. Selalu mengingatkan yang tiada orang lain yang mahukan isteri selain dia.
– Ego dan “gaslight”. Selalu cuba meyakinkan yang isteri itu tidak berguna tanpa dia.
18. Membuat keputusan tanpa persetujuan atau pandangan isteri.
– Tidak kira dari segi pelaburan, pembelian dan apa juga keputusan yang melibatkan isteri, keluarga dan masa depan, perlu dapatkan pandangan isteri juga.
19. Suka marah isteri di hadapan orang lain.
– Sangat menyedihkan apabila isteri dimarahi di hadapan orang lain. Malu, kecewa, marah, semua ada. Suami perlu jaga aib isteri.
20. Sentiasa memuji wanita lain di hadapan isteri.
– Memuji wanita lain di hadapan isteri umpama merendah-rendahkan isteri. Ada yang boleh terima, tetapi ada yang sengaja berbuat demikian untuk membuat isteri terasa. Namun ada juga yang tidak rasa perbuatan itu memberi kesan kepada isteri.
Ambil positif ciri-ciri ini. Jauhkan diri dari melakukan perbuatan yang menjadikan anda tidak hormat kepada isteri. Mereka layak dihormati seperti mana anda sebagai suami layak dihormati isteri.
Saya akan tulis mengenai ciri-ciri isteri yang tidak menghormati suami pula selepas ini supaya sama-sama kita boleh ambil iktibar dan berusaha ke arah suasana hubungan dan keluarga yang bahagia. In Shaa Allah.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua. Jadilah sebahagian dari punca sesuatu keluarga menjadi bahagia.
‘Bila Dapat Baby, Keluarga Angkat Jangan Putuskan Hubungan Dengan Ibu Kandung.’ Tak Perlu Tamak, Paranoid

‘Bila dapat baby, keluarga angkat jangan putuskan hubungan dengan ibu kandung.’ Tak perlu tamak, paranoid serta bimbang ibu kandungnya akan bayinya semula.
Sesungguhnya, emosi ibu kandung juga perlu dijaga. Sudah pasti hati sang ibu juga tak rela melepaskan anak jika diberi pilihan, jadi sama-samalah menjaga hati.
Kongsi Baitus Solehah berkaitan penyerahan anak angkat ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutamanya ibu kandung anak ini.
Artikel Berkaitan: Berhajat Ambil Anak Angkat? No.4 Perkara Yang Ramai Tak Ambil Kisah
Bila Dapat Baby
Kenapa saya emosi menyerahkan anak kepada keluarga angkat?
9 tahun yang lalu, ketika tahun awal penubuhan Baitus Solehah, remaja yang mengandung tanpa suami payah diterima oleh keluarga. Keluarga meletakkan syarat, sekiranya mahu pulang ke rumah dan meneruskan persekolahan, anak tak boleh dibawa balik.
Anak tanpa ayah tidak diterima keluarga. Keluarga mohon saya mencarikan keluarga angkat. Pengalaman saya belum ada di dalam menguruskan hal ini. Saya tidak sempat mengenali keluarga angkat. Hanya kredit kepada kenalan yang tinggal berdekatan.
Keluarga Angkat Jangan Putuskan
Waktu anak mahu diserahkan, saya emosi. Setelah beberapa bulan saya menjaga ibu dari awal kandungan hingga selesai berpantang, pasti saya sayang ibu dan bayinya. Tambahan ibu ini remaja, jadi saya dekat dengan ibu.
Saya yang temankan ibu waktu pergi klinik. Malah, saya yang bawa ibu nak melahirkan anak ke bilik saringan. Saya menunggu di luar dewan bersalin. Dan saya yang jemput ibu dan bayi pulang.
Saya yang ajar ibu memandikan bayi. Saya yang jaga ibu berpantang. Jadi saya memahami perasaan ibu yang terpaksa berpisah dengan anak.
Saya yang menangis bersungguh-sungguh. Terlalu sedih melihat perpisahan ini. Sejak dari tarikh itu, saya tidak menggalakkan penyerahan anak angkat. Saya yakinkan setiap ibu dan keluarga agar menerima bayi dan menjaga sendiri. Saya buat kempen sayangi anak yang dilahirkan, bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
Baca Juga Di Sini:
Saat Paling Sedih Dalam Hidup Mak Ayah. Di Sebalik Air Mata Mengalir, Anak Sudah Menunggu Di Syurga
Hubungan Dengan Ibu Kandung
Ramai keluarga yang lembut hati dan menerima cucu mereka dan memelihara sendiri. Namun di dalam masa yang sama tetap membantu keluarga yang tidak menerima bayi dan diserahkan kepada keluarga angkat.
Beberapa tahun tidak ada penyerahan anak angkat. Namun di dalam masa yang sama, ada keluarga tidak menerima bayi dan membuat penyerahan senyap-senyap tanpa saya ketahui. Ibu yang saya jaga waktu mengandung, memaklumkan kepada saya kesedihan hati mereka apabila terputus hubungan dengan anak kandung.
Ini kerana keluarga yang menguruskan penyerahan anak angkat, cari keluarga angkat tangkap muat. Asal dapat tanpa membuat sebarang syarat. Kekuarga angkat yang dapat terus diam dan tidak berhubung lagi dengan ibu kandung.
Sebab tu baru-baru ini saya buka semula permohonan anak angkat agar saya boleh menilai siapa yang layak. Saya ubah fikiran untuk bantu memilih keluarga angkat yang layak dengan beberapa syarat yang ditetapkan.
Tak Perlu Tamak
Selepas memohon, perlu bersabar. Ibarat kita mengandung, sebaik tahu diri positif hamil, tempoh mengandung ambik masa paling kurang 9 bulan. Jadi sebaik hantar permohonan, bersabarlah untuk menerima anugerah ini. Kumpul duit untuk terima orang baru. Cepat atau lambat, itu urusan Allah. Anak kan rezeki, maka terus berdoa agar Allah kurniakan rezeki tu.
Saya pun bukan mudah nak serahkan anak begitu saja. Emosi saya perlu kuat saat perpisahan terjadi. Anak diserahkan pada hari ibu cukup tempoh 6 bulan di Baitus Solehah. Hari anak diambil, hari itulah ibu daftar keluar Baitus Solehah.
Ketika penyerahan anak, keluarga angkat akan bertemu dengan keluarga kandung. Berkenalan, bergambar dan saling mengenali antara satu sama lain. Bertukar nombor telefon dan tahu tempat kerja.
Keluarga angkat jangan ada niat mahu memutuskan hubungan dengan berpindah rumah, tempat kerja dan menukar nombor telefon senyap-senyap semata mata tidak mahu keluarga kandung tahu.
Paranoid
Keluarga kandung pun tahu syarat syarat penyerahan anak, mereka tidak boleh menuntut kembali hak penjagaan anak itu. Cuma mereka mahu tahu perkembangan anak setiap bulan.
Jadi tidak salah dan menyusahkan pun keluarga angkat hantar sedikit maklumat dan gambar anak angkat mereka membesar setiap bulan.
Zaman teknologi dan canggih, WhatsApp kan ada. Hantar saja melalui situ. Jangan keluarga angkat lokek dan tamak. Takut dan paranoid anak tu kembali kepada keluarga kandung.
Satu lagi, keluarga angkat takut keluarga kandung buat ancaman dari segi kewangan. Keluarga angkat perlu sedar, keluarga kandung tidak serah anak itu jika fikir anak tu boleh dijadikan sumber kewangan mereka.
Mereka serah anak dengan ikhlas agar keluarga angkat dapat menjaga anak dengan baik. Maka apa salahnya saling berhubung dan berkongsi kasih sayang.
Jadi keluarga angkat tidak usah paranoid kehilangan kasih sayang anak. Keluarga kandung tidak akan tuntut jika penyerahan dilakukan secara harmoni dan telus tanpa agenda tersembunyi.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Kashoorga : Bagi suami, isteri yang membuat permohonan untuk mendapatkan anak angkat bersabarlah. Bila tiba masanya, pasti Allah permudahkan segalanya.
Sumber : Baitus Solehah
Untuk Bakal Pengantin, Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Ambil Tahu Soal Mas Kahwin

Mas kahwin termasuk dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga disebut dalam akad.
Justeru untuk mengukuhkan pengetahuan kepada seluruh bakal pengantin, jom kita tengok senarai mengenai mas kahwin yang perlu anda tahu.
1) Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
2) Namun Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Jumlah ini tidak membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.
3) Mas kahwin lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran hanyalah adat. Kewajipan mas kahwin adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.
4) Mas kahwin ialah hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isteri.
5) Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayarnya sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.
6) Jika mas kahwin sebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan ALLAH.
7) Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas berkahwin, perlu minta izin isteri. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.
8) Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat selain daripada wang. Misalnya emas dan al-Quran.