Biasanya bila tiba hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan, pasangan akan menghadiahkan jambangan bunga atau hadiah lain untuk menggembirakan hati.
Tetapi apa kata untuk menghargai pasangan kali ini ubah kebiasaan dengan menghadiahkan sesuatu yang lebih berharga dan bernilai, misalnya pemberian emas.
Ini kerana barangan emas ini jika disimpan asetnya akan bertambah banyak dalam tempoh tertentu.
Seperti perkongsian seorang peguam, Hayat Muhamad yang memberitahu caranya menyimpan emas dan berkemungkinan asetnya boleh mencecah RM36,000.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan pasti isteri adalah insan paling gembira jika diberikan barangan emas ini.
Pokyat, aku duduk terfikir nak belikan isteri aku hadiah. Apa hadiah yang sesuai untuk isteri?
Jawapan:
Korang beli bunga tak salah.
Ads
Korang belanja tempat makan sedap- sedap tak salah. Semua ada kenangan.
Tapi bunga akan layu. Makanan yang sedap akhirnya jadi najis.
Jawapan Pokyat ialah beli emas kat isteri. Cuba untuk tiap- tiap bulan beli emas kat isteri.
Kenapa pulak Pokyat? Habislah duit macam tu!
Korang tau,emas tidak akan susut nilai. Didik isteri kalau dia ada duit, beli lah emas. Kalau tak ada duit banyak, cukuplah beli cincin kosong RM 300 ringgit. Cuma pastikan emas 916. at least.
Aku nak cakap, orang kita kurang kesedaran menyimpan emas. Bagi Pokyat, emas kalis inflasi. Emas sepanjang masa, sepanjang zaman, kat manapun kat dunia, ia masih ada nilai.
Ads
InsyaAllah kalau ikutkan harga emas, ia akan berterusan meningkat. Jadi sesiapa yang menyimpan emas, dia akan beruntung.
Gelang Emas RM10k zaman mak- mak kita sekarang mungkin dah menjangkau RM17k pada zaman kita.
Kedua, Tadi Pokyat cakap kenapa emas mestilah at least 916? ( Ada emas yang lagi tinggi dan padu iaitu 99.9.)
Cara nak cairkan emas mudah sahaja iaitu jual pada Tukang Emas. Kalau emas bermutu rendah, anda juga akan dapat harga yang rendah.
Kalau 916, anda akan dapati harga dia maintain ok. Walaupun emas anda buruk, ia tetap ada harga.
Didik isteri supaya jangan membazir membeli perkara yang tidak berfaedah. Beli emas sebanyak mungkin.
Ads
Kalau cincin berharga RM300, pastu beli sebentuk setiap bulan, dalam setahun dah ada RM3600. Ada bonus beli rantai tangan pulak.
Perkara paling penting ialah, emas boleh digadai apabila susah atau terdesak. Kalau harga RM300, nak dapat RM200 segera memang kacang. Itulah manfaat yg orang tak nampak. Kalau ada 10 bentuk cincin, nak dapat RM2000 memang mudah. Cari yang kos simpan rendah.
Gambar sekadar hiasan.
Lepastu kesemua cincin- cincin tu boleh trade in pastu tambah sikit duit, untuk dapat gelang emas yang lebih besar.
Korang nampak macam Pokyat mengarut kan, tapi kalau betul- betul fokus dengan “ satu cincin setiap bulan”, nanti tengok lah 10-20 tahun, aset ini akan bertambah. Setahun RM3600, kalau 10 tahun = RM36,000. Pastu harga naik pulak.
Orang perempuan dan orang kedai emas mesti suka dengan plan dan cadangan Pokyat ni.
Percayalah, kalau kita susah masa tinggal batu je, isteri boleh bantu kita dengan hadiah- hadiah yang kita pernah bagi ni lah.
Sesi persekolahan di seluruh negara telah bermuda sejak semalam di beberapa buah negeri. Dan pastinya paling teruja untuk ke sekolah adalah anak-anak dengan ditemani ibu bapa masing-masing.
Dan biasanya ibu bapa insan paling sibuk melayan kerenah dan menyediakan kelengkapan mereka terutama pada murid tahun satu di sekolah.
Gambar sekadar hiasan.
Namun lain pula situasinya di salah sebuah sekolah. Bukan ibu bapa yang sibuk melayan kerenah anak-anak, sebaliknya si anak pula yang sibuk melayan kedua ibu bapanya.
Dalam satu perkongsian di laman sosial pengguna Facebook yang juga seorang guru, Nadwa Nassir memberitahu kisah seorang anak muridnya tahun 1 yang memimpin tangan kedua orang tua bagi menyertai sesi orientasi di sekolah memandangkan mereka cacat penglihatan.
Ternyata perkongsian ini mengundang sebak netizen yang terkesan dengan sikap adik ini yang begitu menyentuh hati.
Sentap di akhir tahun 2019
Sentap hari terakhir tahun 2019… Hari ni terima murid Tahun 1… Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020..
Pimpin tangan mak ayahnya pada hari pertama ke sekolah
Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya… yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..
Tulis nombor telefon mak ayah, walaupun nombor terbalik
Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik.. Kuatnya kamu wahai anak… Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini…
Siap tunjuk kelas, kantin, padang walaupun tahu kedua ibu bapanya tak boleh melihat
Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat
“mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”
Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?” Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je)
Cikgu doakan berjaya dunia akhirat
Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat.. Kamu yang paling kuat.. Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..
Ternyata posting yang ditulis ini mendapat respon baik daripada warganet. Rata-rata terharu dengan sikap dan kegigihan adik ini yang begitu tertib melayan kedua orang tuanya yang cacat penglihatan.
Masing-masing mengharapkan adik ini akan berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya.
Putri Hunny Tengku KamariahMasyallah Sedihnya, klu ada selitkan nombor acc mak ayah dia, boleh kita sama2 hulurkan bantuan.. Tak banyak pon sikit, jadilah.. Seikhlas hati
Dulu saya tipu tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa. Bagaimana saya nak tebus dosa?
Jawapan
“Pulangkan balik duit kepada jabatan,” kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya.
Tambahnya taubat tak diterima selagi harta yang diambil tidak dipulangkan pada pemiliknya.
“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang tetapi kita balik dan kita tidak punch card. Kita minta kawan untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.
“Jadi 5 jam kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar,” jelas UAI lagi.
Beliau kemudian turut memberikan contoh berkenaan penipuan tuntutan perjalanan.
“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250. Semua itu haram belaka. Sembahyang tak diterima kerana menipu harta orang.
“Jangan buat main,” tegasnya.
Pendakwah bebas tersebut berkata bahawa apabila manusia melakukan dosa terhadap Allah, manusia itu perlu bertaubat dengan yang Maha Esa.
“Dia bertaubat kepada Allah dan Allah terima selalu kerana dosa itu tidak berkait dengan harta orang”, katanya lagi.
Namun begitu, UAI menegaskan apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubatnya tidak diterima sehingga harta yang ditipu dipulangkan semula.
“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” tegasnya.
Ramai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Biasakan anak dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Dirikan solat sebelum baligh
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh. Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun. Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Dibenarkan memukul anak belum baligh yang enggan solat
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan tempat tidur anak pada umur 10 tahun
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Ajar anak makan guna tangan kanan
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Sempurnakan pakaian anak kecil
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!
Amalan berkirim salam adalah kebiasaan, malah ia telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW lagi.Dan adalah wajib bagi kita menjawab kiriman salam ini sama ada...