Halal bagi suami isteri nak bermanja di tempat tertutup, tapi haram bila ditayang-tayang secara terbuka kepada umum. Atas niat apa sekalipun, matlamat tidak menghalalkan cara.
Apa lagi tidak merasa bersalah dengan keterlanjuran perbuatan sebaliknya merasa bangga kerana bilangan pengikut semakin bertambah setelah video intim tersebut dimuatnaik di media sosial.
Sebenarnya, pasangan suami dan isteri bebas melakukan apa saja selagi tidak bertentangan dengan agama. Namun haram bila perbuatan tersebut dibuat secara terbuka dan ditayang kepada publik.
Ikuti teguran PU Syed ekoran viral sebuah video intim pasangan selebriti beberapa hari ini. Semoga teguran ini membuka mata kita semua.
Ada artis dengan bangga menyatakan followersnya bertambah setelah video intimnya dengan suami menjadi viral?
Pasangan suami dan isteri boleh melakukan apa sahaja, melainkan sesuatu perbuatan yang dilarang Allah, namun perbuatan merakam aksi intim bersama pasangan dan dikongsikan dengan bangganya kepada netizen itu adalah satu pelanggaran kepada hukum! Ianya boleh disebut juga sebagai mujaharah dengan maksiat.
Ads
Di Tempat Tertutup Memang Halal
Perbuatan mujaharah dengan maksiat iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan adalah di antara dosa besar yang dicegah dalam agama.
Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam.
Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya:
‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.
Riwayat Imam Al-Bukhari (606)
Ads
Tapi Haram
Golongan al-mujaahiruun ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:
Pertama: Seseorang itu melakukan maksiat dan dia melakukannya secara terbuka.
Ini adalah mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan di hadapan orang ramai dan mereka melihat ke arahnya, maka dalam kes ini dia dianggap melakukan kezaliman ke atas dirinya sendiri atas maksiat yang dilakukan.
Begitu juga dia melakukan dosa ke atas orang lain kerana menjadi faktor orang lain turut mengikut maksiat yang dia lakukan.
Kedua: Seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi. Kemudian dia pergi menceritakan dosa yang telah dilakukan kepada orang lain.
Ads
Bila Ditayang-Tayang Secara Terbuka
Buat artis tersebut, tidak perlu berbangga bertambahnya followers kerana ianya bukan indikator bahawa perbuatan kamu itu bagus dan baik kepada masyarakat.
Bahkan kamu telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan ini adalah sebesar-besar musibah kepada umat.
Tak cukupkah lagi maksiat sentuh-menyentuh dalam lakonan kononnya dengan izin suami itu. Kini kamu tambah lagi dengan perbuatan menyalahi adat dan agama pula.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ayat al-Quran di atas menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Ujian manusia berbeza-beza dan sejauh dirinya menerima, itulah tanda keimanan. Di saat kita merasakan hidup diuji terutama kesusahan harta benda, tapi sebenarnya ada diuji dengan lebih hebat dari kita. Bahkan kesusahan orang lain juga adalah ujian untuk kita yang berkemampuan.
Di aplikasi Tik Tok @danielalli atau Muhammad Daniel bin Ali, dirinya berkongsi momen sedih seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih sekolah rendah yang berniaga kerepek berlokasi di Starbucks, Limbongan, Melaka sampai tertidur menantikan jualannya dibeli.
Dalam keadaan duduk di kaki lima itu, kanak-kanak ini kelihatan bersila di laluan drive thru menunggu pelanggan membeli kerepeknya. Barangkali agak penat berpuasa di siang hari dan usia kecilnya, dirinya tertidur sebelum dikejutkan.
Saat ditanya beberapa soalan mengenai keberadaannya di situ, adik Acap berkongsi kisah hidupnya.
Terkesan dengan kesusahan adik ini mencari rezeki di usianya masih kecil yang mana sepatutnya tempatnya adalah di rumah malam-malam begini, Daniel telah melancarkan tabung kilat untuk membantu.
Dan tabungan kilat itu berjaya mengumpulkan RM1220 untuk disedekahkan pada adik ini. Dan selepas video berkenaan viral, semakin ramai ingin membantu dan ada mengatakan anak kecil ini berasal dari Johor.
Dari satu rakaman video lain memaparkan Daniel menyerahkan sumbangan berkenaan dan apa yang menyayat hati, adik Acap menangis. Barangkali tidak menyangka ada insan baik akan membantu meringankan bebanan kemiskinan hidup keluarganya. Atau barangkali itulah pertama kali dirinya memegang duit sebanyak itu.
Dalam pada itu, Daniel turut menemuramah ibu kepada adik Acap dan mengakui dirinya datang dari Johor dan berniaga kerepek secara kecil-kecilan di Melaka.
Apa yang membuatkan lagi ramai sedih, ibu dengan anak-anak kecil seramai enam orang ini dilihat berhimpit-himpit di dalam kereta selepas ditinggalkan suaminya.
Jadi untuk kelangsungan hidupnya, dirinya membuat jualan kerepek dan anak-anaknya yang masih kecil membantu menjual kerepek. Bahkan dirinya mengakui kesemua anak-anaknya masih bersekolah.
Di saat kita merasakan dirinya kita susah, ada lagi hambaNya diuji dengan seribu satu kesusahan lain. Semoga rezeki adik Acap dipermurahkan dan mana yang berkemampuan, bolehlah sama-sama menghulurkan bantuan. Dan difahamkan, selepas video berkenaan tular, ramai meminta pemuda ini membuka kembali tabung untuk mereka sama-sama bersedekah kepada adik Acap dan keluarganya.
Tarikh hari ini 21 April 2020 menjadi detik istimewa kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sangat kita sayangi kerana menyambut hari kelahiran.
Sikap dan keperibadiannya yang sangat tenang menjadikan dirinya menjadi kesayangan semua rakyat Malaysia terutama dalam mendepani cabaran menentang wabak COVID-19.
Dikatakan peratus perkembangan terkini COVID-19 juga menunjukkan penurunan untuk kes baru dan juga kematian.
Malah saranan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada kejayaan ini.
Dan sempena pada hari ulang tahun kelahiran beliau, Dr Noor Hisham telah menyampaikan harapannya menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Bernama malam tadi.
Melalui kenyataannya itu, beliau memberitahu, hadiah paling bernilai untuknya kali ini adalah dengan meminta rakyat Malaysia terus duduk rumah bagi sama-sama memerangi COVID-19 dari terus menular.
Beliau yang memang terkenal dengan sikap tenang menuturkan harapan tersebut dalam keadaan tersenyum dan kelihatan agak ceria serta penuh harapan agar rakyat Malaysia dapat merealisasikan ‘hadiah istimewanya’.
Dan sebaik mengetahui ulang tahun kelahiran hero kesayangan ramai, figura ini terus mendapat layangan ucapan selamat hari lahir buat Dr Noor Hisham.
Masing-masing mendoakan agar beliau terus diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menanangani wabak pandemik ini.
Laili SobkiHappy Birthday Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. semoga dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah dunia & akhirat
Sheirly PangHappy Birthday, Datuk! Thanks for the hard work to monitoring Covid-19 situation and leading the KKM team to save Malaysia!
Suzaidee Mohd ShomHappy Birthday Datuk Dr. Noor Hisham… Moga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah…
Terima kasih atas pengorbanan anda
Syarifah NorsyimaSelamat Hari Lahir Dato’ Dr Noor Hisham… Semoga Allah terus limpahkan Dato’ dengan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin barisan hadapan melawan C19…
KitaJagaKita
KitaMestiMenang
Jai JainiHappy birthday Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah. Semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik. We are so proud of u
Mat JepungSlmt Ulang Tahun Kelahiran Datuk, semoga allah sentiasa menaungi kehidupan datuk sekeluarga dengan rahmatnya..Ya Allah aku bersaksi, insan ini cukup mulia, bertanggungjawab dan amanah didalam menjalankan tugas yg diberikan..Rahmatilah dia, panjangkan umurnya..kami sayang beliau sebagaimana beliau menyayangi kami rakyat Malaysia dengan memastikan setiap org drp kami selamat dan bebas drp covid19…Tq Datuk Noor Hisham Abdullah.
Suzaidee Mohd ShomHappy Birthday Datuk Dr. Noor Hisham… Moga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah…
Sebelum itu, beliau juga telah diiktiraf dunia melalui saluran televisyen China antara tiga doktor terbaik sepanjang berdepan virus yang menyerang seluruh dunia ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam bergurau biarlah berpada-pada.Usah keterlaluan sehingga boleh menyebabkan seseorang terasa hati. Topik gurauan pula janganlah yang bersifat sensitif termasuklah soal poligami.
Berikut perkongsian Ustaz Khailil Razak.
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri.. Baru2 ni beliau baru je dapat cahaya mata.. Comel anak dia..Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ustaz iqbal makan di asam pedas power johor dan kami bersembang..
Dia kata “lil.. Lain kan dah ada anak ngan tak ada anak lagi.. Allahu.. Lil.. Aku bersama ngan isteri aku dalam bilik bersalin 8 jam nak tunggu baby keluar.. Isteri ak kata.. “Abg apa2 berlaku jap lagi.. Biar anak selamat.. Apa2 berlaku pada saya xpe..” Aku nangis lil.. Ak tengok dri mula sampai akhir bini ak bersalin.. Aku rasa yaAllah payah nya laa.. Aku terus teringat kat mak aku lil.. Aku lahir dulu beso 4kg lebih.. Lagi teruk mak aku lahirkan ak dulu…” Huhuk..
“Masa kami berdua je.. Ak selalu bergurau dengan isteri ak nak kawin dua.. Biar awak senang sikit.. Saya kawin dua awak ada kawan… Masa tu orang umah ak marah.. Ngajuk.. Aku tak faham.. Lepas ak tengok dia bersalin ak dah x nak sebut benda2 kawin dua ni lil.. Kesian kat bini ak…”
Allahu.. Saya terfikir.. ramainya suami2 hari ni jadikan itu sebut nak kawin dua.. Nak kawin sorang lagi jadi bahan gurauan.. Tapi langsung tak tahu.. Sebenarnya walaupun nampak bergurau tapi sangat beri kesan pada hati seorang wanita.. Nampak macam xde pape.. Dia cubit kita.. Ngajuk.. Tapi dia akan ingat sampai bila2 gurauan kita tu… Kadang2 benda2 gurau2 benda2 macam ni buatkan isteri kita hilang respect pada kita.. Sebab buat benda2 macam ni gurauan.. Hati wanita sangat lembut dan cepat terasa..
Saya kalau timbul perbincangan tentang kawin dua dan sebagainya depan saya dan isteri saya terus kata “saya xde masa nak fikir psal ni… Kerja saya banyak.. Isteri saya ni cukup sempurna bagi saya..”
Saya nak ajak suami2 kawan2 saya.. Walaupun poligami dibenarkan syara’ tapi jangan jadikan soal itu sebagai gurau .. Kita bergurau la lepas ni ngan isteri kita perkara lain.. Main Angkat2 dia ke.. Main lari2 ke.. Main nyorok2 ke.. Yg buat dia boleh happy ngan kita.. Jangan sesekali kita jdikan poligami bahan gurauan depan isteri dan anak2 kita.. Kita jaga perasaan orang umah kita macamana kita nak isteri kita jaga perasaan kita.. YaAllah.. Maafkan saya.. Maafkan kami semu.. Kami x perasan perkara2 kecil ni…
Sya pernah dengar.. Bila isteri lepas bersalin.. Kita kena banyak puji isteri kita.. Cakap.. Awak kuat sangat.. Awak banyak tolong sy.. Terima kasih.. Saya dapat rasakan yg awak kuat berdoa dengan Allah untuk saya dan cereer saya.. Sekali sekala.. Puji isteri kita depan mak ayah dia.. Mak ayah dia pun suka.. Isteri kita pun suka,. Tapi malangnya hari ni.. Kita sebagai suami jarang sngat.. Berat snagat mulut nak puji isteri kita yg bnyak korban untuk kita.. Bukankah dia pernah lahirkan zuriat kita.. Dia yg tanggung perit semua? YaAllah.. Maafkan kami.. Kami x pndai jadi suami yg terbaik..
Sumber kredit: Motivator Ummat, Ustaz Khailil Razak
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kalangan Muslimah tak dinafikan ramai yang masih keliru tentang bila waktu tamatnya haid. Ini kerana selepas berakhirnya darah berwarna merah, ia akan diikuti dengan...