‘Hiburkan anak dan manjakan suami pun ibadah.’ Wanita jangan fokus kepada ibadat khusus saja selepas berkahwin. Padahal banyak lagi cabang ibadah yang dapat kita lakukan.
Setiap yang kita lakukan terutamanya dalam menguruskan rumah tangga adalah ibadat yang kita tak nampak. Sudah tentu setiap satunya diberikan ganjaran pahala.
Ikuti perkongsian Annie Sukery ini dan hadam apa yang cuba disampaikan:
Soalan ini tak berapa tepat. Tapi Kaknie cuba ulas kerana ia melibatkan hal kita-kita sebagai perempuan, isteri dan ibu.
Diakui, amal ibadah kita berubah hampir 180 darjah dari zaman bujang dan zaman berkahwin. Kaknie budak asrama. Dari sekolah menengah sampai keluar universiti. Tipulah kalau tak join usrah, majlis-majlis agama yang dilaksanakan di sekolah dan sebagainya.
Jadi ‘terasa’ macam ooo, banyakkan ibadah yang aku buat. (Bukan riak tahu, cuma perasan. Yelah, boleh mengaji, boleh puasa sunat, awal pagi kena hambat dengan cikgu bangun tahajud.
Manjakan Suami Pun Ibadah
Tapi bila sudah kahwin dan beranak pinak, Allahu Rabbi! Jangan mimpi nak buat yang sunat, yang wajib pun terkejar-kejar. Kadang-kadang, tinggal terus!
Ads
Contoh, tiga kali kaknie bersalin dalam bulan puasa. Haru wehhh sebulan tinggal puasa terus. Sudah kalau puasa pun tidak, solat terawih, tadarus Quran apatah lagi. Sadaqallah terus!
Down??
Yess… Kaknie pernah down. Menangis dalam solat. Bayangkan, hendak solat, anak melalak tepi tikar sejadah. Baru bangun hendak tahajud, anak bangun sekali pula hendak menyusu.
Wanita Jangan Fokus
Susukan dia, tertidur. Sudahnya, tahajud tidak, subuh pula jadi subuh gajah. Menangis! Kadang rasa Allah sudah tidak sayang aku ke?
Tapi Allah jentik hati kita dengan rahmat Dia. Allah bagi kita faham dengan ‘cara dia’.
Puan-puan para wanita dikasihi.
Ads
Bila kita sudah berkahwin, separuh agama kita sudah kita tunaikan. Tinggal separuh sahaja lagi untuk kita selamat masuk dalam syurga. Tapi caranya bagaimana?
Kepada Ibadat Khusus Saja
Banyak cara.
Sebelum kahwin, kita mungkin fokus ibadah-ibadah khusus seperti mengaji, puasa sunat, tahajud, zikir dan solat jemaah.
Tapi selepas kahwin, ladang ibadah kita lagi banyak Allah buka, bercabang-cabang.
Masak untuk suami, ibadah, susukan anak, ibadah, masak untuk anak, ibadah, hatta, hubungan intim dengan suami pun satu ibadah yang sangat besar nilainya. Terkadang kita terlepas pandang soal itu.
Hiburkan anak, manja-manjakan suami, itu ibadah yang masa bujang kita tak dapat buat. Asbab itu, Allah kata perkahwinan adalah ladang pahala yang sangat besar bagi isteri. Tinggal kita nak buat dengan ikhlas kerana Allah atau tidak saja.
Selepas Berkahwin
Jadi, jangan sedih-sedih sangat. Jangan banding-banding sangat ibadah kita dulu dengan ibadah kita sekarang. Banding dan beza buat kita susah hati, reda dan jalani ia dengan baik buat kita tenang dan senang.
Ads
Lagi pula, kita masuk syurga pun, bukan asbab ibadah kita yang banyak menimbun, tapi sebab reda Allah. Dapatkan reda Allah, tak mengaji hari-hari pun kalau Allah nak bagi masuk syurga, kita dapat masuk syurga.
Ibadah siang malam, tapi Allah tak reda buat apa? Sia-sia belaka.
Jelaskan?
Bertenang-tenang sahaja di dunia. Insyallah, moga kita bersenang-senang di akhirat sana. Annie Sukery
Bukan ahli tikar sejadah.
Kali pertama dalam sejarah, ayat suci Al-Quran berkumandang di acara pembukaan Piala Dunia 2022. Terasa syahdu dan naik bulu roma tatkala ayat suci dibaca dalam upacara epik sebegini.
Kejohanan bola sepak paling berprestij akhirnya membuka tirai malam kelmarin dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt sebelum aksi pertama kumpulan A, Qatar menentang Ecuador.
Piala Dunia 2022 dengan slogan ‘Now Is All’ berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, di mana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.
Para peminat bola sepak bakal dihiburkan dengan aksi bintang-bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Neymar, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo.
Sebelum melihat penampilan mereka, pembukaan Piala Dunia 2022 telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran.
Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Lantunan Ayat Suci Al-Quran
Ia mengenai kisah kemanusiaan dan penyatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal,” makna ayat tersebut.
Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Kredit Foto Al-Jazeera.
Berkumandang Di Acara
Morgan Freeman mengakui terpegun dan kagum dengan bacaan tersebut serta menyifatkan ia adalah sesuatu yang paling indah pernah didengari olehnya.
“Apa yang menyatukan kita di sini jauh lebih besar dari apa yang memisahkan kita,” kata Morgan Freeman dalam pidato pembukaannya.
Selain itu, acara pembukaan turut diserikan dengan persembahan anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook di hadapan ribuan penonton.
Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu mencatat perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah.
Buat pertama kali juga penerbangan dari Tel Aviv dibenarkan mendarat di Doha bagi memberi peluang buat rakyat Palestin dan Israel menyaksikan Piala Dunia kali ini.
“Dari Qatar, malah dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia 2022. Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua,” kata Emir Qatar, Sheikh Tamim.
Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara pemimpin yang hadir menyaksikan acara pembukaan tersebut.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Kashoorga : Sukan bola sepak menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.
‘Isteri tak perlu taat membuta tuli demi syurga.’ Sepatutnya dalam perkahwinan, wanita patut dimuliakan bukan dipijak maruahnya dek kerana dia seorang isteri kepada lelaki.
Ketaatan isteri terhadap suami adalah dalam batasan ketaatan kepada Allah bukan ketaatan membuta tuli hingga mentaati apa saja arahan suami walaupun terpaksa derhaka kepada Allah.
Begitu juga isteri tak perlu taat kepada suami yang sentiasa merendahkan isteri seperti hamba. Ikuti perkongsian Pengamal Undang-undang, Nurul Izzah Zainol ini dan ketahui mengapa wanita tidak peru dilayan sebegitu setelah berkahwin.
Isteri Tak Perlu Taat
Mantera Asiah Firaun
Kalau kita dicederakan orang luar yang bukan suami kita, kita confirm terus ke balai untuk buat report. Kalau boleh hendak humban dalam penjara time itu juga.
Begitu juga, kalau kita ditipu duit ringgit sampai rugi beratus ribu, kita confirm pergi balai buat report kata kena scam. Kita hendak balik duit kita yang hilang.
Membuta Tuli Demi Syurga
Kalau orang luar hina, maki dan aibkan kita, kita bukan main hendak ambil tindakan undang-undang dekat dia. Nak saman fitnah 5 juta kalau boleh!
Sebab apa kita terus nak ambil tindakan undang-undang?
Sebab kita rasa teraniaya dan kita adalah mangsa dan kita mahu hak kita dibela!
Tapi bila pelakunya adalah suami kita.
Yang sepak terajang kita, yang setiap hari men‘sial bodoh’kan kita, yang buat kita muflis, bankrap berhutang keliling pinggang, kita fikir sejuta kali hendak ambil tindakan undang-undang.
Sepatutnya Dalam Perkahwinan
Kita lebih pilih untuk sabar, teruskan bersabar dan bersabar lagi sampai abang jamil mampus. Sebab apa?
Sebab bagi kita itu adalah ujian Allah hendak bagi pahala dekat kita untuk masuk syurga dari mana-mana pintu.
Maruah kena pijak, aib dijaja, badan berbirat tidak apa, sebab yang pelaku itu adalah suami kita, kita tinggal taat sahaja. Suami tu perantara untuk kita terus taat kepada Allah! Jangan lawan, jangan rebel, jangan bermusuh!
Tudia sampai kena pasrah dilayan teruk macam ini demi syurga punya pasal. Tell me. Kenapa ya seburuk ini wanita Islam dilayan dalam rumah tangga?
Kalau masa bujang tak bersuami, dia bebas hendak tuntut hak dia kalau dia dizalimi.
Tiada siapa hendak suruh dia sabar dan galakkan dia ambil tindakan kepada pelaku.
Wanita Patut Dimuliakan
Tapi bila dia berkahwin, kedudukan sebagai wanita yang patut dihormati dan dilindungi jatuh di bawah telapak kaki laki dia.
Hilang hak bersuara, hilang hak untuk dihormati, hilang hak untuk dijaga aib dan maruahnya. Terus jadi powerless.
Kita seolah-olah bagi lesen pula dekat seorang manusia layanlah kita macam apa pun tak apa sebab kita bini dia.
Bukankah sepatutnya dengan perkahwinan kedudukan wanita lebih dimuliakan? Haknya akan lebih terbela kerana ada suami.
Maruahnya akan lebih terjaga kerana ada suami sebagai pelindung. Jika disakiti akan ada sang suami yg akan menuntut bela bagi pihaknya.
Bukan Dipijak
Apatah lagi apabila suaminya adalah pemangsa, yg bertanggungjawab melindungi isterinya, patutnya lagi kena segera dihukum dan diadili. Sebab suami dia sudah ‘abuse the power’.
Again, why in marriage we allow this kind of power abuse? Even this people justify this abuse dengan hujah apa tahu?
“Kita ini isteri contohilah Asiah yang still taat pada firaun suami yang zalim tu. Suami kamu tak tahap firaun lagi kamu sudah minta cerai. Sabarlah!”
Inilah mantera paling toksik yang menyebabkan ramai isteri yang sebenarnya ‘mangsa’ kezaliman suaminya terus stay dalam violence cycle just to be Asiah. No one go and tell the husband stop being the Firaun to Asiah.
Am I right?
Kashoorga: Berlaku sesuatu tak normal, jangan diamkan sebaiknya cuba cari jalan keluar sebelum melarat.
‘Jodoh saya belum sampai.’ Menginjak usia 40, Sherry tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat orang sekeliling. Begitulah wanita yang positif, reda dengan setiap ketentuan Allah.
Namun begitu sebagai wanita dalam usia sebegini pasti akan disoal tentang jodoh apalagi dirinya merupakan seorang selebriti. Pasti sesekali akan ditanya.
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”
Demikian ulas pelakon Sherry Ibrahim yang tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga.
Menginjak Usia 40
Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Sherry Tumpang Gembira Dengan Rezeki
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
Jodoh & Zuriat Orang Sekeliling
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” cerita Sherry yang turut sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya selain bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.
Kashoorga: Semoga Allah memakbulkan segala impian dan doa Sherry. Amin.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...