Kalau sebelum Perintah Kawalan Berkurung ini mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan dunia hinggakan tidak sempat untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Jadi dengan kesempatan yang ada ini (Perintan Kawalan Duduk Rumah) sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada kita berbakti kepada ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak.
Inilah masanya untuk anda bertanya dan bersembang lebih rapat dengan ahli keluarga sambil bertanya apa yang dilakukan sepanjang tempoh kesibukan anda sebelum ini.
Ads
Mungkin ada perkara tersirat yang anak atau isteri anda mahu beritahulah tetapi tersekat kerana kesibukan anda mengejar urusan dunia sebelum ini.
Ayuh, ikuti perkongsian menarik dari Penceramah Bebas, Ebit Lew yang mahu kita menghargai masa ada ini untuk merapatkan tali silaturrahim bersama ahli keluarga.
Nikmat hikmah disebalik covid 19. Biasa busy. Terima kaseh ya Allah. Adalah masa dirumah masak untuk bidadari dan anak-anak.Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya
Ads
Kasihan bidadari saya selama ini masak dekat rumah. Ya Allah. Ini semua anak cuti panjang. Bidadari saya penat. Syukur dapat membantu dirumah
Gambar sekadar hiasan.
Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.
Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia
Ayuhlah kita bantu bidadari atau anak-anak bantulah ibu cuti sekolah ini. Anak lelaki baik anak perempuan. Kita sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Disaat ujian ini kita jemput rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan makanan buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan besar dari semua amal ahli keluarga- ebitlew
Tidak dinafikan dalam hubungan suami isteri itu pasti ada pasang surutnya. Kata orang perselisihan faham atau ‘gaduh-gaduh manja’ itu sebagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga.
Namun begitu sebagai pasangan, jangan biarkan terlalu lama jika isteri merajuk. Pastikan ada inisiatif memujuk isteri kerana dialah teman kita di malam hari.
Jika rajuk berpanjangan pasti akan membuatkan perhubungan suami isteri jadi dingin dan hambar.
Tidak salah rendahkan ego memujuk isteri kerana hati wanita ini sangat halus. Mereka terlalu ‘malu’ minta diupujuk dan pastinya hati berbunga-bunga jika dapat dipujuk dengan kata-kata manis.
Tidak perlu beli hadiah mahal, cukuplah sekadar pelukan sayang tanda kita mahu berdamai.
Ayuh, ikuti perkongsian Imam Muda Hassan berkenaan hal ini.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri.
Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah
Empat perkara yang dikatakan itu adalah neraka, siksa kubur, fitnah ketika kita masih hidup, cerita-cerita buruk selepas mati dan fitnah dajjal.
Jadi perkara yang baik kenapa tidak kita lakukan. InsyaAllah kita akan jadi umat yang terhindar dari segala yang tidak baik.
As’salamualaikum. Hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”, biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma, Wahai Allah
Inni a’uuzubika, Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam, Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr, Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat, Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal, Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma, Wahai Allah
Ya muqallibal quluub, Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik, Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik, Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
CnP Credit to: IG QowiyyFillah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Bila pergi umrah, sebaiknya fokus dan kusyuk pada ibadah.’ Bukan sibuk tayang telekung yang mahal, handbag berjenama. Kita kumpul duit ke sana adalah untuk menjadi tetamu Allah dan beribadat.
Jadi betulkan niat supaya tak terpesong dan tidak timbul riak di hati apabila kita menyarung pakaian atau telekung yang mahal ketika menunaikan ibadat umrah. Ikuti perkongsian Puan Dzurisikim Dzulkefli dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan.
Dua hari lepas adik saya minta untuk meminjam pakaian saya yang polos, tanpa sebarang manik atau hiasan mahupun renda untuk dipakai bagi menunaikan umrah.
Saya berikan bersama beg tangan polos juga. Yang tidak nampak sebarang jenama…. Benar-benar kosong. Hanya beg yang ringkas.
Saya beritahu adik saya, setiap kali ke Mekah, selalunya saya pakai beg biasa sahaja. Saya memang orang yang sederhana. Dan saya juga beritahu kepada adik saya, jika boleh… Jangan kita bawa beg tangan yang boleh buat orang menoleh kepada kita di dalam masjid nanti.
Asalkan beg itu cukup untuk kegunaan. Boleh bawa wang, Al Quran kecil atau keperluan lain. Sudah cukup.
Sewaktu saya hendak membawa anak-anak menunaikan umrah pada bulan 5 yang lalu, ada yang berbisik kepada saya. Mengapa saya tidak ambil penerbangan kelas perniagaan, agar nanti boleh saya bergambar dan masukkan ke media sosial. Sesuai dengan saya sebagai orang yang berniaga dan bagus untuk konten katanya.
Saya terus beristigfar dalam hati. Untuk menjaga hati orang yang berbisik kepada saya itu kerana dia berpangkat kakak, saya tidak menjawab. Hanya senyum sahaja.
Namun ini soal pergi buat ibadah. Duduk kelas mana pun kita pergi tempat sama. Waktu penerbangan sama. Makanan berbeza sedikit tapi tetap kenyang dan ada.
Alhamdulillah tempat duduk kelas ekonomi pun selesa. Kami bersyukur. Lebih mudah untuk ke bahagian belakang pesawat kerana ada ruang solat di situ.
Apabila membaca kisah ahli perniagaan yang memaparkan telekung dengan harga lebih RM6000 dan dengan kapsyen itu barulah tetamu VIP Allah…. Saya cuba fahami apa yang mahu disampaikan oleh ahli perniagaan itu.
Dia menjelaskan bahawa di TikTok harus tulis pendek dan padat jadi orang yang berniaga akan faham maksud beliau. Dia juga menjelaskan di Instagram bahawa yang dimaksudkan sebagai VIP adalah apabila dapat terbang dengan penerbangan ”business class”, supaya selesa beribadah, selesa baca Al Quran, tidak perlu risau tentang makan minum.
Dan dapat duduk di hotel paling dekat dengan masjid. Dapat khatam Quran. Mahu hadiahkan diri dengan telekung mewah dan mahal…. Mahu tawaf dan saie lancar bagaikan seorang VIP…
Saya cuba untuk menulis pandangan ikhlas saya tentang ini. Namun saya juga telah berkali-kali memadamkan semula tulisan saya.
Kerana, kita tidak dapat memandang hati manusia. Hanya mampu menilai dari luaran. Dan akal kita ini adalah sangat terbatas untuk menilai…. Subhanallah.
Dan kerana setiap kita tidaklah sempurna. Penuh dengan khilaf (kita sendiri) yang barangkali kita sendiri juga tidak sedari.
Memakai pakaian yang mahal tidak salah selagi dia mampu dan bagi menzahirkan rasa syukur terhadap Allah dan juga asalkan tidak timbul rasa riak dalam diri…
Hanya sebagai seorang wanita biasa, saya yakin bahawa bukanlah telekung mahal yang akan menjadikan kita seorang VIP bagi Allah. Bukan juga hotel yang paling dekat.
Bukan kerana perjalanan umrah pada bulan Disember yang menjadikan ia eksklusif dan VIP kerana pakejnya lebih mahal. Malah, bukan kerana mudah memasuki Raudah maka dia adalah tetamu VIP Allah melainkan barangkali dia yang berasa begitu kerana Allah telah permudahkan segalanya.
Janganlah sahabat wanita lain berasa sedih jika tidak mampu untuk bermewah ketika menunaikan Umrah kerana hal menjalankan ibadah ini bukanlah pertandingan dari sudut pakaian mahupun tempat penginapan mu ataupun kelas penerbangan mu.
Sepersalinan telekung yang bersih sudah cukup. Jika tercemar, bersihkanlah ia.
Orang yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah akan boleh sampai ke sana walau tanpa ada wang dalam tangan mahupun dalam bentuk simpanan apa pun.
Itulah orang yang benar-benar istimewa. Kerana diberikan kecukupan, jalannya dipermudahkan (padahal dia tidak mampu), tetapi kerana mahu… lalu Allah bantu.
Sesungguhnya harta adalah ujian buat kita. Kepayahan juga adalah ujian buat kita. Segalanya adalah pinjaman dan tidak akan kekal lama.
Berdoalah semoga kita semua dijauhkan dari sebarang rasa bermegah diri (walau setitik kecil) dalam hati atas apa sahaja yang Allah pinjamkan kepada kita.
Kashoorga : Semoga suatu hari nanti impian kita menjadi tetamu Allah menjadi kenyataan. Insyallah Amin.
Tidur tanpa seurat benang sering dikaitkan dengan gangguan jin, tetapi adakah ia benar menurut Islam? Ketahui penjelasan berdasarkan dalil serta amalan sunnah sebelum tidur.