Di negara seberang kecoh bila mana media mengutarakan isu perkahwinan penyanyi dangdut terkenal Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang juga seorang pelakon yang didakwa sudah menikah awal tahun ini namun menikah buat kali kedua pada 19 Ogos lalu. Hal perkahwinan ini mula menjadi bualan ramai bila mana Rizky memuat naik berita kehamilan isterinya yang perutnya dilihat agak besar berbanding usia pernikahan mereka yang masih baru.

Pasangan ini disatukan pada 19 Ogos lalu dalam satu majlis pernikahan dan perkahwinan serba mewah yang mana ia disiarkan secara langsung di stesen television negara tersebut dan disaksikan jutaan peminat mereka kerana keduanya sama cantik dan tampan di majlis penuh gilang gemilang itu.

Namun segalanya berubah bila mana “baby bump” Lesti mula kelihatan dan setelah diasak Rizky  membuat pengakuan dalam tayangan eksklusif di “The Secret Of Leslar” bahawa mereka sudah bernikah awal tahun ini kerana mahu menghalalkan dan mengelak fitnah kerana sering berdua-duaan dalam urusan kerja dan menikah kali kedua pada 19 Ogos lalu.

Bagaimana pun pengakuan pasangan ini mendapat reaksi negetif dari masyarakat bila mana ada pihak melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa keduanya mempermainkan agama dan memperbuat penyataan palsu termasuk dengan pemalsuan dokuman syarat nikah untuk pernikahan kali kedua itu. Jika sabit kesalahan di negara tersebut, hukuman penjara 4 tahun menanti pasangan ini.

Majlis pernikahan pasangan artis popular ini mendapat liputan meluas pada 19 Ogos lalu dan disiarkan secara live dalam serba mewah

Apa hukum bernikah dua kali? Adakah ia dibenarkan dalam Islam khususnya jika talak belum dilafazkan?

Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Al Khafi #1036 dinyatakan hukum bernikah dua kali tanpa talak yang dijawab oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang ketika itu menjadi Mufti Wilayah Persekutuan berdasarkan soalan diajukan pembaca.

IKLAN

Assalamualaikum wrm. wbt.

Ke hadapan Ustaz Dr. Zul. Saya ada soalan berkenaan status perkahwinan seseorang yang bernikah dua kali, yang pertama secara senyap-senyap dan kemudian yang betul-betul, macam mana tu Dr? Thanks.

Jawapan:

Waalaikumussalam wrm. wbt.

IKLAN

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.

Kami memahami soalan di atas dengan maksud seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita secara rahsia, seperti berkahwin di luar negara menggunakan wali hakim, kemudian berkahwin semula di Malaysia untuk pendaftaran.

Isu pendaftaran pernikahan adalah isu yang sangat penting dalam pentadbiran undang-undang keluarga Islam di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan. Ini bagi memastikan pasangan yang berkahwin memiliki dokumen yang sah dan diiktiraf oleh Mahkamah Syariah khususnya apabila timbul isu yang berkait dengan perkahwinan, seperti perceraian, hak hadhanah, harta pusaka dan lain-lain. Justeru, menjadi tanggungjawab orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka supaya tidak berlaku mudarat kepada mana-mana pihak. Ini selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 12(2) dan Seksyen 25 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

IKLAN

Walau apa pun sebab yang digunakan oleh pasangan berkenaan untuk bernikah dua kali, hukum pernikahan yang kedua itu tidak memberi kesan apa-apa kepada kesahihan nikah yang pertama. Nikah di negeri-negeri di Malaysia hanya boleh dibubarkan dengan cara berikut:

  • Perceraian dengan lafaz talaq
  • Pengesahan lafaz talaq
  • Fasakh
  • Cerai Ta’liq
  • Tebus Talak/Khulu’
  • Anggapan mati[1]

Ini termasuk juga hukum li`an. Tiada satu pun perkara tersebut yang merujuk kepada nikah kali kedua yang dilakukan individu-individu sebagai membatalkan pernikahan kali pertama.

Justeru, pasangan yang dimaksudkan dalam soalan itu adalah pasangan suami isteri yang sah dan pernikahan kali kedua itu tidak membatalkan pernikahan yang pertama. Wallahua’lam.

[1]