
Ketika ini mungkin ramai menetapkan untuk melakukan ibadah korban pada Aidiladha nanti. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tiada masalah menyelesaikan satu bahagian korban lembu yang pada masa ini berharga lebih kurang RM800.
Akan tetapi bagaimana pula dengan golongan kurang berkemampuan yang berhasrat melakukan ibadah ini, adakah boleh melaksanakannya dengan bayaran ansuran atau hutang.
Hukum berhutang untuk buat ibadah korban
Dalam hal ini menurut Ustazah Asma’ Harun, terdapat tiga keadaan gambaran orang yang berhutang bagi laksana ibadah korban :
- Berhutang dengan orang lain kemudian diganti dengan bayaran ansuran atau lump sum.
- Menggunakan pembayaran dengan kaedah ‘buy now pay later’ dimana mereka akan membayarnya semula secara ansuran kepada pihak yang terlibat
- Menggunakan kad kredit
Perlu diketahui bahawa pada asasnya, setiap tuntutan ibadah yang ditetapkan syarak bukankah untuk menyukarkan umat manusia.
Fuqaha’ berpadangan jelas bahawa mereka yang berkemampuan sahaja dituntut melaksanakan ibadah korban, Oleh itu, seseorang yang tidak berkemampuan tidaklah perlu berhutang semata-mata melaksanakan ibadah korban sekiranya dia tidak mampu kerana dia tidak termasuk dalam golongan yang dituntut.
Walaubagaimanapun, melaksanakan ibadah korban secara berhutang adalah SAH di sisi syarak, ini kerana berkemampuan bukanlah syarat SAH melaksanakan ibadah korban.
Akan tetapi hutang adalah suatu perkara yang akan membebankan diri seseorang, Nabi SAW memberi ancaman kepada mereka yang berhutang tetapi tidak bayar, Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAw bersabda :
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: “Roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.” (HR Tirmizi, hadis sahih)

Oleh yang demikian, tidak digalakkan seseorang untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban, ini kerana Islam tidak pernah membebankan seseorang untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan, akan tetapi jika seseorang itu yakin, mampu dan tidak terbeban untuk membayar hutang yang dipinjamnya maka dibolehkan.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Baca Lagi: Mana Lebih Baik Buat Ibadah Korban Dalam Atau Luar Negara?
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI