Tidak lewat sesaat tidak juga cepat seminit, semua Allah sudah tentukan ajal kehidupan manusia. Pengakhiran sangat indah yang juga disebut husnul khatimah dan lebih bermakna berlaku di bulan Ramadan yang mulia dan sedang bersolat Isyak.
Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengenai kejadian berlaku malam tadi saat dirinya bersolat di Masjid Nur, Jalan Seri Pagi, Bandar Saujana Utama.
Sedang imam membaca surah pada rakaat pertama di solat Isyak malam ini, tiba-tiba kedengaran seorang rebah di belakang saya dengan bunyi yang agak kuat seiring suara, “Allah!”.
Usai solat, keadaan menjadi gempar bila ada ahli jemaah yang menyeru, “ada sesiapa doktor di sini… cepat-cepat.”
Beberapa orang menerpa ke tempat kejadian dan terus memberi pertolongan cemas. Saya dengan beberapa ahli jemaah di saf pertama terus berada di tempat masing-masing sambil mendoakan kebaikan buat ahli jemaah tersebut dan terus melapangkan ruang bagi proses pengudaraan yang baik.
Beliau tidak sedarkan diri. Tangan dan tubuhnya longlai sekali. Ketika doktor menekan dadanya berkali-kali untuk membantu proses bernafas, beliau terus lemah.
Ads
Setelah tubuhnya yang tidak berdaya di usung ke belakang, doa tahlil serta solat Tarawih diteruskan. Usai solat Tarawih dengan diikuti solat witir, pengumuman dibuat yang mengatakan ahli jemaah telah pun meninggal dunia.
Saya terpegun. Sayu. Sedih. Begitu cepat dan tiba-tiba sekali Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indahnya kematiannya, di rumah Allah, pada malam Ramadan yang barakah, sedang solat, serta sempat mengucapkan nama Allah. Cemburu!
Ustaz Pahrol tergerak hati merakam suasana dalam masjid sebelum beberapa saat kemudian, kematian ini terjadi.
Entah mengapa pada malam ini, saya tergerak untuk solat di Masjid Nur, Jalan Seri Pagi, Bandar Saujana Utama. Dan malam ini, isteri pula agak sihat untuk ditinggalkan seorang buat saya berjemaah di masjid.
Ads
Tentunya insiden ini bukan kebetulan. Tetapi punya tujuan, buat diri saya dan sesiapa sahaja yang berada di masjid itu, di jauh dan dekat. Cukuplah mati itu sebagai peringatan. Mengingati mati ialah zikir yang senyap….
Ketika melihat si anak duduk menangis di samping jenazah, seorang wanita (mungkin isteri) yang terburu-buru datang sambil mengalirkan air mata…saya sayu. Kami sendu.
Dan kami mendoakan Allahyarham akan tersenyum meninggalkan dunia yang penuh fitnah ini menuju alam baqa yang penuh saadah. Insya-Allah. Amin.
Ads
Gambar di bawah, saya ambil hanya beberapa ketika sebelum peristiwa itu. Entah kenapa, hati saya tergerak untuk mengabadikan sesuatu. Tanpa saya jangka, malaikat Izrail sudah pun berada di muka pintu untuk mencabut nyawa sahabat tersebut…
Innalilahi wa innailaihi rajiun. Semoga Allah mengasihani dan mengampuni rohnya. Amin.
Kematiannya yang indah…kita? Entah di mana? Entah bila? Bagaimana? Terus rahsia.
Tetapi pasti tiba!
-Pahrol Mohamad Juoi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Semoga Allah memberkati. ‘Terima kasih kedua isteri ku yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Ashraf Muslim dan kedua isterinya antara keluarga yang patut dikagumi kerana mampu hidup kekal bahagia walaupun berpoligami.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah bergelar suami kepada dua orang isteri jika kedua-dua wanita ini tidak saling bekerjasama dan bertolak ansur.
Baik Dr Noor Dayana Lokman, mahupun Wan Sakinah Ahmad Saburi tentu saja salin g berkorban rasa demi kebahagiaan bersama. Tidak semua wanita mampu mengharunginya. Salute!
Namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka yang berpoligami merasa bahagia. Jika nakhodanya bijak memainkan peranan dan meletakkan agama di tempat yang teratas, insyallah Allah akan permudahkan.
Beberapa hari lalu, pelakon ini ada membuat hantaran di akaun instagram dan dalam masa yang sama Ashraf turut meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri seperti Noor Dayana dan Wan Sakinah.
Terima Kasih Kedua Isteri Ku
Posting Ashraf Muslim mendapat respon positif daripada semua pengikutnya dan rata-rata kagum dengannya.
Ikuti perkongsiannya,
Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteri ku yang ku sayangi yang sentiasa membantu ku dalam susah senang kehidupan ini.
Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyallah dapat keberkatan dari-Nya. Semoga Allah menyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu.
Komen Warganet
Fridayfizza
Alhamdulillah. Semoga bahagia sampai ke jannah. Amin. Seronok bila tengok poligami digunakan dengan cara yang Rasulullah, tunjuk contoh dan dengan apa yang Allah izinkan.
Yakmatnorizan
Semoga kalian bahagia sehingga ke Jannah. Menjadi sebuah keluarga yang sakinah …. Happy sangat bila melihat Ashraf dengan isteri-isterinya bahagia…. Moga akan sentiasa begitulah hendaknya sehingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan. Aamiin!
Yang Sentiasa Bersama Dalam Susah & Senang
Yuslizawankakyus
Sudah macam adik beradik jer nie. Bahagia sampai syurga hendaknya.
Hasleena67
Suka tengok famili Asyraf, semoga menjadi contoh pada yang lain dan sentiasa bahagia dunia akhirat
Pemandangan solat subuh di Masjid Temerloh Jaya atau Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahini tak seperti masjid lain. Suasananya meriah, penuh dengan jemaah seakan solat Jumaat.
Jemaah yang hadir mencapai 800 orang hingga kadang kala melimpah keluar masjid. Suasana luar biasa masjid ini di waktu Subuh memang banyak dikongsi netizen di media sosial.
Malah ramai yang datang dari negari lain semata-mata ingin merasaikan kemeriahan solat subuh berjemaah di masjid ini.
Kemeriahan masjid ini bukan saja pada waktu Subuh tapi juga pada waktu lain. Ternyata gerakan dakwah yang dilakukan ahli jawatankuasa masjid ini memberi impak yang besar.
Menjelaskan strategi awal yang dilakukan untuk mengajak masyarakat mengimarahkan masjid kata Ustaz Dr Abdullah Ismail Pengerusi Masjid Temerloh Jaya ia bermula dengan usaha melakukan majlis jamuan perdana rakyat yang dibuat setiap bulan di masjid.
“Setiap bulan, kami anjurkan jamuan perdana untuk jamuan masyarakat. Kami gunakan RM4-RM5k untuk buat makan-makan selepas solat Isyak. Jamu dengan kambing dan sebagainya.
“Ajak seluruh masyarakat makan sama-sama tak kira siapa, mereka solat atau tidak. Rupa-rupaya orang kita suka makan, ada yang datang untuk makan saja tapi kita pesan pada AJK jangan pandang rendah pada mereka ini.
“Bulan pertama mereka datang untuk makan tak sembahyang. Bulan kedua mereka sembahyang Isyak dan makan. Dan bulan ketiga merekalah yang memenuhkan solat subuh berjemah pada hari ini.
“Kami duduk sama-sama hari ini di masjid untuk dengan penuh kasih sayang, cinta ilmu dan faham dan belajar tentang agama.
“Masjid kami biasa saja tapi sampai hari ini ada ramai pelawat dari luar yang datang untuk solat subuh. Setakat ini dah hampir 18 ribu pengunjung dari serata negeri datang untuk merasai suasana di masjid ni.
“Ramai yang datang dari luar Pahang setiap subuh pagi Sabtu dan Ahad untuk merasai kenikmatan subuh berjemaah. Maknanya dalam negara kita ini ramai orang baik, yang rindu nak merasa solat subuh berjemaah yang meriah. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasai suasana ini,”ujar beliau dalam satu majlis.
Setiap dari kita pastinya mahu rumahtangga dibina akan kekal hingga ke akhir hayat. Lebih-lebih lagi jika ia adalah cinta pertama. Namun kita hanya merancang tapi Tuhan jua yang menentukan.
Setelah bertahun menyulam cinta dan dikurniakan seorang anak, siapa sangka rumahtangga dibina mengalami berantakan.
Begitulah yang terjadi pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad, 34 tahun dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor, 34 tahun, mengalami masalah rumahtangga hingga memaksa Noor Nabila menuntut untuk dilepaskan secara baik.
Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.
Namun bagi Sharnaz dia belum bersedia untuk menceraikan isteri dan ibu kepada anak tunggal mereka, Jebat Jaydan Ahmad yang kini berusia setahun.
Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.
Namun begitu, dalam kes ini bagaimana penyelesaian kepada masalah ini. Jika isteri mahu bercerai tetapi tidak dipersetujui oleh lelaki.
Apakah jalan terbaik untuk menyelamatkan rumahtangga dibina daripada terus runtuh.
Menurut Pendakwah Bebas Ustaz Riza Kamaruddin, bagi kes seperti ini jalan terbaik kedua-dua pihak adalah dengan mengadakanMajlis Thuluh atau Majlis Tahkim.
“Kedua-dua pihak perlu lantik wakil untuk berbincang bagi pihak mereka dalam mencari jalan untuk perdamaian.
“Biasanya hal ini akan dijalankan oleh pihak pejabat agama atau pihak-pihak lain, pihak pejabat agama atau mahkamah boleh mengaturkan Majlis Thuluh ini,” ujarnya ketika ditanya mengenai persoalan itu.
Ustaz Riza Kamaruddin
Tambahnya lagi tiada jalan lain boleh dibuat jika salah seorang sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
“Tidak ada caranya (untuk berdamai) melainkan kedua-dua pihak ikhlas mencari jalan penyelesaiannya. Kalau masih boleh berbaik-baik berbincanglah demi masa depan anak yang masih kecik,” tambahnya lagi ketika dihubungi.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NOOR NABILA & SHARNAAZ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...