Dalam kita menjalani ibadah puasa, perkara paling diutamakan adalah berniat. Puasa wajib boleh jadi tidak sah jika kita tidak berniat seperti yang sepatutnya.
Ada orang berniat setiap hari sebaik selesai bersahur. Namun ada juga yang digalakkan untuk berniat puasa sebulan kerana bimbang terlepas waktu sahur.
Jadi kelebihan berpuasa sebulan ini adalah bagi memudahkan perjalanan puasa kita sepanjang ramadan.
Perkongsian di laman sosial oleh seorang usahawan wanita 12 amalan yang sentiasa dilakukan bagi menjemput rezeki untuk keluarganya. Elok sangat untuk kita amalkan.
Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu zikir atau ayat yang selalu diamalkan jika berada dalam kebuntuan atau kesedihan. Insya-Allah Tuhan akan keluarkan kita dari segala masalah yang melanda.
Salam semua. Selamat pagi! Nora nak share 12 AMALAN MENJEMPUT REZEKI yang Nora sendiri amalkan. Inshallah semoga bermanfaat. .
1. Bacakan AlFatihah sedekahkan kepada kedua ibu bapa, adik beradik, pasangan, anak anak, sedara mara dan semua muslimin yang masih hidup atau sudah meninggal.
2. Istighfar sebanyaknya yang kita mampu. .
3. Solat Dhuha.
4. Baca Al-Waqiah .
5. Sedekah
6. Bayar zakat
8. Doakan buat orang lain
9. Maafkan orang lain
10. Selawat dan zikir
11. Tawakal – Hasbunallahuwanikmalwakil
Bila buntu tak tahu nak buat apa. Usah fikir sampai macam nak pecah kepala.
Baca ni.. .
Bila kita baca ayat tu Inshallah Allah akan keluarkan kita dari kebuntuan, kesakitan, kemiskinan, fitnah, musibah, kesedihan dan Allah beri jalan keluar dari segalanya.
Sebelum nak buat apa-apa sama ada nak cari calon pasangan, nak cari kerja atau nak buat apa-apa pekerjaan baca ayat tu dulu.
Ironinya, sebahagian masyarakat hari ini lebih cepat marah apabila hal duniawi disentuh, tetapi sejauh mana kita sensitif apabila agama Islam dan Rasulullah SAW dihina?
Sebagai umat Islam, mencintai agama dan Nabi Rasulullah seharusnya bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi perlu dizahirkan melalui sikap dan tindakan.
Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi, para sahabat terdahulu begitu tegas apabila maruah Baginda diperkotak-katikkan.
Jelas Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia mereka bukan sahaja bertindak balas dengan segera, malah memastikan setiap penghinaan terhadap Rasulullah tidak dibiarkan begitu sahaja.
“Para sahabat sangat sensitif andai sekiranya Rasulullah itu dihina atau disakiti. Ingatkah kita bagaimana kisah Saidina Umair bin Sa’d yang begitu marah apabila bapa tiri kesayangannya, al-Julas mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah merendahkan Rasulullah.
“Ketika Baginda memerintahkan agar para sahabat bersiap sedia untuk menghadapi perang Tabuk, al-Julas enggan memberikan sumbangan malah mengeluarkan kata-kata yang merendah atau menghina Rasulullah.
Wahai Julas, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku sayangi, tetapi engkau telah mengucapkan sesuatu yang sekiranya aku adukan tentangnya, ia akan membinasakan engkau. (Tafsir Ibn Abi Hatim).
“Lihatlah sikap Saidina Umair ini. Sekalipun al-Julas itu merupakan orang yang paling disayanginya, namun sekiranya beliau menyakiti Rasulullah, Umair tidak duduk diam malah segera mengadukan perkara ini lantas al-Julas dikenakan Tindakan,” tulis beliau dalam satu perkongsian di media sosial.
Sambung Dr. Sanusi begitu juga dengan riwayat Saidina Ali mengenai seorang perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan.
Wanita itu akhirnya dikenakan tindakan lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Rasulullah mempertahankan hukuman tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan menghina tersebut.
Para sahabat begitu sensitif andai sekiranya Rasulullah itu dihina atau disakiti. Mereka segera mengadukan perkara ini kepada Rasulullah atau segera mengenakan tindakan terhadap pelakunya.
“Adakah kita lebih sensitif andai sekiranya agama lain dihina berbanding sekiranya Rasulullah itu sendiri dipeleceh? Semoga Allah membimbing kita,” akhirinya.
‘Kena cepat-cepat, takut berdosa.’ Kalau tiada halangan, elok qada puasa segera. Bimbang jika ditangguh-tangguh, kita tak sempat ganti puasa sebelum Ramadan datang lagi.
Ramai di antara kita yang terus menganti puasa dalam bulan syawal lagi. Namun, tak kurang juga suka menangguh-nangguh hingga kelam kabut mengganti puasa menjelang ramadan sekali lagi.
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini dan ketahui bilakah waktu terbaik untuk mengganti puasa:
Soalan:
Assalamualaikum, ustaz dan ustazah. Saya ada soalan pasal qada puasa. Saya biasa mula qada puasa Ramadan apabila dekat bulan Rejab dan Syaaban untuk dapat sekali pahala puasa di bulan Rejab sebelum sampai Ramadan tahun depan.
Tapi ada orang tegur saya, berdosa lambat qada puasa dan kena cepat-cepat qada. Mohon pandangan ustaz dan ustazah.
Dibolehkan untuk menggantikan puasa pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.
Namun begitu, sangat digalakkan untuk segera menyelesaikan qada puasa sekiranya tiada sebarang halangan.
Ini kerana dikhuatiri tidak sempat menggantinya sehingga tiba Ramadan akan datang. Jika itu berlaku dengan sengaja, ia dikira berdosa dan wajib membayar fidyah bagi setiap hari secupak makanan asasi.
Wajib bagi seorang muslim menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan disebabkan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak atau ditinggalkan dengan sengaja sebagaimana yang jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT:
Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Surah al-Baqarah (184)
Dibolehkan untuk menggantikan puasa pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa selagi tidak memasuki bulan Ramadan, ini berdasarkan hadis tentang perbuatan Aisyah R.A menggantikan puasa Ramadan, beliau berkata:
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ. فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَهُ إِلَّا فِي شَعْبَانَ. الشُّغْلُ من رسول الله صلى الله عليه وسلم. أَوْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Aku ada puasa daripada bulan Ramadhan yang wajib diganti, tetapi aku tidak mampu untuk menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban kerana kesibukan melayani dan berkhidmat untuk Rasulullah SAW.
Riwayat Muslim
Namun begitu, disunatkan menggantikan puasa sesegera mungkin kerana dikhuatiri tidak sempat menggantinya sehingga tiba Ramadan akan datang. Lebih-lebih lagi jika tiada halangan untuk menggantikan puasa tersebut.
Imam al-Ramli menjelaskan jika seorang itu dengan melewatkan ganti puasa tanpa sebarang keuzuran dan tidak menggantikannya sehingga tiba bulan Ramadan seterusnya, itu adalah satu perbuatan yang berdosa dan dia wajib menggantikannya serta membayar fidyah secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...