Semakin banyak penjelasan diberikan atas isu wanita perlu jadi bodoh-bodoh sikit perihal jodoh. Ini termasuk pendapat dari Da’i Wan yang menyatakan isteri lebih beruntung jika nampak bodoh-bodoh sedikit di hadapan suami kerana signifikan “bermanja dengan suami” dan untung-untung dibelikan hadiah. Malah katanya, jika wanita ego ia merugikan wanita itu sendiri.

Baca perkongsiannya:

Apa yang di 'urged' oleh Prof Muhaya bukannya menyuruh kalian wanita jadi orang yang bodoh dalam dunia. Ternyata ramai yang tengok video Prof Muhaya tersebut sebenarnya yang tak boleh berfikir panjang sedikit, mungkin kerana tenggelam dalam kebodohan bersangka buruk sahaja yang ada di dalam hati.

Saya pun boleh faham sebagai lelaki dan suami. Perempuan kalau tiada kebodohan dalam erti kata 'Kerendahan diri untuk suami', sebenarnya tak layak jadi seorang isteri.

IKLAN

Perempuan tak boleh lebih tinggi egonya dari suami. Sebab bila lebih egonya, itu yang kata-kata suami tak sudi nak dengar. Nasihat suami dipandang rendah. Sedangkan isteri 'wajib taat' perintah suami selagi perintah tersebut tidak melanggar syariat Islam.

Perempuan kena ada kesedaran untuk 'be humble' di depan suami. Itu yang dimaksudkan Prof. Membiarkan suami merasa diri dia seorang pemimpin keluarga yang disenangi.

IKLAN

Isteri Kena “Be Humble” Depan Suami, Baru Untung – Da’i Wan

Menjadi tunjang keluarga dengan baik. Seperti mana perempuan minta untuk di mengerti seperti itu, lelaki minta untuk dihargai. Ada kelebihan “bodoh2 sikit di depan suami ni”, terkadang untuk mengambil hati dia, bermanja dengan dia atau ambil kesempatan beli barang-barang di Shoppee/ CJ Wow Shop untuk dia belanja.

IKLAN

Bukankah ia untuk kebaikan diri kalian dan hubungan suami isteri tu sendiri juga? Terkadang kita ni bukan main hendak menghentam salah orang yang seolah kita seorang sahaja paling pandai boleh berikan pendapat dan pendapat kita seolah-olah akan senantiasa sempurna.

Sampai terlupa untuk bersangka baik kepada pendapat orang lain dalam isu yang berbeza.

Jadilah perempuan yang paling hebat kedudukan dan bijak IQ sekali pun dalam dunia ini, tapi sekali kau bergelar seorang isteri tetaplah di kau menjadi 'pembantu yang merendah diri' kepada suami (nakhoda keluarga) yang dirimu sendiri pilih untuk mencintainya, setulus hatimu dalam kehidupan yang sekali ini.
Yang benar, Da'i Wan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI