Pingat emas yang sepatutnya dimenangi oleh atlet paralimpik negara dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli bagaimana pun terlepas kerana kelewatan memasuki call room dalam tempoh beberapa minit. Walau mencatat rekod dunia 17.94 namun kemenangannya dibatalkan selepas menerima bantahan dari kem Ukraine sekaligus menyaskikan emas berkenaan bertukar tangan menjadi milik Maksym Koval yang mencatat rekod 17.34 m.

Ramai yang kecewa dengan insiden terlepas emas ini tapi apa yang membuat  lebih ramai orang kecewa, bila mana netizen dari negara ini menyerang Instagram atlet Ukraine, Maksym Koval dengan kata-kata kesat. Dengan kata-kata agak kesat, langsung tidak mencerminkan adab kita adalah bangsa yang disanjung tinggi di mata dunia kerana sikap sopan santun kita. Sehinggakan timbul persoalan siapa yang  OKU sebenarnya? Tidak tahan dengan insiden diserang secara peribadi, Koval telah meminta maaf di atas instastorinya.

Tidak tahan dicerca, Maksym Koval meminta maaf di atas isu ini selepas pingat emas diberi kepadanya
Banyak kata-kata nista dilemparkan oleh netizen di instagram atlet Ukraine ini
Sepatutnya kita perlu memiliki adab yang tinggi dalam memberi pandangan

Hal ini turut mendapat perhatian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkongsi tweet mengenai insiden memalukan ini kerana hal Ziyad Zolkefli, kesalahan tidak seharusnya diletakkan di tangan atlet Ukraine tersebut kerana mereka ada hak membantah.

Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU).

Sabda Rasulullah SAW: ملعون من كمه أعمى عن الطريق

Maksudnya: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya”. Al-San’ani mengatakan hadis ini sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu orang kurang upaya (OKU) dari segi emosi dan fizikal, agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.

Maka tidak seharusnya seorang Muslim itu menyakiti orang kurang upaya (OKU) melalui kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan mereka. (Lihat al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir: 9/569).

IKLAN

Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti orang kurang upaya (OKU), jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji. Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”.

Semoga kita semua menjadi contoh teladan buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Wallahua’lam.

IKLAN

Sekalipun kita kecewa dan marah, tidak patut untuk menghamburkan kata-kata kesat. Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh Allah SWT.

Ziyad terlepas emas dalam acara lontar peluru walau mencatat rekod dunia selepas menerima bantahan akibat kelewatan memasuki call room

 

Seluruh pasukan harus dipersalahkan, bukan Ziyad

IKLAN

Memetik kata, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong bersama Bernama, adalah sukar bagi IPC untuk merombak keputusan itu, selain jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).

“Peraturan adalah peraturan. Peraturan dan undang-undang dibuat untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar,” katanya kepada Bernama.

“Takkan mereka (IPC dan WPA) nak longgarkan peraturan hanya untuk menyelesaikan kes Malaysia, pada awalnya kenapa kita tidak mengikut peraturan ditetapkan,” tambah Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Beliau berkata, berhubung pembatalan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad pada temasya berprestij itu, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine, sedangkan mereka mempunyai hak untuk melakukan bantahan.

“Keseluruhan kontinjen, daripada CDM (chef-de-mission) ke urus setia, pengurus pasukan dan jurulatih, mereka semua kena bertanggungjawab. Ini satu kecuaian bagi saya dan kecuaian yang tidak boleh diterima. Sepatutnya mereka menjaga atlet, Muhammad Ziyad tidak sepatutnya dipersalahkan,” katanya.