Sejak semalam kecoh tujuh jenama daging didedahkan oleh seorang individu di fbnya, Muhamad Mamzah dan disiarkan oleh blog-blog lain. Ia mendapat perkongsian tinggi, hampir mencecah 10k perkongsiannya di mana tujuh jenama didakwa tidak halal didedahkan.

Ternyata selepas perkongsian itu menjadi halal, semalam, sekali lagi Muhamad Mamzah memuat naik satu perkongsian mengenai isu yang hangat diperkatakan itu. Berikut adalah perkongsiannya.

MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU DAN WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM

Negara kita bukan darurat. Hukum wajib itu jatuh ke atas setiap insan yang muslim. Kalau ada hang kata "makan je tak pe", suruh mereka fikir kembali adakah mereka itu benar-benar muslim dan menghayati perintah tersebut?

Saya tahu ramai yang dah pernah terbeli jenama terkenal tu. Nak buat macam mana. Memang jenama tu ada dalam gudang kartel yang kena serbu tu. Media sendiri lupa nak padam. Jadi saya screenshot dan cari sahaja. Bukan kita nak jatuhkan bisnes sesiapa. Saya pun tak kata semua jenama tu haram. Tapi saya kata, kartel ini licik dan campur yang halal beserta yang haram dalam gudang yang sama. Bila dah bercampur, dah jadi syak dan syubhah. Mana boleh kita kata halal mutlak dah.

Dalam pensijilan halal JAKIM pun, barang yang haram TIDAK boleh dicampur bersama barang yang halal dalam satu gudang. Kena asing untuk elakkan berlakunya salahguna kuasa dan nak elak percampuran syubhah. Sebab itu bila viral gudang kena serbu, walaupun ada jenama halal dalam tu, sebab tu semua kena sita sekali. Sebab jelas melanggar syarat JAKIM.
Tu belum kira masalah rasuah, tipu muslihat, palsukan dokumen dan lain-lain lagi. Banyak agensi kena bertanggungjawab tu. Daripada penjaga pelabuhan, KASTAM, KPDNHEP, MAQIS, sampailah JAKIM dan juga Veterinar. 40 tahun tak kantoi, mungkin dulu sebab tak ada kuasa viral. Sekarang sorry bro, hang lupa padam kami kasi dedah.

IKLAN

Nak tunggu jabatan berkait dedah? Sampai kes senyap pun jangan harap depa mau dedah. Nak kena netizen juga buat kerja. Nah sekarang dah viral jenama terkenal ada sekali dalam gudang tu. Macam mana nak jawab kat netizen? Ha buat la kerja keras sikit lepas ni, biar benda macam ni tak berulang.

BACA SINI : JENAMA ALLANA MILIK MUSLIM, CEO & FAOUNDER HALFEST JAKIM SECRETARIAT JELASKAN SIKAP TERBURU-BURU BAWA PADAH

Kita masyarakat, buat sementara waktu saya nasihatkan elakkanlah makan daging-daging dipasaran baik di restoran atau beli dari mana-mana pasar. Bukan tak tau, majoriti peniaga memang pakai daging frozen pun sebab kejar benda murah, boleh untung maksima. Lagi murah harga lagi mereka beli.

IKLAN

Bab makan ni jangan buat main tuan-tuan. Setiap yang kita makan akan menjadi darah daging. Kalau haram sumber makanan kita, maka banyaklah masalah akhlak dan kesihatan akan kita dan generasi ini hadapi. Pentingnya makanan dari sumber halal supaya diri tidak malas beribadah, hati menjadi terang, kesihatan baik dan fikiran menjadi waras.

Saya masih ingat sekitar 2011 dahulu, seorang ulama tasauf dari Madinah pernah datang ke Malaysia. Namanya Syeikh Mahmud Marghalani. Beliau berpesan; "Jagalah pemakanan. Elakkan makan daging. Zaman sekarang kalau nak selamat, makanlah ikan kerana ikan tiada syubhah sebab tidak perlu disembelih".

Saya juga masih ingat pesan seorang lagi ulama dari Indonesia, Syeikh Abdul Rauf; "Jagalah sumber makanan mu. Jangan makan sumber yang haram. Elakkan juga memakan makanan yang diproses oleh orang yang tidak solat dan hatinya luput dari mengingat ALLAH kerana memakan makanan yang dimasak mereka akan mewarisi kemalasan beribadah tersebut." Pesanan ni sekali baca memang nampak macam terlalu over, tapi bila difikirkan balik ada benarnya.

IKLAN

Jika orang yang terkait dengan kartel daging ini seorang yang jaga solat, yang hatinya tidak luput dari mengingat ALLAH, korang rasa berani ke orang macam ni nak terima rasuah dan benarkan perkara bathil lagi haram ni berleluasa?? Orang macam ni takkan tunggu 40 tahun dan biarkan je ia berlaku. Sebab mereka takut dengan ALLAH. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka faham-faham sendirilah…

Seperkara lagi, saya juga masih ingat pesan arwah ayah saya dan juga pesan mak saya agar tidak membeli daging sejuk beku. Hatta nak beli nugget kalau teringin pun, disuruh beli nugget ikan sahaja. Ayam atau daging memang tidak dibenarkan sama sekali. Nak merasa makan ayam kat rumah orang tua saya, memang ayam kampung aje lah dan daging pula tunggu Raya Korban baru ada. Selebihnya biasa saya makan sendiri kat luar.

Selepas berpuluh tahun, barulah nampak pesanan itu relevan. Barulah terbukti dan terbongkar apa yang berlaku selama ini. Itulah hikmahnya pesanan orang tua kita "jangan beli daging sejuk beku import sebab kita tak nampak apa yang berlaku di luar sana." Hari ini anda semua lihat apa sudah jadi pada industri makanan halal di negara ini.
Satu tamparan hebat buat JAKIM dan pihak-pihak lain yang terlibat…
Sama-samalah kita fikirkan…

Sekian.
-Muhammad Mamzah
25 Disember 2020

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI