Isu hutang memang ramai yang sensitif. Kerana ramai yang mulut manis sebelum mendapatkannya dari kita. Namun bila sudah memperoleh wang dihajati, dari kawan boleh menjadi lawan malah ada terus bermusuhan.
Pernah berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar? Lebih sakit hati, dia media sosialnya dia suka post makan sedap-sedap, pergi melancong ke sana sini tapi bila kita minta bayar hutang, dia block nombor telefon kita.
Kalau inilah yang terjadi, jangan halalkan hutang walau satu sen kerana di akhirat kelak, orang yang berhutang dengan kita akan merangkak ingin berjumpa dengan kita. Mereka ini akan menanggung dosa-dosa kita. Malah mereka ini adalah saham kita di akhirat.
Perkara di atas khusus untuk mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang kita, lain bagi yang belum betul-betul mampu. Nampak seperti kejam tapi dosa kita dengan Allah, kita hanya perlu meminta keampunan Allah tapi dosa kita sesama manusia, selagi tidak diampun dan dihalalkan, dosa itu akan terus dipikul olehnya.
Ads
Ini bersesuaian dengan hal di bawah ini.
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati." – Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-
Ads
Isu sengaja tidak membayar hutang ini juga dalilnya ada disebut menerusi dalil di bawah ini.
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."(Musnad Ahmad).
Ads
Bila sebut tentang berhutang, ada pemberi yang menderita seumur hidup tambah lagi jika mereka menjadi penjamin hutang yang besar dan masa yang sama pemiutang lepas tangan. Ada bermacam-macam penderitaan dialami oleh pemberi hutang.
Jadi ingatlah, sentiasalah berusaha membayar hutang kita walau sedikit dan insya Allah jika terus istiqomah membayar, hutang akan habis. Jangan sengaja larikan diri tidak membayar kerana kita tidak tahu ajal kita sampai bila.
Kena tahu juga, waris atau anak tidak diwajibkan membayar hutang kita kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi kalau kita mati meninggalkan harta, beritahulah anak supaya langsaikan hutang yang belum habis dibayar agar ruh kita tak tergantung di akhirat atau kita merangkak-rangkak mencari orang yang kita berhutang untuk meminta maaf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ustazah Asma’ Harun antara pendakwah yang disenangi oleh orang ramai. Nasihatnya buat kaum wanita terutama dalam bab rumahtangga menjadikan dirinya antara disenangi ramai. Semalam menerusi fbnya, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kenapa dirinya menjual kurma Ajwa dengan harga agak murah iaitu RM55 sekilo berbanding RM100-RM140 sekilo bagi kurma yang selalu disebut oleh Baginda Rasulullah akan kebaikannya.
Bacalah perkongsian dipetik dari fbnya.
Ramai yang bertanya kenapa kami meletakkan harga kurma Ajwa agak rendah dan ada pihak yang kurang senang serta persoalkan. Kenapa kami tidak menjual harga standard (biasa antara RM 100-140 /kg, adakah kurma kami tidak berkualiti, stok lama ke?.
SubhanAllah, apabila saya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT untuk menjadi pembekal kurma dengan harga rendah, lalu saya terfikir inilah waktunya untuk berkongsi harga yang mampu dibeli bukan hanya kepada golongan kaya tetapi juga kepada golongan pertengahan supaya lebih ramai yang boleh beramal dengan saranan Nabi SAW.
Daripada Sa’ad r.a. meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun(penyakit, wabak dll) mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga, daripada Aisyah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:-
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwa ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” (HR Muslim)
SubhanAllah, atas asbab ini kami nekad untuk menjual dengan harga borong serendah rm 55 per/kilo, bermula serendah 5 kg sahaja dah dapat harga borong (bergantung jenis kurma dan jumlah KG).
Maka, sudah sampai masanya bagi orang Islam untuk sama-sama saling membantu agar makanan sunah ini dijadikan sebagai amalan pemakanan harian dan mampu dinikmati semua golongan.
Antara tanda-tanda akhir zaman ialah banyak kemungkaran berlaku dan tersebarnya wabak penyakit. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kaedah terbaik untuk mencegah sebagai satu usaha iaitu dengan mengamalkan pengambilan tujuh biji kurma Ajwa, namun jika tak mampu, insyaAllah mudahan beramal dengan kurma lain juga boleh.
Alhamdulillah, setakat ini lebih 5000 kg kurma telah terjual di bawah Galeri Ustazah Asma' Harun, dan kami mendapat feedback yang sangat baik, berkualiti, sedap, lembut, segar, pembungkusan yang kemas,
"Syukur kurma Safawi UAH yang sampai sangat sedap, berbeza dengan yang ada di tempat lain."
"Kurma Madjoul Palestin UAH sangat baik bungkusannya dan sesuai untuk saya jadikan sebagai buah tangan.''
"Alhamdulillah, Kurma Ajwa yang kami beli secara borong sangat berbaloi dengan harga. Buahnya pun segar, lembut serta sedap.''
Pelbagai jenis kurma yang turut dijual juga adalah kurma Ajwa Jumbo, Ajwa Large, Ajwa Medium, Mabroom, Madjoul Palestin, Mariami, Rabia, Rotab, Safawi, Sagei, Sukari dan Baroqah Tangkai.
Allahuakbar. Saya sangat berbesar hati dan menghargai pembelian sahabat semua yang sentiasa menyokong setiap produk di bawah Galeri Ustazah Asma’ Harun. Insya-Allah, segala pembelian yang dilakukan akan digunakan untuk kegiatan dakwah dan kerja kebajikan yang saya jalankan.
Sempena Ramadan yang mulia, mari nikmati kurma pelbagai pilihan, murah dan berkualiti tinggi di bawah Galeri UAH sebagai bekalan sahur dan berbuka puasa serta sepanjang hidup kita. Juga boleh dijadikan hadiah.
Semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada sebarang perkara yang boleh membawa keburukan dan mudarat.
Malaysia sememangnya terkenal kerana masyarakat majmuknya iaitu terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian bangsa ciptaan Allah ini ada disebut di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang menyebut :-
ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Dari kehebatan ciptaan Allah inilah, sejak dari zaman nenek moyang lagi perpaduan ini telah terbentuk dan terjalin erat. Hanya sesekali tergeliat kerana perbezaan politik hingga mencetuskan kebimbangan wujudnya isu rasis.
Dan hadirnya Ramadan, bulan penuh keberkatan ini, ia membawakan seribu rahmat semua.
Dari satu perkongsian dari pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kenangan tarawih malam pertama di Surau Asy Syakirin Bandar Utama di mana imam memberitahu jemaah boleh parking dalam kawasan sekolah Cina kerana mereka memahami situasi sesak ketika Ramadan.
Ternyata, ia seindah bunga perpaduan di mana pihak pentadbiran sekolah sedia maklum ketiadaan parking dan mereka memudahkan urusan umat islam untuk solat tarawih dengan tenang tanpa perlu bimbang dengan keadaan harta benda di luar.
Ya, inilah perpaduan yang paling indah bagi rakyat Malaysia, saling tolaransi antara satu sama lain.
Dalam pada itu, Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan, dirinya sudah memulakan kerjaya baru di konti radio iaitu Buletinfm di awal Ramadan.
Tulisnya :- Hari ini dan setiap Isnin – Jumaat saya akan berbuka di konti radio.
Pengalaman dalam arena penyiaran yang berbeza. Sebuah kenangan untuk masa hadapan. Kredit : Instagram @fedtriyahya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keimanan seseorang harus selalu diperharui agar tetap kukuh. Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi menyatakan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mengajari kita bagaimana caranya memperbaharui iman. Menurutnya cukup seseorang umat Islam memperbanyak mengucapkan kalimat Laa Ilaaha Illaallah.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda perbaharuilah keimanan kalian!” Ditanyakan,” “Ya Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda, “Perbanyaklah mengucapkan Laa Ilaaha Illaallah.” (HR Ahmad dan Thabrani).
Dipetik Republika, Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi mengatakan, kalimat Laa Ilaaha Illaallah merupakan zikir yang paling utama.
Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, zikir yang paling utama adalah Laa Ilaaha Illaallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR Tirmidzi).
Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan, “Kalimat tauhid (Laa Ilaaha Illaallah) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin boleh dikira.” Tapi kebanyakan kita tidak tahu keutamaan kalimat tauhid atau tahlil ini.
Berikut adalah tujuh keutamaan kalimat Laa Ilaaha Illaallah
Kalimat Laa Ilaaha Illaallah
1. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah merupakan harga sebuah syurga. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Barang siapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘laa ilaaha illallah,’ maka dia akan masuk syurga,” (HR. Abu Dawud no. 1621).
2. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah kebaikan yang paling utama, Abu Dzar berkata, “Katakanlah padaku wahai Rasulullah, ajarilah aku amalan yang dapat mendekatkanku pada syurga dan menjauhkanku dari neraka.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila engkau melakukan kejelekan (dosa), maka lakukanlah kebaikan kerana dengan melakukan kebaikan itu engkau akan mendapatkan sepuluh kebaikan.”
Lalu Abu Dzar berkata lagi, “Wahai Rasulullah, apakah ‘laa ilaaha illallah’ merupakan kebaikan?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Kalimat itu (laa ilaaha illallah) merupakan kebaikan yang paling utama. Kalimat itu dapat menghapuskan berbagai dosa dan kesalahan.”
3. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah zikir yang paling utama. Dari Jabir rodhiyallohu ‘anhu, dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda: “Zikir yang paling utama adalah laa ilaaha illallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah,” (HR. Ibnu Majah, An Nasa’I Shohih Targhib wa Tarhib: 1526 ).
4. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah pelindung dari api neraka bagi orang yang beriman dan diharamkan tubuhnya dari api neraka yang menyala. Dari Umar radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati di atas keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Iaitu kalimat laa ilaaha illallah,” (HR. Hakim-Shohih Targhib wa Tarhib: 1528).
Suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam mendengar muadzin mengucapkan ‘Asyhadu allaa ilaaha illallah.’ Lalu Baginda mengatakan pada muadzin tadi, “Engkau terbebas dari neraka,” (HR. Muslim no. 873).
5. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah zikir dan perantara doa. Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, Musa berkata: Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berzikir dan berdoa kepadaMu dengannya.
Allah berfirman: Wahai Musa ucapkanlah Laa ilaaha illallah. Musa berkata: Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimat ini. Allah berfirman: Wahai Musa! Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada di dalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan laa ilaaha illallah,” (HR. Ibnu Hibban, Hakim-Fathul Bari: 11/28).
6. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah melambatkan kiamat. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut laa ilaaha illallah,” (HR. Ibnu Hibban, Ta’liqotul Hisan: 6809, Ash Shohihah: 3016).
7. Dzikir Laa ilaaha illallah pahalanya paling banyak. Sebagaimana terdapat dalam shohihain (Bukhari-Muslim) dari Abu Hurairoh radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Baginda bersabda, “Barangsiapa mengucapkan ‘laa ilaaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qodiir’ (tidak ada sesuatu yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu) dalam sehari sebanyak 100 kali, maka baginya sama dengan sepuluh budak (yang dimerdekakan), dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus darinya 100 sikap buruk, dan dia akan terlindung dari syaitan pada siang hingga petang harinya, serta tidak ada yang lebih utama darinya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari itu,” (HR. Bukhari no. 3293 dan HR. Muslim no. 7018).
Dan masih banyak lagi keagungan–keagungan zikir tahlil “Laa ilaaha illaallah.” Marilah kita berzikir “laa ilaaha illaallah” sebanyak–banyaknya dengan hati yang tulus ikhlas di waktu pagi dan petang, sebagaimana firman Allah “Wahai orang–orang beriman, berzikirlah kepada Allah, sebanyak–banyaknya,” (Al- Ahdzab: 41). Sumber : Islam Pos
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...