“Jangan Putus Asa Dalam Hijrah & Taubatlah Berkali-Kali Kerana…” – Pesanan Menteri Agama Pada Nabil & Jihan Muse

Share

Tidak dinafikan progam hiburan Meletop memang sangat ditunggu-tunggu setiap kali ia bersiaran di kaca televisyen.

Program dikendalikan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse atau beberapa pengara lain ini menghidangkan perkembangan dan kisah hiburan seni tanah air.

Artikel Berkaitan: “Larang Salah Guna Kuasa” – Padu Jawapan Ustaz Azhar Idrus Bila Ditanya Dr Zulkifli Kalau Dilantik Jadi Menteri Agama

Tetapi semalam menjadi sejarah apabila pihak Meletop telah mengundang Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam program berkenaan.

Ternyata kehadiran figura hebat yang sangat dihormati ini meninggalkan impak cukup mendalam apabila dilihat suasana di set berubah kepada program lebih santai dan tenang.

Ternyata aura positif Dr Zulkifli berjaya menguasai pentas Meletop sambil berkongsi ilmu yang disampaikan oleh Menteri Agama berkenaan.

Artikel Berkaitan: Menteri Agama Sering Baca Doa Ini Setiap Kali Lepas Ucapan. Rupanya Doa Mengelak Wabak & Sangat Bagus Diamalkan!

Topik berkenaan Hijrah yang disampaikan dalam suasana cukup menyenangkan di bawah kendalian kedua-dua pengacara Meletop berpengalaman ini.

Selain berkongsi ilmu berguna, ketiga-tiganya juga turut bermain ‘game’ bertanyakan kegemaran Menteri Agama berkenaan.

Dan dalam posting di laman sosial Dr Zulkfli beliau turut muat naik foto bersama pengacara Meletop sambil menitipkan pesanan cukup berguna.

Beliau mengingatkan Nabil dan Jihan Muse agar tidak putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali kerana Nabi sudah berpesan dalam satu hadis berkenaan soal itu.

Terima kasih @nabilzira dan @jihanmuse . Harap semua seronok dengan @meletop malam ni. Ingat pesan saya tadi, jangan putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walau berkali-kali kerana Nabi sudah berpesan dalam hadith riwayat Ibn Majah, “Orang yang (benar-benar) bertaubat daripada dosa adalah seperti mereka yang tidak ada dosa.”

Sementara itu, gandingan personaliti hebat dalam budang masing-masing ini juga turut mengundang respon warganet. Masing-masing teruja dan seronok menonton Meletop semalam.

atie_2927 alhamdulilah…satu pendekatan terbaik pd generasi masa kini..

dewinamansor semoga kite jadi lebih baik dr semlm..In shaa Allah, aamiin

rusiawatibidrus Seronok tengok Meletop malam ni… Sporting betul Datuk

ek.sarah insyakallah ustadz.. kehadiran ustadz sangat bermakna, jazakallah ustadz dan seluruh warga meletop

z.zuria85 Alhamdulillah..dpt tgok..terima kasih Dato tntang penerangan amalan terbaik awal muharram..

Artikel Berkaitan: Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum Atas Beg. Ini Prosedur Pengurusan Mayat Yang Beragama Islam – Menteri Agama

IKLAN