Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi. Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebagian daripada rezeki.
Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.
REZEKI DAN MISTERI
Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.
Ads
SIAPA JODOH KITA
Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.
Ads
Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.
Ads
Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=aDyYhc9Dxt0
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai individu yang belum bertemu dengan jodohnya merasa rendah diri. Ini ekoran sikap negatif yang memenuhi minda. Menganggap diri ‘tidak laku’ kerana tiada yang berminat untuk mengenali diri lebih dekat lantas bernikah. Janganlah sesekali ada perasaan sedemikian.
Jangan sesekali memburukkan diri sendiri. Lebih baik anda tingkatkan keyakinan diri supaya aura positif lebih banyak masuk ke dalam minda. Sekurang-kurangnya anda memupuk semangat untuk menampilkan diri yang lebih baik.
Berfikiran positif boleh mendekatkan jodoh. Tak percaya? Cuba buat dulu. Nah, Bercinta Selepas Nikah berikan 5 cara untuk tingkatkan keyakinan diri.
1) KUKUHKAN IMEJ
Anda kena bijak cari kelebihan diri sendiri. Imej bukanlah semata-mata penampilan diri melalui pakaian. Namun imej ini ialah kebolehan yang anda ada. Misalnya anda pandai menulis. Cubalah asah kemahiran itu dengan menulis cerpen ataupun novel. Buat sesuatu sehingga nama anda dikenali sebagai penulis walaupun hanya di laman sosial.
Selain itu, jika anda minat membuat bisnes online, cubalah asah bakat itu. Biarkan orang kenal anda sebagai usahawan bisnes online. Dari situ imej diri anda akan lebih dikenali dan menjadi insan hebat. Sekali gus keyakinan diri anda akan meningkat.
2) BUAT APA YANG ANDA SUKA
Ketika hidup masih bujang inilah anda boleh buat apa yang anda suka. Misalnya melancong. Kalau sudah berkahwin dan ada anak nanti langkah anda terhad. Jadi, pergilah melancong ke negara yang anda suka dengan kawan-kawan. Ceritakan keseronokan itu di laman sosial, blog atau buku. Pasti keyakinan diri anda meningkat kerana anda akan berasa seronok dapat melawat negara orang.
3) PUPUK SIKAP POSITIF SETIAP HARI
Setiap pagi, pandang cermin dan katakan hal positif kepada diri anda. Misalnya cakap ayat berikut. Saya cantik, saya bijak, saya sihat, saya positif, saya hebat! Luahkan dengan semangat dan senyuman. Cara anda melayan diri sendiri memberi impak besar kepada pencapaian.
4) AKTIF SETIAP HARI
Hidup kena aktif. Aktif bukanlah bermaksud anda kena bersenam atau pergi gimnasium setiap hari. Aktif bermaksud cara anda melakukan sesuatu. Kalau bangun pagi pun tak semangat, macam manalah rezeki nak masuk. Macam manalah jodoh nak dekat. Jadi anda kena aktif dan bersemangat dari bangun pagi sampailah anda hendak melelapkan mata. Jangan murung.
5) BERSYUKUR
Syukuri segala nikmat Allah SWT dan ingatkan diri sendiri tentang semua yang anda ada pada hari ini. Apabila anda fokus pada rahmat-Nya, anda akan kurang mengeluh tentang situasi anda. Ini akan membantu anda rasa lebih positif tentang hidup anda.
Akhir sekali, ingat bahawa status solo anda adalah takdir anda pada masa ini. Terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa fikir positif.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan memang ada suami yang berkira dengan isteri. Dia merasakan tidak perlu memberi wang lebih kepada isteri terutama bagi isteri yang ada duit sendiri kerana isterinya bekerja.
Justeru wang gajinya tidak banyak yang diberikan kepada isteri melainkan untuk membeli barang keperluan dapur. Ingat ya wahai suami, jika anda tidak kedekut kepada isteri maka rezeki anda akan jadi lebih murah.
Sebagai seorang suami, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin kepada isteri. Perkara yang selalu ditekankan ialah mengenai nafkah.
Tidak kiralah sama ada sikit atau banyak, setiap hari anda perlu beri nafkah kepada isteri semampu yang anda boleh. Lazimnya seorang suami akan memberi sejumlah wang misalnya RM500 sebulan kepada isteri.
Suami perlu ingat, wang itu ialah nafkah peribadi untuk kegunaan isteri. Wang itu bukanlah untuk membeli makanan bagi kegunaan seisi keluarga. Ingin diingatkan di sini, seorang suami usahlah kedekut terhadap isteri. Jangan berkira untuk membahagiakan isteri.
Jika isteri suka memasak, belikanlah dia peralatan memasak yang terkini bagi memudahkan dia ‘bersilat’ di dapur. Tak perlulah dia bersusah payah menggunakan kudrat untuk memasak.
Jika dia suka menanam pokok bunga, belikanlah dia benih pokok bunga yang cantik-cantik supaya dia gembira. Tak perlulah dia menebalkan muka meminta benih anak pokok di rumah jiran. Itu sebahagiaan contoh sahaja.
RAIKAN ISTERI
Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa. Misalnya jadilah pendengar yang baik kepada setiap apa yang isteri katakan.
Jangan kedekut untuk jadi pendengar yang baik kepada isteri. Hanya dengan mendengar kata-kata isteri sudah cukup membuat isteri gembira.
BELANJA ISTERI
Sesekali apabila anda ada wang lebih, belikanlah isteri sesuatu yang baru. Lagi-lagi jika isteri anda surirumah. Lihatlah bila kali terakhir dia beli baju baru. Lihatlah bila kali terakhir dia beli kasut baru.
Ada kala isteri tidak suka meminta-minta. Nak beli baju atau kasut baru, isteri tiada gaji sendiri. Nak beli berkira-kira mana nak beli keperluan keluarga. Justeru jika ada wang lebih, belikanlah.
HARGAI ISTERI
Menghargai isteri bukanlah hanya dengan wang ringgit. Melayani isteri dengan baik juga dilihat sebagai penghargaan. Jangan kedekut untuk hargai isteri.
Berikan sedikit masa dan tenaga anda untuknya. Sesekali masakkan isteri juadah kegemarannya. Sesekali tolong isteri buat kerja rumah hingga siap. Lihatlah betapa gembiranya isteri anda. Tidak percaya? Cuba buat.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mula-mula kahwin, pegang tangan tak lepas-lepas. Tapi bila sudah bertahun, bukan saja pegang tangan, malah jalan juga sudah jauh ke depan berbanding pasangan.
Kenapa hal ini terjadi? Adakah kerana sudah bosan dengan pasangan atau punya perasaan segan untuk melakukan berpegangan tangan dengan pasangan di khalayak dengan alasan sudah lama kahwin.
Tahu atau tidak banyak manfaatnya jika kita pegang tangan pasangan. Tetapi bukan pegang biasa-biasa, tapi disertakan dengan doa sekaligus. Ini seperti kita mendoakan anggota badan dengan ayat yang baik-baik.
Untungnya dapat pegang tangan isteri setiap masa.
Jika diamalkan selalu insya-Allah hubungan mawaddah dan sakinah akan tercipta dalam sesebuah rumahtangga. Janganlah disebabkan sudah lama berkahwin, amalan di awal perkahwinan boleh dilupakan begitu saja.
Masih belum terlambat, pegang dan usap tangan pasangan perlahan-lahan sambil membaca doa mulia.
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA
Ya,rahsia besar yang tak ramai orang tahu,terutamanya pasangan suami dan isteri.Izinkan sy kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini.
Tak lama,hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca. Baru baru ni waktu sy balik Johor, sy berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.
Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor,dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.
Sempat sy bertanya pada dia, “Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri?Sebab macam yang kita tahu,ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”
Ustaz Sadini jawab, “Sebelum tu saya nak tanya,pernah tak kamu mendoakan angota badan suami kamu?” Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,
“Ada doakan anggota badan suami?Suami pulak,ada doakan untuk anggota badan isteri?” Ustaz Sadini pandang sy semula,menunggu jawapan.Ahhh sudah!Apa nak jawab? Sebab sy tak paham maksud soalan tu
Tapi sy jawab juga, “Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat,minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki,menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”
Ustaz Sadini : “Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer.Cuma kurang betul.Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain.Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni.Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga” Persoalannya,bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?
Gambar sekadar hiasan.
Di sini sy kongsi kan yerrr. -Pegang tangan suami/isteri kita,usap tangan nya sambil baca Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,
Habis baca sambung, YA ALLAH,BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK,DI HARAMKAN DARI API NERAKA
Pelik? Yer,kami semua yang hadir pun tercengang.Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau,ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja.Sedangkan banyak fungsi doa makan tu,untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH. -Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita -Ketika isteri hamil,baca kan juga doa tersebut,sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri -Ketika sedang bersama,lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut,minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai.Minta diharamkan hati nya dari api neraka
ALLAHUUU, sy yakin ramaiiiii sangat yang tak tahu perkara ni kan?Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita?
Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan,ketika suami bawa balik sekampit beras.Waktu di tuang ke dalam tong beras,pegang butiran beras tu sambil bacakan juga , Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar
Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.
Sy izinkan kalian SHARE, agar lebih ramai mendapat ilmu kecil,yang merupakan salah 1 RAHSIA BESAR mendapatkan hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak kecil menangis waktu malam terutamanya jika berpanjangan memang meresahkan ibu bapa. Boleh jadi kerana tidak selesa, sakit atau tak mustahil adanya gangguan syaitan.Dalam...