Jodohmu sudah diatur, dan siapa yang mengaturnya? Tentu sahaja Allah yang berkuasa ‘memasangkan’ hamba-hambaNya untuk berjodoh.
Maka buat yang masih lagi sendiri, tidak usahlah terus bertanya bila si dia akan datang menemuimu.
Tidak usah terus bertanya bila dia akan menghampirimu, dan tidak usah terus bertanya bila si dia akan datang bertemu ayahmu.
Sesungguhnya semua telah ada waktunya maka tunggu sahaja sampai Allah percaya bahawa kamu sudah memerlukan kehadirannya.
Ads
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH
Allah sangat sempurna melihat hatimu, keperluanmu, dan apa yang terdetik dalam benakmu, maka pastikan kamu terus berbaik sangka dulu kepadaNya. Ketika menurut Allah kamu sudah memerlukan teman hidup, maka pasti Allah akan menghantarkanmu seorang jodoh dengan jalan terbaik.
Ads
Jodoh tidak pernah salah alamat. Tidak akan pernah tersasar kepada orang lain jika memang si dia telah Allah tuliskan untuk hidup bersamamu. Oleh itu percayalah kepada Allah. Tetaplah bersabar, ikhlas, dan yakin bahwa bila memang sudah tiba waktunya pertemuan itu akan menjadi kenyataan.
Ads
Selama mana pun kamu menunggu si dia datang, semuanya memang sudah Allah atur sempurna. Maka si dia tidak akan datang terlalu cepat dan tidak akan terlambat, kerana pasti kedatangannya tepat pada waktu.
Untuk itu, tidak usah berasa resah, bersedih, dan putus asa bila belum juga berjumpa jodohmu. Bersabarlah! kerana pasti Allah sedang mempersiapkan sesuatu agar pertemuanmu lebih indah.
Jangan pernah bimbangkan rencana Allah, sebaik apapun rencanamu pasti akan tetap kalah dengan rencanaNya yang selalu luar biasa.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa tak kenal surah Al-Fatihah. Mustahil kita tidak pernah membaca surah Al Fatihah. Dalam solat, surah ini wajib dibaca dan amalan kita bertambah berkat lagi apabila ia kerap dibaca saban waktu.
Di dalam Al-Quran, surah Al-Fatihah merupakan surah pertama yang kita akan baca. Al-Fatihah yang terdiri daripada 7 ayat ini, bermaksud pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitab suci Al-Quran.
Ia turut dikenali sebagai Ummul Kitab; induk kepada semua isi al-Quran. Begitu hebat kedudukan surah ini.
Namun begitu, tahukah kita bahawa surah ini juga mempunyai keistimewaan lain yang cukup hebat? Dengan membaca surah ini sebanyak 41 kali dan disusuli dengan hajat yang terbuku dihati, InsyaAllah permintaan itu akan mendapat perhatian Allah SWT!
Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Ummul Kitan ini merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran.
Andai kita punya hajat, disarankan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib.
Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca Al-Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.
Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. InsyaAllah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
1. Apabila kita membaca surah ini dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci lalu diminum. Kita akan memperoleh ilmu serta hati akan dibersihkan daripada fikiran yang rosak.
2. Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh selama 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.
3. Andai kita membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 3 kali serta Muawwidzatain, Insya Allah kita akan selamat dari segala hal melainkan meninggal dunia.
4. Mengamalkan surah ini bersama Bismillah di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah, doa kita akan dikabulkan.
Begitu juga, jika kita mempunyai hutang maka kita mampu membayarnya, jika kita sakit maka akan diberi kesembuhan, jika kita punya anak maka jadi anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT.
5. Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setelah solat fardhu 5 waktu, Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagiaan untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.
6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.
Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang ku hajati”
SOALAN: Apa patut saya lakukan kalau saya melihat aurat imam terdedah semasa solat berjamaah. Ini kerana imam memakai baju t-shirt yang mana jika sujud, akan terdedah sedikit dari bahagian aurat. Mohon penjelasan.
JAWAPAN:
Umat Islam dituntut untuk menutup aurat ketika hadir ke mana-mana masjid. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ
“Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang indah (menutup aurat) setiap kali memasuki masjid.” [Surah Al-A’raaf (31)]
Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika aurat terdedah semasa solat maka wajib untuk segera menutupnya. Jika orang yang solat itu lalai dan membiarkan auratnya terbuka tanpa segera ditutup, maka batal solatnya dan hendaklah dimulakan semula. Namun jika dia sempat menutup aurat yang terdedah tadi dengan segera maka solatnya tidak batal dan dia boleh meneruskan solatnya. [Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji (1/124), Al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 206)]
Aurat bagi lelaki di dalam solat adalah bahagian di antara pusat dan lutut. Justeru wajib bagi seseorang lelaki itu menutup bahagian ini dengan pakaian yang bersih dari najis di dalam solat yang didirikan. Sekiranya dibiarkan auratnya terdedah dengan sengaja maka solatnya adalah batal.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa salah satu daripada syarat sah solat berjemaah ialah makmum mestilah tidak mengetahui atau tidak meyakini bahawa solat imamnya itu batal. Sama ada batal disebabkan hadas, tidak menutup aurat, atau selainnya. [Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji (1/179)]
Justeru, sekiranya makmum tidak mengetahui yang solat imam terbatal disebabkan terdedahnya aurat, maka solat mereka adalah sah. Ini kerana dalam kes seperti ini, yang batal adalah solat imam manakala solat para jemaah yang menepati syarat dan rukun solat tidak batal. Ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يُصَلُّونَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوا فَلَكُمْ، وَإِنْ أَخْطَئُوا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ
“Para imam solat memimpin kalian. Maka jika dia benar, mereka mendapat pahala dan kalian juga mendapatkan bahagian pahalanya. Namun apabila mereka salah, kalian tetap mendapatkan pahala dan mereka (para imam) mendapatkan dosa (atau kesalahan ke atas mereka).” [Riwayat Al-Bukhari (694)]
Penutup
Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa sekiranya seorang makmum itu melihat aurat imam yang terdedah di dalam solat, dan dia risau sekiranya dengan menegur imam akan timbul tasywisy (kacau bilau) dalam kalangan jemaah, maka dia hendaklah mufaraqah (berpisah atau keluar) dari solat berjemaah tersebut. Namun hendaklah makmum tersebut menegur imam sesudah solat supaya imam memastikan pakaian yang dipakai semasa solat adalah menutup aurat.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Biarpun penularan wabak COVID-19 semakin serius, namun majlis perkahwinan yang sudah dirancang perlu diteruskan memandangkan kad jemputan telah dihantar.
Masih boleh mengadakan majlis kenduri perkahwinan tetapi perlu mengambil kira beberapa perkara demi keselamatan bersama.
Dan sebagai tetamu diundang kita juga tidak mahu mengecewakan tuan rumah yang telah mengundang beberapa bulan sebelum ini.
Ini antara perkara boleh dilakukan sebagai tuan rumah dan juga tetamu yang mahu mengadakan majlis perkahwinan:
-Memandangkan virus ini mudah berjangkit melaluit ceciar dari rongga mulut dan sentuhan tangan. Anda disaran agar tak bersalaman dengan tetamu yang datang. Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.
-Kalau anda demam, batuk, atau selesema. Jangan berada berdekatan dengan khalayak sebaliknya anda berada pada jarak 1 meter daripada mereka.
-Kerap cuci tangan dengan sabun. Kalau mustahil nak cuci tangan selalu sebab ramai tetamu nak kena tegur, ambil hand sanitizer dan letak dalam poket selalu.
-Sediakan tempat yang cukup dan sabun untuk tetamu.
-Kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya tuan rumah hadiahkan hand sanitizer kepada tetamu.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.