Siapa tak kenal surah Al-Fatihah. Mustahil kita tidak pernah membaca surah Al Fatihah. Dalam solat, surah ini wajib dibaca dan amalan kita bertambah berkat lagi apabila ia kerap dibaca saban waktu.
Di dalam Al-Quran, surah Al-Fatihah merupakan surah pertama yang kita akan baca. Al-Fatihah yang terdiri daripada 7 ayat ini, bermaksud pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitab suci Al-Quran.
Ia turut dikenali sebagai Ummul Kitab; induk kepada semua isi al-Quran. Begitu hebat kedudukan surah ini.
Namun begitu, tahukah kita bahawa surah ini juga mempunyai keistimewaan lain yang cukup hebat? Dengan membaca surah ini sebanyak 41 kali dan disusuli dengan hajat yang terbuku dihati, InsyaAllah permintaan itu akan mendapat perhatian Allah SWT!
Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Ummul Kitan ini merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Quran.
Andai kita punya hajat, disarankan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib.
Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca Al-Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.
Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. InsyaAllah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
Ads
Hebatnya Fadilat Baca Ummul Kitab
1. Apabila kita membaca surah ini dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci lalu diminum. Kita akan memperoleh ilmu serta hati akan dibersihkan daripada fikiran yang rosak.
2. Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh selama 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.
3. Andai kita membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 3 kali serta Muawwidzatain, Insya Allah kita akan selamat dari segala hal melainkan meninggal dunia.
4. Mengamalkan surah ini bersama Bismillah di antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah, doa kita akan dikabulkan.
Ads
Begitu juga, jika kita mempunyai hutang maka kita mampu membayarnya, jika kita sakit maka akan diberi kesembuhan, jika kita punya anak maka jadi anak yang soleh dan solehah dengan izin Allah SWT.
5. Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setelah solat fardhu 5 waktu, Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagiaan untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.
6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.
Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang ku hajati”
Kalau sudah jodoh tidak kemana. Walau berbeza agama, negara dan adat budaya tetapi kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
Begitulah kisah cinta pasangan ini, Amanina Shazwani Zaidi, 26 tahun dan suaminya Hayden Yau, 25 tahun yang berbeza agama dan bangsa.
Jika itu jodoh yang sudah tertulis di lukh mahfuz.
Biarpun berbeza segala-galanya, namun mereka berkongsi perasaan sama untuk saling mencintai dan membina hidup sebagai suami isteri yang sah sehingga ke akhir hayat.
Namun sebelum cinta halal ini bertaut, keduanya berdepan saat sukar dalam proses untuk berkahwin. Menurut Amanina pengalaman paling sudah dilupakan ketika menyipakan proses untuk berkahwin.
“Betapa banyaknya legal proses untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Apatah lagi berkahwin dengan membabitkan dua negara yang berbeza.
“Ternyata undang-undang di UK dan Malaysia banyak paperwork dan memerlukan banyak kesabaran untuk membuat semua ini.
“Walaupun kami masih ada cabaran di masa depan, kami percaya yang kami mampu untuk mengharunginya kerana kami percaya yang kami kuat bersama,” ujar Amanina yang mula berkenalan dengan suaminya ketika sama-sama belajar di University of Winchester, UK kira-kira 5 tahun yang lalu.
Tambahnya hubungan mereka hanya berkawan selama setahun lebih dan selepas memikirkan untuk menjalin hubungan lebih serius dan halal.
“Apa yang membuat saya tertarik menerima dirinya sebagai suami kerana melihat sikapnya yang humble dan banyak bersabar orangnya.
“Dia mempunyai banyak talent tetapi selalu rasa dirinya banyak kekurangan. Dia sangat berusaha untuk belajar agama Islam untuk convert,” katanyanya yang menjalin hubungan cinta jarak selama dua tahun sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Pilih gaya sederhana untuk majlis kahwin.
Pasangan sama cantik sama padan ini bernikah penghujung tahun lalu di Greenhouse Hotel, Bournemouth.
Memilih tempat itu sebagai saksi cinta halal mereka kerana keduanya sangat sukakan konsep kehijauan di kawasan itu dan keduanya tampil cantik menggayakan baku kurung tetapi majlis dijalankan seperti English Traditional Wedding.
Keluarga restu cinta dua benua ini.
KASHOORGA: Semoga keduanya kekal bahagia menempuh hidup sebagai pasangan suami isteri. Didoakan juga semoga suaminya sebagai saudara baru kekal istiqamah kerana memilih Islam sebagai agama barunya.
SUMBER: AMANINA SHAZWANI ZAIDI
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita memang sangat digalakkan kepada Allah. hanya dia tempat kita memohon dan meminta pertolongan.
Tidak kisahlah doa pendek atau panjang, yang pentin kita mohon padanya pada bila-bila masa.
Ada satu doa yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA …. (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang ‘terbuka’ lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah.
#CnP #BahagianDakwahJakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malah, kedatangan Ramadan pada tahun ini memberikan kegembiraan berganda buat pelakon Amar Asyraf apabila menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada Sabtu lalu.
Bayi perempuan itu merupakan hasil perkongsian hidup Amar, 37, dengan isteri baharunya iaitu perkahwinan ketiga pelakon itu, Farhana Yusof.
Dalam hantaran Instagram, Amar berkongsi nama yang diberi kepada bayi perempuannya iaitu Ammara Fateema.
Asbab Bapa & Mommy Masuk Syurga
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Allah Maha Baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan, pada 25 Mac 2023 bersamaan dengan 3 Ramadan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya, Ammara Fateema Amar Asyraf,” tulisnya.
Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Mama Papa Expres itu memuat naik gambar dia mendukung anaknya yang berbalut selimut berwarna hijau.
Hadiah Ramadan
Di samping itu, Amar sempat menitipkan doa agar permata hatinya itu kelak membesar sebagai anak yang solehah dan menjadi asbab untuknya dan isteri masuk ke dalam syurga.
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapa dan mommy masuk syurga, insya-Allah. Terima kasih mommy, saya sangat cintakan awak, lillahitaala,” ujarnya lagi.
Amar Asyraf Dapat Anak
Untuk info, sekitar pertengahan Mei tahun lalu, Amar berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Farhana Yusof.
Sebelum itu, perkahwinan keduanya bersama Vivy Jeffry tergantung tak bertali selama hampir tiga tahun, namun rumah tangga dibina mereka akhirnya terlerai sekitar Mei tahun lalu selepas sah bercerai talak tiga.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...