Kita hanya merancang namun yang menentukan segalanya adalah Allah SWT. Seperti gadis-gadis yang lain, ikatan pertunangan merupakan langkah pertama menuju ke alam rumah tangga. Sudah pastinya hati dibungai bahagia tatkala ikatan cinta suci diikat dengan pertunangan.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Kegembiraan Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, hanya seketika cuma apabila arwah terbabit dalam dalam satu kemalangan maut di Kilometer 23, Jalan Gua Musang – Kuala Krai.

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang
Terpancar kegembiraan pada wajah arwah selepas selamat mengikat tali pertunangan.

Arwah hanya sempat bergelar bergelar tunangan orang untuk tempoh dua hari sahaja. Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa, Nur Syazwani Mohd Hanapi, beralamat di Kok Lanas, Ketereh, meninggal dunia di tempat kejadian selepas gagal memotong treler dan merempuh bas ekspres dari arah bertentangan.

Adik mangsa, Muhammad Syazwan, 25, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki bersama berpusing beberapa kali selepas merempuh bas.

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang
Beginilah keadaan kereta arwah selepas kemalangan.

 

Katanya, dia bertolak dari rumah di Kok Lanas pada jam 4.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas memandangkan mereka akan mula bertugas hari ini.

“Ia berlaku sekelip mata. Pada jam 5.50 pagi, saya sedar dan bertanya kepadanya nak solat Subuh di mana. Arwah kata, dia akan berhenti di Hentian Rantau Manis.

“Jadi saya tidur semula dan hanya sedar kereta berpusing. Saya lihat ke kanan, dia sudah tiada di tempat duduk. Arwah tercampak keluar,” katanya yang bertugas sebagai anggota tentera darat di Kementah, Kuala Lumpur.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta.

Sementara itu, bapanya Mohd Hanapi Yusoff, 54, berkata, Allahyarham baru sahaja bertunang dengan pilihan hatinya iaitu seorang kontraktor dari Jerteh, Terengganu, Jumaat lalu.

Ads

Menurutnya, kereta yang dinaiki Allahyarham juga baru dibeli April lalu dan ini kali kedua dia pulang menaiki kereta tersebut.

“Tiada sebarang perubahan ditunjukkan malah arwah nampak gembira.

“Dia belum menetapkan tarikh perkahwinan, hanya bertunang dahulu. Saya tak sangka, cepat dia ‘pergi’ meninggalkan kami. Bagaimanapun, kami reda.”

Mohd Hanapi berkata, pagi sebelum kejadian, isterinya yang mengejutkan Allahyarham dari tidur untuk memulakan perjalanan.

“Sebelum ini, dia tak pernah memulakan perjalanan awal pagi. Tapi nak elak kesesakan, dia berpakat dengan Syazwan untuk bergerak lebih awal.

“Malah, ketika turun dari rumah dia tidak bersiap seperti kebiasaan. Hanya pakai baju lusuh berlengan panjang, seluar trek dan selendang.”

Ads

Didoakan moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang

 

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang

Pemergian arwah turut dirasai oleh rakan-rakan terdekat. Ini antara curahan rasa rakan arwah.

Ads

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang

 

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang

 

 

Jika Sebelum Ini Tidak Pernah Mulakan Perjalanan Awal Pagi, Gadis 26 Tahun Akhirnya Terkorban Dalam Kemalangan Maut Hanya Selepas Dua Hari Bertunang

 

Sumber: Sinar Harian dan FB: Syazwani Hanapi

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI