DALAM kehidupan seorang Muslim, pernikahan adalah sebahagian dari sunnah Nabi. Malah hubungan intim turut diatur dengan begitu indah dalam agama. Ini termasuklah soal ghairah suami-isteri terutamanya di pihak suami.
Pakar psikologi menyatakan, kebanyakan lelaki mempunyai tuntutan seksual yang begitu tinggi sementara isteri memiliki hasrat seksual yang lebih rendah. Mungkin kerana letih menguruskan rumahtangga dan masa yang sama perlu bekerja mencari rezeki mengakibatkan hasrat wanita akan hubungan intim ini lebih rendah.
Bila melibatkan hasrat seksual, ia lebih bersifat peribadi dan berbeza antara individu lain dengan individu lain. Tidak ada apa-apa keistimewaan atau kelebihan pun bagi lelaki yang berkeinginan seksual setiap hari berbanding sebahagian lagi lelaki yang merasakan keinginan itu sekurangnya dua kali seminggu atau lebih. Ia langsung tidak menunjukkan kekuatan seorang lelaki jika melakukannya setiap hari. Hubungan intim suami isteri adalah hubungan kasih sayang dan bukan hubungan menunjukkan kekuatan semata-mata.
Perbezaan hasrat antara lelaki dan perempuan adalah pendorong pasangan suami isteri untuk saling memahami dan sendiri memerhatikan keadaan psikologi pasangan itu sendiri. Perbezaan ini seharusnya menjadi “ladang pahala” untuk membangunkan kesepakatan, keserasian dan berada lebih dekat dengan pasangan.
Seorang pakar, Dr. Logan Levkoff yang merupakan seorang Pakar Seks dari New York University, berkata, sebenarnya tiada jumlah yang normal untuk melakukan seks dalam seminggu kerana setiap perhubungan adalah berbeza bergantung kepada individu masing-masing. Dalam erti kata yang lain, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan.
Faktor kedua, hubungan intim suami isteri itu penting dalam kehidupan rumahtangga. Malah ada rumahtangga yang runtuh kerana keengganan isteri melayan permintaan suami. Ada lebih ekstrem bila mana suami menyuarakan rasa marah kerana hasrat ditolak isteri dengan mencederakan anak dan ada yang membunuh pasangannya pun. Tapi dalam membentuk rumahtangga yang bahagia, hubungan intim tidak harus diletakkan di tempat pertama kerana ada banyak lagi faktor yang mengikat kasih sayang antara suami isteri.
Sebagai contoh, suami rajin membantu isteri mengemas rumah, sesekali memasak, menjaga anak dan sebagainya. Jadi bila suami rajin membantu pasangan dan sentiasa menyenangkan hatinya, maka isteri akan rela hati melayani suami di kamar tidur tanpa ada rasa tertekan. Malah ia juga mampu menutup kekurangan di pihak isteri yang mungkin keinginan seksualnya tidak tinggi seperti suami. Dengan memperlihatkan pergaulan yang baik dan mesra, kekurangan yang ada pada pasangan pasti kita akan menerimanya dengan hati yang terbuka.
IKLAN
Apa yang suami harus fahami, dalam urusan pernikahan ia tidak hanya menumpukan pada hubungan intim semata-mata walau ia sebahagian darinya untuk lelaki menyalurkan tuntutan seksual mereka tapi ada banyak lagi amanah terpikul di bahu seorang lelaki. Ini termasuklah masa untuk anak-anak dan juga hak pasangan terhadapnya.
Berapa kali seminggu yang sesuai?
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun.
Jika dihitung kembali, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu!
Jumlah ini dipersetujui dalam kajian lain yang berlangsung selama hampir 40 tahun dan diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science.
IKLAN
Tambah mereka lagi, seks sekali seminggu sudah memadai untuk membuat pasangan suami isteri bahagia.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
IKLAN
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Allah beri bila tiba masa yang tepat.’ Rezeki miliki zuriat selepas 14 tahun menanti, tiada kata yang dapat diungkap, melainkan rasa syukur tidak terhingga apabila doa selama ini dimakbulkan.
Setelah mendirikan rumah tangga, pasti setiap pasangan mendambakan untuk memperoleh cahaya mata. Namun manusia hanya merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.
“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tak tahu nak gomol (peluk dan cium) anak siapa tetapi akhirnya rezeki memihak kepada kami untuk memiliki anak sendiri. Dapatlah gomol puas-puas,” kata Nurashhyikin Abd Latip.
Nurashhyikin, 36, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama suami, Ridhuan Ramli, 44, dan anak tunggal mereka, Muhammad Tariq El Aiman yang kini berusia lima bulan dengan keterangan penantian 14 tahun untuk menimbang cahaya mata sendiri.
Jelas Nurashhyikin, kehadiran Muhammad Tariq El Aiman dianggap seperti rezeki terindah yang tidak disangka kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.
Tiba Masa Yang Tepat
Menurutnya, sepanjang 14 tahun dia banyak memendam rasa berhadapan pertanyaan orang sekeliling mengenai zuriat, namun mengakui tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya dia dan suami sentiasa berlapang dada.
“Saya ambil pendekatan kalau ada, adalah kalau tidak itu bukan rezeki kami tetapi kami tetap berusaha dan sepanjang tempoh berdua kami kerap ditanya mengenai anak tetapi keluarga sentiasa beri sokongan.
“Tak sangka Allah SWT hadirkan rezeki dalam sekelip mata dan 14 Februari lalu anak yang dinanti selama 14 tahun selamat dilahirkan dengan sihat.
“Saya dan suami sangat gembira dengan rezeki ini terutama suami apabila dia akhirnya mempunyai zuriat sendiri ketika berusia 44 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rezeki Miliki Zuriat
Katanya, dia tidak pernah berasa rezekinya lambat biarpun tempoh perkahwinan melebihi satu jangka masa yang lama kerana baginya rezeki Allah SWT akan tiba tepat pada masanya mengikut perancang terbaik untuk hidup mereka.
“Anak ini juga saya anggap seperti pengganti arwah ayah kerana berita kehadirannya kami terima selepas dua minggu ayah meninggal dunia.
Selepas 14 Tahun Menanti
“Ketika ayah sakit saya yang menjaga dan menguruskannya di hospital tetapi tak sangka rupanya anak sudah berada bersama saya ketika itu.
“Saya tahu saya hamil ketika kandungan berusia empat bulan dan dalam kesedihan kehilangan ayah tersayang Allah hadirkan zuriat yang sekian lama ditunggu-tunggu,” katanya.
Mabuk cinta atau dalam bahasa Arabnya al ‘isyq digambarkan sebagai suatu jalan yang berbahaya, licin, tidak akan ada yang boleh menyelamatkan diri dari bahayanya kecuali Allah Ta’ala.
Sudah banyak kisah orang mabuk cinta ini terlibat dengan kesan negetif termasuk berzina, melahirkan anak luar nikah, dosa bertemu dan banyak lagi. Sampaikan mereka yang sedang mabuk cinta ini digambarkan sebagai orang yang paling celaka, paling hina, paling sibuk dan paling jauh dari Rabb mereka di antara seluruh manusia.
“Orang-orang yang sedang mabuk cinta termasuk orang yang paling keras azabnya dan paling sedikit pahalanya. Apabila orang yang mabuk asmara itu masih tertambat hatinya pada orang yang dicintai, masih tunduk kepadanya, maka akan terkumpul pada dirinya berbagai kerosakan yang tidak boleh terhitung jumlahnya oleh siapapun kecuali oleh Allah Ta’ala, Walaupun ia selamat dari perangkap dosa besar. Jika terus menerus keadaan hatinya begini, perbuatan ini jauh lebih berbahaya daripada seseorang yang melakukan dosa kemudian bertaubat, maka dos aitu akan hilang dalam dirinya”.
Orang mabuk bercinta ini, diibaratkan sebagai orang yang hilang akalnya seperti ditulis oleh beberapa penyair.
Dalam sya’irnya, Abu Husnainah menjelaskan bahaya mabuk cinta dan berita gembira buat mereka yang tidak terperangkap dengannya.
“Mabuk cinta dapat menyeret diri ke lembah kehinaan, tentu aku iri dengan mereka yang tidak diuji mabuk cinta”.
Abdul Muhsin ash-Shuri berkata:
Cinta hanyalah jalan berbahaya jauh dari keselamatan dan tempat yang licin
Mereka juga mengatakan, “Kerana perasaan cinta, seorang raja boleh menjadi menjadi hamba sahaya, seorang sultan boleh menjadi budak”,
Kemudian penyair, Al Kharaiti berkata, “Abu Ja’far Al Abdi pernah membacakan (beberapa bait syair) padaku:
“Seandainya Allah menyelamatkanku dari rasa cinta, Niscaya aku tidak akan kembali kepadanya, Dan aku tidak akan abaikan kata-kata yang menguris hatiku, Siapakah lagi yang akan menyelamatkanku dari rasa cinta setelah aku terkena jerat-jeratnya…”
Ketika menjelaskan bahaya akibat mabuk cinta, Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ;” Mencintai idola-idola yang diharamkan dan merindukannya merupakan salah satu penyebab kesyirikan.
Setiap kali seorang hamba lebih dekat kepada kesyirikan dan jauh dari keikhlasan, maka setiap kali itu juga kegilaannya terhadap idola-idola itu bertambah. Demikian juga sebaliknya, setiap kali ia memperbanyak keikhlasan dan memperkuat ketauhidan, maka dia akan semakin jauh dengan kegilaan terhadap orang yang diidolakan.
Bahaya mabuk cinta begitu besar, begitu pula dengan dosa yang melakukannya. Mereka yang telah terjerumus ke dalam perangkap maksiat ini, baik pelakunya, orang yang dicintai, mahupun orang yang membantu, wajib hukumnya untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Dinukil dari kitab “At-Taubah Wadziifatul ‘Umur” yang ditulis Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd menjelaskan,
“Apabila pelaku kemaksiatan ini ingin bertaubat, ia dapat melakukannya dengan cara meninggalkan perbuatan itu, berkeinginan kuat dan berusaha keras untuk menjalaninya, serta hendaklah ia tidak menceritakan masalahnya kepada orang yang dicintainya.
Janganlah ia masih mengingati, menyanjung, menemui, ataupun membantunya. Ia harus memutuskan setiap perkara yang dapat mengingatkan kepada kekasihnya. Hendaklah ia melakukan perkara-perkara yang sabar terhadap cubaan yang dialaminya, terutama pada awal-awal bertaubat.
Apabila orang yang dijadikan sebagai kekasihnya itu sama membantu atau menjadi penyebab terjadinya kemaksiatan tersebut, hendaklah ia bertaubat kepada Allah. Bila ia seorang wanita, harus bertaubat kepada Allah dari perbuatan merayu dan berhias untuk yang dicintainya, bertaubat dari bercinta dengannya, bertaubat untuk bertemu dengannya atau berbicara bersamanya serta bertaubat untuk tidak mengirim surat kepadanya.
Sedang bagi orang-orang yang membantu terjalinnya hubungan cinta itu, hendaklah mereka pun bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan meninggalkan apa yang pernah dilakukan. Hendaklah setiap diri menyedari bahawa apa yang dilakukannya itu termasuk dalam kategori tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan. Kerana dengan melakukan itu, bererti ia telah menyemarakkan api kerinduan dan menghidupkan baranya.
Dengan perbuatan tersebut, ia lebih banyak merosak daripada memperbaiki. Apa yang dilakukannya merupakan dosa dan perbuatan tidak terpuji, tidak termasuk perbuatan baik dan bukan pula perbuatan yang di dalamnya ada dua kemudharatan seperti kerosakan pada hati dan hancurnya agama. Adakah kerosakan yang lebih besar daripadanya? Dijelaskan Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, kerosakan paling berbahaya akibat melakukan kemaksiatan itu adalah kesengsaraan jiwa atau kematian, kesan melakukan sesuatu yang haram. Kalau dapat menahan diri bermaksud ia sukses dan selamat di dunia dan akhirat.
Solat antara “ubat” paling mujarab bagi perlakuan ini
Ubat Mabuk Cinta
Sekali pun masalah mabuk asmara ini merupakan masalah pelik dan sukar untuk lepaskan dirinya tapi tiada yang mustahil. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata : “Ubat hanya akan menyembuhkan bagi siapa yanh mahu menerimanya. Adapun orang yang menolaknya, maka ubat tersebut tidak akan bermanfaat baginya.”
Apa yang penting, kena kuatkan hati kerana kalau hati kuat perlakuan maksiat ini dapat dijauhi. Caranya ialah dengan :-
1. Berdoa
Berdoalah dalam keadaan merendahkan hati kita dan bersungguh-sungguh dengan perbuatan tersebut. Bahkan ia mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan memohon keampunan dariny. Orang yang ingin bertaubat adalah golongan yang sedang diuji dan Allah akan mengabulkan doa mereka.
2. Menundukkan pandangan
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata : “Orang yang secara tidak sengaja memandang sesuatu yang ia anggap baik, kemudian merasakan kenikmatan memandangnya, pada hal perbuatan itu haram, maka wajib baginya untuk memalingkan pandangan. Ketika ia mengulangi pandangannya atau terus memandangnya, maka ia telah terjatuh pada perbuatan tercela, baik menurut agama mhaupun akal.
Jika ditanyakan oleh seseorang : “Apabila perasaan cinta muncul pada pandangan pertama, lalu mengapa orang yang memandang harus dicela?”
Jawabannya adalah : ” Apabila tatapan itu hanya sekilas, nescaya tidak akan menumbuhkan rasa cinta. Pandangan yang dapat menumbuhkan perasaan cinta adalah pandangan yang terus-menerus terhadap objek yang dipandang, dengan ukuran yang sekiranya dapat menumbuhkan perasaan itu. Perbuatan ini dilarang. Seandainya perasaan cinta timbul kerana pandangan pertama yang hanya sekilas tersebut, maka tidak akan mudah untuk dapat mengatasinya.”
Orang tersebut bertanya lagi : “Apakah ubat mabuk asmara apabila perasaan muncul pada pandangan pertama?”
Jawabannya adalah : “Ubatnya adalah memalingkan pandangan mata dari objek yang dipandang. Satu pandangan mata sama seperti biji-bijian yang ditebarkan di atas tanah; apabila biji-bijian itu tidak disirami dan diperhatikan, maka ia tidak akan tumbuh. Namun, apabila disirami, niscaya ia akan tumbuh segar. Demikian juga dengan tatapan mata.”
Beliau juga berkata : “Apabila seseorang terbiasa mengulangi tatapan mata, maka tatapan kedualah yang harus dikhuatirkankan dan harus dijaga. Oleh kerana itu, janganlah meremehkannya kerana boleh jadi pandangan itu meninggalkan rasa cinta yang menyakitkan.”
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata : “Maka dari itu, hendaklah orang yang berakal tidak menceburkan diri ke dalam mabuk asmara supaya ia tidak terjerumus kepada semua kerosakan ini atau sebahagiannya.
Barang siapa melakukannya bererti ia sengaja menjerumuskan dirinya yang telah tertipu oleh jiwanya. Apabila jiwa hancur, maka dialah yang menghancurkannya. Seandainya kalau bukan kerana terlalu sering memandang wajah kekasihnya dan kerana keinginannya yang kuat untuk selalu dapat menghubunginya, nescaya perasaan cinta itu tidak akan pernah tumbuh dalam hatinya.”
3. Merenung diri dan selalu mengingati Allah
4. Menjauhkan dari orang yang dicintai
5. Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat
6. Menikah
7. Sering mengunjungi orang sakit
8. Mengikuti majlis zikir
9. Berusaha keras untuk melawan hawa nafsu
10. Jangan pernah meninggalkan solat
Hendaklah orang yang mabuk asmara sentiasa solat, kusyuk serta menyempurnakan rukun-rukunnya baik secara zahir mahu pun batin.
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Ankabut : 45)
Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “Sesungguhnya dalam solat itu terdapat mencegah perkara dibenci iaitu keburukan dan kemungkaran. Selain itu di dalamnya juga terdapat kenikmatan yang paling lazat iaitu berzikir kepada Allah Ta’ala”. Sumber : Kalam Sindownews
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam.” (Riwayat Bukhari)
Ada ketikanya kita diuji dengan sikap manusia. Yang suka membuat onar dan menyakiti hati kita. Kadang dengan kata-katanya dan tak kurang dengan perbuatannya. Akibatnya kita merasa terlalu sakit hati dan mahu membalas dendam.
Para penyelidik dari Glasgow Caledonian University and Edinburgh Napier University telah menemukan kajian bahawa menyimpan dendam dapat meningkatkan rasa sakit hati walau pun rasa sakit tersebut tidak ada kaitannya dengan dendam anda.
Apakah cara terbaik menghilangkan dendam?
Menyimpan rasa dendam umpama menggenggam bara api. Semakin lama menggengamnya, luka akan semakin parah. Justeru itu kita kena belajar melepaskannya agar tidak menyakiti hati sendiri. Memang tak mudah tapi bukan juga mustahil tak boleh dilakukan. Jika ingin melepaskan dendam di hati, buatlah beberapa langkah ini.
Belajar memaafkan
Untuk melepaskan dendam di hati, kita mesti ada perasaan memaafkan kepada individu yang menyakiti hati kita. Memaafkan bukan bererti kita bertolarasi perbuatan salahnya tetapi dengan belajar memaafkan, kita memutuskan rantai emosi terhadap orang tersebut.
Terima apa yang sudah terjadi
Apa yang berlaku tak mungkin dapat diulang semula. Anda harus menenerima kenyataan tersebut. Apa pun kesan dari perbuatan orang terhadap anda, belajarlah menerimanya walau pahit. Bila sudah belajar menerimanya, anda akan mudah memaafkan, baik dengan atau tanpa permintaan maaf dari orang tersebut.
Ada hikmahnya
Satu hikmah dari permusuhan ialah, anda sudah membuang dirinya jauh-jauh selepas kejadian itu. Bersyukurlah Allah memberikan tanda lebih awal agar tidak meneruskan perhubungan dengannya lagi.
Ungkapkan perasaan
Berbicara dengan seseorang akan melegakan. Walau hati disakiti dan kita berdendam namun berkongsi cerita itu untuk melepaskan tekanan perasaan tidak salah. Sekurangnya rasa sakit hati dan dendam itu akan berlalu pergi.
Fahami mereka yang bermasalah
Kadang, ada sebab seseorang itu sengaja mencari gaduh dengan orang lain. Mungkin dirinya kekurangan kasih sayang, tidak diberi perhatian dan dirinya sengaja berbuat begitu untuk orang memberi perhatian kepadanya. Walau nampak menyakitkan hati tetapi kita tak akan faham selagi tidak duduk di tempatnya.
Tapi sebaiknya, jika di dalam hati mula ada rasa tidak puas hati dengan orang lain, dendam atau apa sahaja urusan, maka bacalah zikir berikut iaitu: “Hasbunallah wa ni’mal wakil” yang bermaksud, “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami).”