Tiada apa lebih dari bersyukur sekiranya di dunia ini kita disayangi ramai orang. Ia bertitik tolak dari perbuatan kita yang mungkin menyenangkan, sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling sekaligus menjadikan diri kita disayangi semasa masih hidup mahu pun sudah meninggal dunia.
Sebab itulah orang alim selalu berpesan, jadikan perbuatan baik sebagai cara hidup. Jadikan ia habit dalam kehidupan kita. Insya Allah, bila meninggal, dalam keadaan baik.
Inilah yang terjadi kepada seorang Syeikh yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia tetapi berita kematiannya menjadi sebutan ramai di Palestin.
Ini kerana sepanjang hayatnya, tanpa pernah jemu selama 40 tahun dirinya sentiasa tiba di masjid berhampiran rumahnya sebelum azan. Malah Syeikh ini sempat berpesan kalau tidak nampak dirinya bersolat dua waktu berturut-turut, itu tanda dirinya sudah meninggal dunia.
Ads
Dipetik perkongsian dari Yaffa News 48, dikongsikan, Syeikhi ini tinggal seorang diri di sebuah kampung berdekatan masjid. Beliau mempunyai amalan yang mulia iaitu istiqamah sampai ke masjid sebelum azan selama 40 tahun.
Suatu hari beliau berpesan,
Ads
"Sekiranya saya tidak menghadiri dua solat wajib berturut-turut di masjid, ketahuilah bahawa saya sudah meninggal di rumah."
Tidak lama selepas itu, di hari Jumaat ternyata beliau tidak hadir berjemaah lalu penduduk mencari beliau di rumah dan mendapatinya sudah meninggal dunia.
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Pemergian artis disegani Adibah Noor meninggalkan kesan kepada mereka yang rapat dengannya. Bahkan selepas pemergiannya juga, dirinya meninggalkan 41 ekor kucing yang dipeliharanya termasuk kucing-kucing jalanan.
Semasa hayatnya, arwah pernah memaklumkan, sejujurnya dirinya kurang pasti berapa banyak berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela.
“Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” Kata arwah.
Dalam pada itu, nasib 41 ekor kucing miliknya, akan terbela apabila Rumah Amanah iaitu rumah perlindungan kucing yang terletak di Hulu Langat bersedia membelanya jika hubungi ole waris arwah.
Dalam hantaran di fb mereka, “tiada masaalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat, Selangor.
“SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing, warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing tu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 ptg adalah hari melawat. Terbuka kepada umum, tulis mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidayah Allah itu datang tepat pada masanya dan dengan siapa yang Dia kehendaki. Alangkah bertuah seseorang itu jika dipilih menerima hidayah dariNya.
Tidak dinafikan ramai yang melalui detik penghijrahan ini dan memilih untuk terus istiqamah dengan jalan yang dipilih.
Namun dalam ledakan zaman digital serta media sosial sekarang kita pastinya terlepas pandang pada satu perkara. Jika sebelum ini memilih penampilan tidak berhijab dan apabila berhijrah aurat rambut tertutup kemas.
Jadi bagaimana pula dengan situasi gambar tidak berhijab yang telah dimuat naik di laman sosial sebelum ini. Apakah hukumnya jika membiarkan gambar (tidak berhijab) ditonton oleh warganet di laman sosial.
Bagu menjawan persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin ada jawapannya.
“Tahniah kepada para wanita yang telah kembali bertudung dan berhijab. Namun dalam soal gambar (tidak berhijab) di media sosial, mereka wajib memadamkan semua gambar-gambar lama yang dalam keadaan dia tidak bertudung sebelum itu.
“Jika dibiarkan maka dia akan tetap menyemai benih-benih dosa selama gambar itu terpapar di dalam media sosial yang dia sendiri control.
“Jika dia mempunyai admin maka dia hendaklah mengarahkan semua gambar-gambarnya yang tidak bertudung itu dipadam.
“Namun sekiranya bukan dibawah kawalannya maka hendaklah dia bertaqwa kpd Allah semoga gambar lama itu tidak menjadi fitnah terhadap dirinya,” ujarnya yang turut berkata kewajipan menutup aurat adalah mutlak perintah dari Allah dan RasulNya tanpa syak.
Wallahualam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
TAUBAT berasal dari perkataan bahasa Arab “taa-ba” yang bererti kembali. Ia satu bentuk penyerahan diri kembali pada Allah selepas menyedari diri sudah melakukan dosa dan ia mengkehendakinya. Dan siapa pun yang menghendaki untuk menempuh jalan menuju Allah, sesungguhnya Allah telah memanggilnya lebih dahulu (Q.S. Al-Insaan [76]: 29-30).
“Sesungguhnya ini adalah sebuah peringatan: Barang siapa yang menghendaki, biarlah ia mengambil jalan menuju Rabb-nya. Dan tiadalah kamu akan berkehendak (menempuh jalan itu), kecuali jika itu dikehendaki oleh Allah. Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Q.S. Al-Insaan [76]: 29-30)
Namun, pernahkah kita memikirkan perihal diterima atau tidaknya taubat yang kita lakukan itu? Jangan sampai taubat yang kita lakukan itu bernilai sia-sia. Tapi, cuba perhatikan sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam berikut ini:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (roh) belum sampai di kerongkong” (HR. Tirmidzi, dari Ibnu Umar Radhiyallahu’anhuma). Berdasarkan hadits tersebut, jelas sekali bahawa Allah akan menerima taubat selama roh belum sampai di kerongkong, ertinya selama kita masih hidup. Lalu, taubat yang bagaimanakah benar-benar Allah menerimanya?
Jawabannya adalah taubat iaitu taubatan nasuha. Taubat yang sungguh-sungguh adalah bertekad tidak ingin mengulangi perbuatan dosa lagi. Allah Ta’ala memerintahkan untuk melakukan taubat yang benar-benar ikhlas dilakukan.
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya).” (QS. At Tahrim: 8)
Ibnu Katsir menerangkan mengenai taubat yang tulus yang pernah dikongsikan oleh para ulama, “Taubat yang tulus iaitu dengan menghindari dosa untuk saat ini, menyesali dosa yang telah lalu, bertekad tidak mengulangi dosa itu lagi di masa akan datang. Lalu jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia harus menyelesaikannya atau mengembalikannya.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 323).
Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,
”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).
Ketahuilah, ketika kita memilih untuk bertaubat dan melakukannya, kemudian beriman lalu beramal soleh, maka Allah akan mengganti keburukan-keburukan dalam diri kita menjadi kebaikan-kebaikan. Bagaikan pohon, setelah dedaunan yang kering, layu lalu gugur dan dibersihkan, ia akan menumbuhkan dedaunan yang baru, yang segar: untuk menerima cahaya, agar ia boleh berbuah.
Namun, ternyata tidak semua taubat diterima, apa lagi jika hanya ucapan saja. Taubat yang diterima Allah adalah taubat yang diikuti dengan memperbaiki semua kehidupan kita dan berjanji tidak lagi mengulanginya lagi.
Maka barangsiapa bertaubat setelah zalimnya dan mengadakan perbaikan, maka sungguh, Allah akan menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. – Q.S. Al-Ma’idah [5]: 39.
Jadi taubat yang diterima Allah adalah taubat yang kita tidak mengulangilah lagi kerana itulah sebenar-benar taubat. Masa yang sama, kita akan sentiasa memperbaiki amalan hidup kita, menjauhi yang buruk dan memilih sebaik-baik kehidupan tanpa melihat masa lalu yang sudah kita tinggalkan.Itulah tanda bahawa taubat kita sudah diterima Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.