Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)].
Dalam pada itu, antara kelebihan orang berselawat ialah nama akan disebut di hadapan Rasulullah SAW. Bukan saja nama kita tapi juga nama mak ayah yang melahirkan, menjaga dan membesarkan kita.
Ads
Menurut Ustaz Don Daniyal Don bin Don Biyajid dalam ceramahnya berkongsi kebaikan selawat.
Jelasnya, salah satu cara kita nak berkebajikan dengan mak ayah kita, banyakkan baca selawat sebab Malaikat sebut nama mak bapa kita depan Nabi SAW.
“Ianya hadith sahih. Ini kerana ketika mana kita berselawat akan wujud seorang Malaikat sebelah Nabi SAW. Dia akan bagitahu kepada Nabi SAW “Wahai Rasulullah SAW, ada seorang daripada masjid Seberang Jaya (contoh), nama si fulan bin fulan (contoh) berselawat kepada kamu.
Ads
“Kerana kita selawat, nama ayah dan mak kita dimaklumkan di hadapan Baginda Nabi Rasulullah SAW, MasyaAllah,”katanya.
Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
“Sajat lagi pantas dari JAIS. JAIS lembap. JAIS baru nak ketuk pintu, Sajat dah sampai ke Thailand dah…
Ini antara konten terbaru usahawan Sajat di Tik Toknya.
Dalam pada itu, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang juga Pensyarah Fisiologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengupas isu ini dan perlu diketahui umat islam semua.
Baca perkongsiannya agar generasi hari ini tidak menjadi orang berdosa di hari akhirat bila mana mentertawakan orang beriman.
Tak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam Tik Tok terbaru beliau.
Agar anak-anak muda tidak terlalu terpesona dengan paparan tersebut, saya coretkan sedikit beberapa pesanan.
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
Dalam tafsiran lain:
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulu menertawakan orang-orang yang beriman.
Saya yakin para pendakwah dan penguatkuasa JAIS, JAWI, JAKIM dll yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan menjalankan tugas mereka sudah lali dengan cemuhan – cemuhan ini. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara mereka.
Saya lihat yang obses kepada JAIS kini adalah beliau. Tak lekang difikiran.
INTEGRITI
Jika ada yang membela beliau berjaya dengan segala jenis proses asylum etc, ingatlah bahawa integriti beliau boleh dipersoalkan. Beliau menipu bahawa dia adalah khunsa selama ini, akhirnya mengaku bahawa dia seorang transgender. https://www.google.com/…/nur-sajat-mengaku-transgender
IBUBAPA BERDOA UNTUK ANAK BERTAUBAT DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR
Saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa individu mak nyah yang berhijrah di Malaysia dan di Indonesia. Ketika ditemuramah, mereka percaya doa ibu yang tidak putus-putus mengajak mereka bertaubat itulah yang menjadi tali pengikat yang menarik mereka pulang ke jalan yang benar. Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendoakan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesilapannya.
HUKUM AGAMA DAN “THE LAW OF PHYSIOLOGY”
Hukum agama tentang transgender atau Mukhannath sudah jelas.
Hukum fisiologi manusia juga jelas. Sampai bila terpaksa bergantung kepada estrogen dan anti-androgen luaran untuk menyekat aktiviti testosterone? (pembuangan testis akan mengurangkan hormon testosterone, tetapi testosterone masih dihasilkan oleh kelenjar adrenal)
Apabila usia meningkat, sel-sel dalam badan akan kurang responsif kepada hormon – hormon luaran ini. Hormon estrogen luaran ini mungkin terpaksa dikurangkan (maka efek keperempuanan atau feminization pun berkurang) kerana hormon estrogen bagi seorang lelaki meningkatkan risiko darah beku, sakit jantung dan stroke.
.
DISKRIMINASI TRANSGENDER DI AUSTRALIA
Lastly, is life as transgender that ROSY in Australia as compared to Malaysia?
Australia sangat-sangat menyokong pertukaran jantina dan penukaran identiti diri dan telah pun mengabsahkan perkahwinan sejenis.
Tetapi kajian database kebangsaan Australia yang diterbitkan dalam bulan Januari 2021 menunjukkan dikalangan transgender:-
1. diskriminasi pekerjaan yang tinggi 35% 2. pengangguran 3 kali ganda kadar kebangsaan 2. cubaan mencederakan diri yang tinggi 63% 3. cubaan bunuh diri yang tinggi 43% 4. depresi 85% 5. anxiety 79%
Kajian ini masih meletakkan punca diskriminasi dan stigma, di sebuah negara yang tiada JAWI, JAKIM, JAIS dan undang-undang tasyabbuh
Most concerningly, 63 per cent reported previous self-harm and 43 per cent had attempted suicide. These statistics are many times higher than rates for the general Australian population.
Shockingly, 35 per cent reported discrimination from employment as a result of being trans, and the unemployment rate of 19 per cent was more than three times the national rate.
Semoga kita menghargai apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita.
Dari: Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar WAFIQ Pensyarah Fisiologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Alangkah beruntungnya jika diberi peluang menjadi tetamuNya di rumah Allah. Dan pastinya waktu yang ada dihabiskan dengan beribadah kepadaNya tanpa jemu.
Pelbagai pengalaman manis dikutip sepanjang mengerjakan haji atau umrah dan paling tidak disangka apabila menerima hidayah dari Allah. Beruntungnya menjadi insan terpilih jika menerima hidayah dariNya.
Seperti beberapa selebriti kita yang dijemut mengerjakan ibadah haji atau umrah dan apabila pulang terus melakukan penghijrahan dengan menurutp aurat.
Ternyata mereka ini sangat beruntung kerana dibukakan hati oleh Allah untuk terus menutup aurat sebaik balik dari tanah suci Mekah.
Ayuh kita lihat siapa dari kalangan selebriti yang bertuah menerima hidayah dariNya ketika berada di tanah suci Mekah.
Menunaikan haji pada 2007 bersama suaminya dan sekembali dari sana, Siti sudah mula menutup sedikit demi sedikit aurat sebelum memakai tudung secara penuh pada tahun 2013. Dan hingga hari ini penyanyi nombor satu negara ini masih kekal istiqamah. Malah ramai menjadikan dirinya sebagai idola dalam menggayakan fesyen berhijab.
Menerima undangan menjadi tetamu Allah pada tahun 2013 bersama suaminya Noh. Sebaik pulang penyanyi yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi tampil dengan penampilan cukup berlainan. Malah Mizz Nina juga sangat istiqamah dan dia tidak lagi meneruskan aktiviti seni sebaliknya lebih banyak memberikan motivasi dan dakwah dengan cara tersendiri.
Pergi mengerjakan umrah pada hari kedua sambutan Aidilfitri lalu bersama keluarganya. Ramai perasaan dirinya yang sudah berhijab sepenuhnya sebaik pulang dari mengunjungi rumah Allah. Menurut Lisa dia bersyukur dibukakan hati untuk terus menutup aurat dan selesa dengan imaj terkininya.
Mengerjakan umrah bersama suaminya Shuib pada tahun 2018, Sarah akhirnya memberitahu sudah berhijab sepenuhnya. Walaupun sudah berhijab namun tidak membataskan dirinya untuk meneruskan aktiviti dalam bidang seni.
Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarganya, Amyra juga dilihat sudah mengenakan hijab. Dalam satu temubual, Mmyra yang kini sedang hamil anak keduanya memberitahu dia sangat selesa berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Kita doakan semoga Amyra kekal istiqamah dengan penampilannya kini.
Pengacara serta pelawak popular ini juga menerima hidayah ketika berada di tanah suci. Berpeluang mengerjakan umrah bersama suaminya awal tahun ini dan Jihan Muse juga memilih untuk kekal berhijab.
Menerima dugaan apabila anaknya sakit ketika dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun 2018 pada usia 35 tahun. Namun Fouziah dan suaminya tetap meneruskan niat mengerjakan ibadadah haji. Alhamdulillah segala urusannya dipermudahkan dan sebaik pulang, Fouziah juga dilihat terus berhijab. Jika sebelum ini juga banyak wataknya dalam lakonan berhijab dan kali ini dia betul-betul telah mengenakan hijab dengan sempurna.
Bekas juara Akademi Fantasia ini juga turut berhijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada awal tahun ini. Menurutnya kenapa bila di sana kita boleh menutupo aurat tetapi tidak ketika balik. Jadi Mila terus mengambil keputusan berhijab dan minta didoakan agar dia kekal istiqamah.
Satu lagi bekas peserta Akademi Fantasia yang berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah. Nony yang dilihat tidak lagi menayngkan rambutnya dilihat tampil cantik sejak berhijab. Dia yang ke rumah Allah itu pada awal tahun ini mengambil keputusan untuk berhijab dengan sempurna dan mengharapkan dirinya akan kekal istiqamah.
Isteri kesayangan Engku Emran ini yang juga merupakan artis popular Indonesia ini mula berhijab sebaik pulang mengerjakan umah. Niatnya sudah lama untuk berhijab tetapi terus dibukakan hati setelah pulang dari mengerjakan umrah pada tahun 2015. Penghijrahan Laudya mendapat respon baik dari followernya yang berjumlah 28 juta. Suda hampir beberapa tahun berhijab dan kini masih kekal istiqamah.
Bila disebut alkohol, secara automatik kita mentakrifkannya sebagai haram. Ini kerana kita diajar bahawa semua alkohol itu digunakan dalam pembuatan arak. Namun dalam satu perkongsian fb di Bahagian Hab Halal, JAKIM dipetik dari sumber Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menjelaskan perbezaan antara alkohol dan arak perlu kita fahami. Malah ada alkohol khususnya di bawah 1 peratus yang terdapat dalam pembuatan minuman ringan dibolehkan (harus) di minum.
Apakah yang perlu kita tahu?
Adakah alkohol itu arak?
Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol adalah arak. Hukum bagi alkohol yang diperoleh dari proses pembuatan arak adalah haram dan najis.
Adakah ianya memudharatkan?
Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi HARAM diminum dalam bentuk asli kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
Berapakah kadar alkohol yang dibenarkan dalam minuman ringan?
Minuman ringan yang diproses bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah 1 % adalah harus (boleh) diminum.
Apakah hukum minuman yang disuling alkoholnya dari proses pembuatan arak?
Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah HARAM diminum.
Apakah hukum sekiranya alkohol terjadi secara sampingan sewaktu pemprosesan dijalankan?
Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semua jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menggunakan alkohol sebagai penstabil makanan?
Makanan atau minuman yang mempunyai bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5 %.
Apakah pula hukum alkohol yang terdapat pada ubat-ubatan dan minyak wangi?
Ubat-ubatan dan minyak wangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses membuat arak.
Sumber:- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Ikuti info-info Halal Malaysia di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM:-