Susulan tular kejadian tersebut, Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) tampil memberi penjelasan berhubung isu solat sunat Aidilfitri yang terpaksa dilakukan semula pada hari Sabtu lalu.
Imam berkenaan, Mohd Fikir Hamzah menerusi akaun TikToknya pada Ahad mengakui dia adalah imam yang bertanggungjawab hingga solat sunat Aidilfitri di masjid itu menjadi tular kerana terpaksa diulang semula.
Tak Jadi Kesalahan
Dirinya mengakui memang terlupa untuk mengangkat takbir lima kali pada rakaat kedua solat berkenaan namun meneruskan solat sehingga selesai.
Ads
“Selepas beri salam, saya berbincang dengan jemaah di saf pertama dan masing-masing beri pendapat ada yang kata terus khutbah dan ada kata buat solat semula, kemudian saya buat keputusan untuk bincang dengan semua jemaah.
“Saya buat pengumuman solat tadi ada kesilapan, kemudian saya tanya pendapat semua jemaah apakah kita hendak teruskan khutbah atau sembahyang semula.
“Rata-rata jemaah hendak solat semula, jadi saya buat keputusan untuk solat semula,” katanya.
Sembahyang Raya 2 Kali
Dalam masa yang sama, dia menjelaskan berdasarkan hukum juga tidak jadi masalah solat pertama itu sah dan kedua itu juga sah.
Ads
Malahan, dirinya juga telah merujuk guru dan mereka yang pakar dalam bidang ini dan mengulangi solat Aidilfitri itu adalah sah dan tidak menjadi kesalahan.
Imam Beri Penjelasan
“Datang masjid bukan kerana imam, bukan kerana sebab ada ‘aircond’ atau hendak cari kesalahan orang lain,” ujarnya yang turut menasihati umat Islam supaya datang ke masjid kerana Allah SWT.
Di samping itu, Mohd Fikir turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memahami, memuji dan bersangka baik dengan apa yang terjadi.
“Kepada yang komen tak baik dan sebagainya saya dah maafkan, kira-kosong-kosong tIada masalah,” katanya.
Rebutlah peluang untuk mencari Lailatul Qadar dengan melipatgandakan lagi amalan pada 10 malam akhir Ramadan.
Mendapatkan malam Lailatul Qadar menjadi impian bagi setiap mukmin. Mana tidaknya, malam yang lebih mulia dari seribu bulan ini hanya ada sekali dalam setahun.
Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam menyebutkan, “Barang siapa yang terjaga untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar, kemudian benar-benar mendapatkannya, maka dia telah diampuni dosa sebelum dan sesudahnya,” (HR. Ahmad)
Maka sebab itulah kita perlu membuat persiapan bagi ‘menyambut’ kedatangan malam Lailatul Qadar.
Berikut perkongsian Ummu Naufal. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba. Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. BEREHAT DI SIANG HARI
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan! Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan. Aktiviti siang diringankan. Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. BERJAGA WAKTU MALAM
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum.
Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. SIAPKAN RUANG SOLAT
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya. Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita. Subhanallah. Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. TULISKAN DOA
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. TINGKATKAN SEDEKAH
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula. Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. TUTUP TELEVISYEN DAN DISIMPAN SEMUA GAJET YANG ADA
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah. Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Bakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Siapa tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Auranya begitu kuat setiap kali menyampaikan ceramah yang sangat menyentuh jiwa.
Perkongsiannya berjaya menarik ramai penonton untuk sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan.
Bukan sahaja orang dewasa, golongan tua, muda serta kanak-kanak juga turut kusyuk mendengar ilmu disampaikan Ustaz Ebit Lew ini.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook beliau baru-baru ini memuat naik sebuah video pertemuan dengan si cilik yang diuji kudung kakinya sejak lahir.
Dan yang membuatkan pendakwah tersebut kusyuk untuk mendekati kanak-kanak disapa Dhiya ini kerana kusyuk mendengar serta rajin mencatat isi penting sepanjang ceramah anjurannya tempoh hari.
Menurut Ustaz Ebit Lew kanak-kanak istimewa ini tidak memiliki sebarang kekurangan dan begitucantik dan sempurna di sisi Allah.
Malah tambah beliau ujian yang kuat malah diharapkan agar boleh menjadi asbab untuk menjadikannya lebih kuat di masa akan datang.
Pendakwah bebas yang cukup popular di media sosial ini juga turut mendoakan agar kasih sayang antara Dhiya bersama kakaknya yang turut hadir berkekalan hingga ke syurga.
Beliau juga turut menganggap Dhiya seperti anaknya sendiri dan mengingatkan Ustaz Ebit Lew pada anaknya yang berada di rumah. Malah dia turut memberitahu sayang pada Dhiya.
Ustaz juga turut memberitahu, dia melihat ramai orang yang tiada kaki dan tangan tetapi dia boleh mengislamkan ramai manusia dalam dunia.
Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali. Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini.
Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah.
Tersebarnya Islam ke seluruh dunia. Berjuta rahmat yang kau beri pada anak dan ibu bapanya, berilah sedikit rahmat buat diriku. #ProkidsIpoh
Ternyata perkongsian menarik ini turut mendapat respon daripada warganet. Rata-rata netizen sebak mengenangkan ujian terpaksa dihadapi kanak-kanak comel ini
Mereka turut memuji semangat cekalnya dan mendoakan agar adik Dhiya akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Niesa DianaMasyaaAllah, cantik nye adik Dhiya ni. Tenang je tengok muka dia. Kagum dgn adik ni. Such a strong girl. Semoga segalanya dipermudahkan utk Dhiya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?