Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Melalui perkahwinan juga, rumahtangga yang dibina hendaklah berlandaskan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi memastikan hidayah Allah SWT berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini.

Firman Allah SWT:

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ

Maksudnya: (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (Surah Ali Imran:34)

Masa yang sama, matlamat perkahwinan adalah untuk menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri, dan supaya menjadi lebih bertakwa kepada Allah SWT sebagai tuhan yang saya sembah. Dalam permasalahan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ

Maksudnya: Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya” Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218)

Baginda bersabda lagi:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647) Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun dalam mendirikan rumahtangga, ada lelaki yang kurang bertanggungjawab termasuk tular di media sosial lelaki membelasah isteri hingga koma. Sememangnya amat menyedihkan perkahwinan yang dianggap suci dicemari oleh sikap pasangan yang tidak bertimbang rasa. Lebih teruk pasangan melakukan perbuatan kejam hingga membelasah pasangan tanpa berhati perut.

Dalam satu perkongsian Tik Tok atas nama @ziahzara15, adik kepada wanita koma dibelasah suami berkongsi kandungan kakaknya, Jahidah Nordin yang semakin membesar namun dalam masa yang sama, luka di belakang badan kakaknya akibat “bed ridden” juga membentuk luka yang agak dalam. Perkongsian ini mendapat simpati dari masyarakat kerana hampir setengah juta menyaksikan video berkenaan tidak sampai sehari dikongsikan.


Kandungan Makin Membesar, Isteri Koma Dipukul Suami Alami Luka Besar Akibat “Bedridden”

Kandungan Makin Membesar, Isteri Koma Dipukul Suami Alami Luka Besar Akibat “Bedridden”

Dalam pada itu, Fauziah Nordin turut berkongsi luahan rasa di fb miliknya tentang nasib anak di dalam kandungan kakaknya itu.

Seperti yang kita sedia maklum. Kakak saya iaitu Jahidah Nordin telah koma dan mengalami kecederaan kritikal pada otak sehingga sedikit tengkorak kepalanya terpaksa dibuang. Malah mengalami kecederaan pada tulang belakang, rusuk dan bahagian sebelah kiri muka lebam.

Seorang suami sepatutnya menjadi ketua keluarga, menjaga & menyayangi isteri apatah lagi isteri itu sedang hamil.

Tapi apa yang berlaku kepada kakak saya pula sebaliknya. Belum sampai setahun berkahwin suaminya kembalikan kami jasad kakak dalam keadaan koma & mungkin cacat seumur hidup.

Adakah ini yang akan kita perlihatkan kepada generasi akan datang?

Adakah ini yang kita akan perlihatkan kepada zuriat kita? Adakah ini yang kita mahu sampai kan dalam sesebuah keluarga? Sepatutnya kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam perhubungan suami isteri / sebuah keluarga.

Tindakan yang dilakukan oleh suaminya amatlah zalim sehingga kita sendiri tak tercapai dek akal mengapa harus terjadi sedemikian. Sedangkan binatang pun tahu menyayangi sesama mereka. Inikan pula manusia yang berakal.

Kandungan kakak masih kecil namun ianya tetap akan membesar & akan dilahirkan apabila tiba masanya. Tapi dalam keadaan kakak dalam koma, rasa-rasa ibu & anak dapatkah nutrisi yang secukupnya? Si anak anak dipengaruhi oleh pembawakan si ibu kelak.

Adakah ini adil bagi zuriat yang dikandung?

Adakah adil si comel ini menanggung kesengsaraan yang dibina oleh ayah kandung sendiri?
Adakah adil bagi si comel untuk tidak merasa bahagia dalam rahim ibunya sendiri?
Adakah adil bagi si comel Utk tidak mendengar suara ibu kandung nya?
Pabila anak kakak sudah besar, pasti dia akan bertanya di mana ayahnya….
Adakah sanggup untuk kita beritahu yang ayahnya sebabkan ibunya menjadi cacat sedemikian???

Kalau saya, memang takkan sanggup nak beri tahu apa yang terjadi sebab ianya sangat zalim! Tapi adakah hati kita juga akan tenang jika tak beritahu keadaan sebenar sebab satu hari nanti pasti anak itu akan tahu juga kisah mereka.
#HanyaMasaMenentukan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI