--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Kebenaran Khas Solat Jumaat Di IOI City Mall Putrajaya Hanya Sementara

Musolla di IOI City Mall Putrajaya telah diberikan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat bermula pada 6 September 2024.

Kebenaran tersebut diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS), selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut MAIS, kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira lokasi masjid yang agak jauh, selain jumlah pekerja dan pengunjung lelaki beragama Islam yang ramai di pusat beli-belah berkenaan.

Dua masjid terdekat iaitu Masjid Al-Mustaqim, Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda dan Masjid UNITEN, Kajang.

Ads

Kedua-dua masjid tersebut masing-masing terletak kira-kira 7.6 kilometer dan 7.7 kilometer dari IOI City Mall Putrajaya.

BACA JUGA: Tengku Permaisuri Selangor Berangkat Ke Women Summit & Women #QuranHour 2026. Acara Penuh Ilmu Angkat Kekuatan Dan Ketabahan Wanita Sebagai Inspirasi

Ads

Selain faktor jarak, kapasiti kedua-dua masjid berkenaan yang tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai turut menjadi antara sebab kebenaran mendirikan solat Jumaat di musolla pusat beli-belah itu diberikan.

Bagaimanapun, MAIS menjelaskan bahawa kebenaran tersebut hanya bersifat sementara sehingga sebuah masjid baharu berhampiran premis berkenaan siap dibina dan mampu memenuhi keperluan jemaah, termasuk pekerja di pusat beli-belah tersebut.

Ads

Melalui kenyataan medianya, MAIS turut memaklumkan bahawa pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus memastikan pengurusan serta pelaksanaan solat Jumaat di negeri Selangor dijalankan secara teratur dan memenuhi kehendak hukum syarak.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Sultan Selangor tidak memberikan perkenan kepada mana-mana surau atau musolla di pusat beli-belah di Selangor untuk mendirikan solat Jumaat buat masa ini.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Amalan Qailullah Sebelum Zohor, Cara Islam Atasi Burnout Dan Keletihan Mental

Qailullah sebelum Zohor ialah amalan sunnah yang membantu mengatasi burnout, mengurangkan keletihan mental dan meningkatkan fokus, emosi serta kualiti ibadah dalam kehidupan seharian.