Ramai mak ayah mengimpikan anak-anak mereka bijak pandai. Tidak hairanlah sedari kecil, anak-anak sudah dilatih dan didedahkan dengan pelbagai ilmu pendidikan termasuk sentiasa berbual dalam Bahasa Inggeris. Bahkan kita juga sering rasa kagum menyaksikan anak-anak kecil ini petah bercakap dalam bahasa tersebut tetapi sebenarnya untuk mendapat anak genius lagi bijak pandai adalah dengan keadah melatihnya membaca Al-Quran.
Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Semoga anak-anak kita sayang dan cintakan Al-Quran dan tidak terkecuali kita juga.
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke Tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang.
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu.
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib. Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?
Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik.
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri.
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan “melajukan” otak kita. Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya. Walaupun mulanya saya tak berapa faham.
Ads
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar.
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini.
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran. Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya di mana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya.
Ads
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan.
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Ads
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bila mana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.
Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.
Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tingg dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah.
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran.
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad. Sumber :- Bahagian Dakwah JAKIM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Biar macam makcik, asal aurat terjaga.’ Mia Ahmad kuatkan hati, berpakaian kerana Allah. Benarlah berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi dirinya merupakan seorang selebriti pasti setiap apa yang dilakukan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan bertudung labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.
Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila dirinya mengambil keputusan untuk berubah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana Allah.’
“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.
‘Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.
Asal Aurat Terjaga
Malah, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, alasan utama yang membuatkan dia mengubah cara berpakaian adalah untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” ungkapnya.
Mia Ahmad Kuatkan Hati
Luahan hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naik menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya.
Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar Mia Ahmad berpakaian sopan dengan bertudung labuh.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.
Berpakaian Kerana Allah
Reaksi warganet terhadap perubahan Mia:
“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”
“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana Allah SWT. Kita mahu dapat reda ilahi. Semoga Mia terus istiqamah.”
“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”
“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda Allah sayang buat hamba terpilih.”
“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana Allah.”
“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”
Tidak siapa menduga, dek kerana jatuh hati dengan dengan keindahan, keadilan dan sifat sayang yang sangat dititik beratkan dalam Islam, menjadi faktor utama seorang rakyat Amerika mengambil keputusan memeluk Islam.
Apa yang lebih mengujakan apabila, pemuda ini yang bernama Steve dibawa bertemu dengan Presiden Haramain yang juga Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais untuk melafaz dua kalimah syahadah.
“Segala puji bagi Allah. Arab Saudi sentiasa ‘membuka pintu’ untuk sesiapa sahaja, malah Allah juga memberi pelbagai nikmat dan keberkatan khususnya kepada sesiapa yang terbuka hati memeluk Islam.” – Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Malah lafaz syahadah turut dipimpin As Sudais sendiri dan diikuti Steve. Beliau kemudian diterangkan pengertian lafaz syahadah itu. As Sudais kemudian meminta agar Steve diberi minum air zam-zam.
Rakaman video Steve memeluk Islam itu tular di media sosial sejak beberapa jam lalu.
Sebelum itu dikatakan Steve sebelum ini mengakui tersentuh dengan sikap toleransi dan keamanan sesama masyarakat pelbagai bangsa dan agama ketika berada di Arab Saudi.
Steve juga memuji layanan dan hospitaliti Arab Saudi ke atasnya. Dia merupakan pekerja di pejabat pelancongan di Miami, Amerika Syarikat dan berkunjung ke Abha, Arab Saudi bersama rakan-rakannya untuk bercuti.
Secara kebetulan, As Sudais turut berada di kejiranan di mana Steve menginap. As Sudais dilapor bertanya siapakah jiran-jiran sekeliling yang tinggal di sekitar kawasan itu, untuk diberikan air zamzam dan kurma sebagai cenderahati.
Suah menjadi rezeki Steve di Abha, beliau antara penerima hadiah daripada As Sudais, yang disampaikan pegawai penterjemah kepada As Sudais, Saad Al Matrafi.
Steve begitu kagum dan teruja dengan sikap memuliakan tetamu termasuk pelancong sepertinya oleh pihak As Sudais. Steve juga jatuh hati dengan keindahan Islam yang dilihatnya melalui pemberian As Sudais itu.
Sementara itu, Al Matrafi juga adalah individu bertanggungjawab membawa Steve bertemu As Sudais, sebelum lafaz memeluk Islam dibacakan.
“Steve tidak dapat menahan sebak di atas jemputan mengerjakan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi oleh Sheikh Abdul Rahman As Sudais.” – Saad Al Matrafi, Pegawai Terjemahan Sheikh Abdul Rahman As Sudais
Dalam pada itu, As Sudais turut mengarahkan para pegawainya untuk mengiringi Steve ke Makkah untuk menunaikan umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
Setiap kali melontarkan kata-kata ketika mengacara sangat yakin, malah beliau antara pengacara yang dianggap evergreen dan menjadi lagenda dalam dunia penyiaran.
Ramai dalam kalangan penyampai radio atau televisyen masa kini menjadikan dirinya sebagai idola.
Namun setelah berkahwin, beliau tidak lagi aktif dalam dunia pengacaraan dan memberikan sepenuh tumpuan pada keluarga. Tetapi aura personaliti ini memang sangat kuat.
Siapa sangka setelah lama tidak beraksi di kaca televisyen, kini beliau bakal muncul sebagai juri tetap untuk pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista.
Rancangan ini yang julung kali mencari wanita berhijab yang berinspirasi serta boleh dijadikan contoh pada masyarakat.
Muncul sebagai tetamu dalam sidang media Ratu Hijabista semalam sempat bertanya perkembangan terkini beliau dan bagaimana rahsianya mengekalkan kesihan serta kecantikan walaupun sudah berusia 56 tahun.
Ternyata wanita kelahiran Segamat, Johor ini tidak lokek memberitahu aktiviti terkini dilakukan selain fokus sebagai juri tetap dalam program Ratu Hijabista ini.
Menurut Normala kemunculan semula dalam dunia penyiaran setelah sekian lama menyepi adalah dengan keizinan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga.
“Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya banyak mengisi masa senggang bersama keluarga di Perlis.
Melihat kelembutannya, tapi beliau juga sebenarnya amat menggemari aktiviti hiking dan cycling dan akan melakukannya bersama rakan rapat di sana.
Ketika ditanya rahsianya mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri walau sudah separuh abad, Normala memberitahu tiada rahsia atau ayat tertentu yang diamalkan.
“Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang saya amalkan. Cumanya saya juga kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.
“Kalau tak dapat setiap hari, saya akan lakukannya setiap kali lepas solat Subuh, Maghrib atau Isyak.
“Dan antara ayat-ayat yang saya amalkan setiap masa dari pagi hingga ke malam, saya akan amalkan Al-Fatihah, ayat Kursi dan juga 3 Qul.
“Inilah amalan yang saya tak boleh tinggal. Saya juga turut berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah,” ujarnya yang turut mengamalkan solat jemaah terutama Maghrib dan Subuh bersama seluruh ahli keluarga di rumah.
Program Ratu Hijabista adalah hasil kerjasama di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pencarian ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.
Menurut pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihak mereka menyambut baik penganjuran program ini bagi mengiktiraf potensi bakat luar biasa wanita di luar sana.
“Platform pencarian seumpama ini berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Ratu Hijabista yang bertempat di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur.
Selain Normala sebagai juri tetap Ratu Hijabista, selebriti Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersama mengacarakan musim pertama program berkenaan.
Juara Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara dan selempang.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
Malam-malam terakhir Ramadan ini selain mendirikan solat sunat, zikir munajat kita juga digalakkan untuk banyak membaca al-Quran.Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak lancar...