
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli berangkat ke program Women Summit & Women #QuranHour 2026 yang berlangsung dengan penuh barakah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.
Keberangkatan baginda bukan sekadar memenuhi jemputan, malah merupakan satu sokongan padu institusi Diraja terhadap usaha memperkasakan golongan wanita melalui pendidikan al-Quran, pembangunan karakter serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
BACA JUGA: Maal Hijrah Bukan Sekadar Tahun Baharu, Ini Cara Ubah Diri Di Tempat Kerja Baharu
Ketibaan baginda disambut hangat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, serta Presiden Alliance of Professional Women for Contemporary Quranic Practices (ApWCQP), Dr. Fauziah Mohd Hasan.
Mengetengahkan tema yang sangat menyentuh jiwa iaitu ‘Women of Grit’ (Wanita yang Berdaya Tahan), program kali ini mengangkat kisah ketabahan luar biasa para wanita di Palestin, khususnya di semenanjung Gaza.
Walaupun berdepan dengan ujian getir, peperangan dan kemusnahan yang tiada henti, wanita-wanita hebat di bumi para anbiya’ ini tetap teguh mempertahankan keimanan, institusi kekeluargaan serta pendidikan anak-anak mereka. Kekuatan inilah yang mahu dijentik ke dalam sanubari wanita Muslimah di Malaysia.
Menurut Pengarah Program, Gharizah Hashim, ‘Women of Grit’ mendidik golongan wanita untuk membina kekuatan dalaman, minda dan karakter yang kukuh berlandaskan petunjuk al-Quran.

Antara yang menjadi asas rujukan dalam slot tadabbur adalah dan Surah Al-Muzzammil (ayat 1-8 dan ayat 20) Surah An-Nisa’ (ayat 34-36).Sesi tadabbur tadi telah diketuai oleh Qari Ustaz Tirmizi Ali dan pentadabbur Tuan Fazrul Ismail.
Selain mengangkat kisah wanita Palestin, program ini turut mengajak para peserta menyelami dan mengambil iktibar daripada kisah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta Rasulullah SAW ini merupakan contoh terbaik seorang wanita yang menjadi sumber ketenangan, penasihat bijak dan tiang kekuatan utama dalam mendepani cabaran hidup yang serba mencabar dan kompleks.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?







