Pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim sememangnya memberikan seribu duka bukan sahaja keluarganya tetapi seluruh rakyat Malaysia. Selepas bertarung nyawa selama 20 hari, akhirnya Adib dijemput pergi oleh penciptaNya.

Namun ada yang bertanya apakah kematian Muhammad Adib dikira syahid? Ikuti penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.


Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan dengan menta’yin seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah SAW atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya. Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, kita berdoa agar Muhammad Adib dikurniakan kemuliaan seorang syahid.

Dalam hal ini, kami mendalilkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya“Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (653)

Imam al-Tabrizi dalam menjelaskan hadis ini berkata: Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) ialah orang yang ditimpa binaan atau dinding kemudian mati kerananya. (Lihat Mishkat al-Mafatih, 11/218)

IKLAN

Maka dalam isu seperti ini, kami qiyaskan dengan sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) iaitu orang yang mati kerana dihempap atau ditimpa runtuhan. Sahib al-hadmi (صَاحِبُ الْهَدْمِ) di sini juga sama apabila dihentam, dipijak dan sebagainya.

Selain itu, beliau ini mati kerana mempertahankan dirinya sendiri. Oleh itu beliau termasuk dalam hadis sepertimana yang diriwayatkan daripada Sa’id bin Zaid R.A, sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ

Maksudnya“Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia mati syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid.”

Riwayat Ahmad (1652), Abu Daud (4772), al-Nasa’ie (4095)  dan al-Tirmizi (1421). Tirmizi berkata: Hadis hasan sahih.

IKLAN

https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1785237371587121/

Imam al-Munawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata: Syahid di sini ialah syahid akhirat, bukanlah syahid dunia (di mana ia tidak perlu dimandikan, disolatkan dan sebagainya). (Lihat Faidh al-Qadir, 6/195)

Syeikh Syams al-Haq al-‘Azhim Abadi: Syahid tersebut bermakna syuhada’ akhirat iaitu baginya pahala syahid. (Lihat ‘Aun Al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, 9/2063)

Wajh istidlalnya adalah pada “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan dirinya, maka dia mati syahid” (وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ). Begitu juga beliau telah mempertahankan harta orang ramai, maka ini termasuk dalam pengertian Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia mati syahid” (مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ).

IKLAN

Allahyarham bukan sahaja menjalankan tugas dengan penuh keberanian, tetapi beliau cuba memadam api yang sedang marak. Malangnya api kemarahan singgah pada batang tubuhnya. Semoga syahid menjadi miliknya dan semoga Allah mencucuri rahmatnya. Amin.

Kita adalah hamba Allah dan kepada-Nya lah kita kembali. Kami katakan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW:

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: 156)

Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan BERNAMA

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI