Laman sosial bukan sahaja menjadi medium untuk mencari kenalan yang sudah lama terpisah dalam mengeratkan lagi tali silaturrahim, tetapi boleh juga dijadikan tempat untuk bertemu jodoh.
Seperti kisah pasangan pengantin baru, Mohamad Khalies Hami Hamzah dan juga pasangannya seorang mualaf, Giovanna Khadija.
Siapa sangka perkenalan yang tercetus antara keduanya di laman Instagram akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Dikatakan Mohamad Khalies Hami Hamzah telah menghantar mesej ucapan tahniah kepada Giovanna Khadija kerana telah memeluk Islam.
Bermula dari saat itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan empat bulan kemudian Khalies mengambil keputusan melamar Giovanna menjadi isteri.
Mimpi beristerikan wanita Itali
Dalam artikel di Harian Metro, Mohamad Kalies ketika dihubungi berkata dirinya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali berkenaan.
“Saya sendiri pun tidak sangka, isteri menerima lamaran saya dan memilih tarikh berkahwin pada 14 Februari sempena tarikh hari pertama dia menjejak kaki ke negara ini pada tahun lalu.
Ads
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Giovanna Khadija juga sekarang dalam proses mendalami ilmu agama bersama saya.
“Sejak daripada awal perkenalan kami di IG , saya membantu dia mendalami ajaran Islam termasuk membaca al-Quran,” katanya.
Tanggungjawab besar & amanah Allah
Dia berkata, isterinya itu kini sudah menghafal lebih 10 surah lazim selain sedang menghafal surah al-Mulk.
“Giovanna Khadija sekarang membaca Iqra lima serta dalam proses mengenal bacaan al-Quran selain sudah pandai menunaikan solat dengan sempurna.
“Ditakdirkan berkahwin dengan saudara baru ialah tanggungjawab yang besar dan ia sebagai amanah Allah kepada saya.
Ads
“Sebagai suami, saya akan pastikan isteri mendapat didikan agama yang sebaik mungkin selain kasih sayang sepenuhnya,” katanya.
Sementara itu, Giovanna Khadija berkata, dia berasa selesa dan yakin dengan keikhlasan suaminya sehingga mendorongnya menerima lamaran itu.
“Pada mulanya saya juga berasa berbelah bahagi untuk berkahwin pada usia 25 tahun selain masih ingin melanjutkan pengajian ke bidang Doktor Falsafah (PhD).
“Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan suami, hati saya tersentuh.
“Paling penting suami seorang yang kuat pegangan agama seterusnya diyakini mampu membimbing saya mendalami Islam dengan baik,” katanya.
Ads
Walaupun sudah berkahwin tapi akan capai cita-cita sambung pengajian ke PhD
Menurutnya, dia bercadang untuk menetap bersama suaminya di negeri ini sehingga menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Libre De Bruxelles, Belgium.
“Walaupun sudah berkahwin, saya tetap akan mencapai cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD dan bersyukur kerana suami memahami dan merestuinya,” katanya yang menggemari nasi lemak.
Mohamad Khalies yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu selamat dinikahkan dengan Giovanna Khadija Wolswijk, 25, dari Itali dengan sekali lafaz oleh jurunikah, Datuk Ismail Ali di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT pada 14 Februari lalu.
Perkahwinan itu disaksikan ahli keluarga Giovanna Khadija iaitu ibu, Hendrina Johanna Van Middelkoop, 62, dan bapa, Theodorus Wolswijk, 62.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syukur kepada Allah kerana umur kita disampaikan kepada bulan Syawal. Setelah satu bulan penuh mendekatkan diri kepada Allah SWT, semoga semangat ibadah kita di bulan Syawal ini tidak menurun. Yang fardu dan yang sunah tetap dikerjakan.
Umum mengetahui sunnahnya puasa enam hari di bulan syawal. Walau bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa berkahwin di bulan Syawal juga merupakan amalan sunnah.
Pada dasarnya perkahwinan tidak terikat dengan waktu tertentu. Bila-bila sahaja boleh berkahwin, hari apapun dan bulan apapun seseorang boleh berkahwin.
Ini kerana dalam aqidah Islam tidak ada yang namanya hari dan bulan buruk, hari dan bulan sial untuk sebuah perkahwinan. Semua waktu adalah baik.
Berikut perkongsian daripada Dr. Kamilin Jamilin
Adakah Berkahwin Pada Bulan Itu Sunnah Yang Dianjurkan?
1. Ramai yang beranggapan bahawa bernikah pada bulan Syawal merupakan tuntutan sunnah dan ajuran syarak berdasarkan hadis berikut:
قالت عائشة: «تزوَّجني رسول الله صلى الله عليه وسلم في شوال، وبنى بي في شوال، فأيُّ نساءِ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم كان أحظى عندهُ منِّي؟»، قال: «وكانت عائشةُ رضي الله عنها تستحبُّ أن تُدخلَ نساءَها في شوالٍ».
Kata ‘Aisyah RA: “Rasulullah SAW menikahiku di bulan Syawal, dan mengadakan malam pertama denganku di bulan Syawal. Isteri manakah yang lebih mendapat perhatian baginda selain dariku?”.
Salah seorang perawi mengatakan: “Aisyah menyukai jika suami melakukan malam pertama di bulan Syawal” [riwayat Muslim].
2. Hakikatnya jika kita melihat teks hadis, tiada tuntutan khas dari Rasulullah SAW sendiri untuk membina rumah tangga pada bulan Syawal mahupun mana-mana bulan lain. Dalam hadis tersebut, ‘Aisyah RA hanya menceritakan tentang waktu pernikahannya dengan baginda sahaja dan menyukai wanita lain berkahwin pada bulan yang sama beliau dikahwini baginda kerana karakternya yang begitu berbangga akan hubungan eratnya dengan suami tercinta.
3. Sekiranya hanya kerana kelangsungan perkahwinan baginda dengan ‘Aisyah RA pada bulan Syawal boleh dihukum sunnah, nescaya kita perlu mensunnahkan juga perkahwinan pada bulan-bulan lain, kerana perkahwinan baginda dengan para isterinya yang lain tidak terhad pada bulan Syawal semata, bahkan pelbagai bulan lain mengikut persefahaman dan keadaan.
Ada isteri baginda yang dikahwini pada bulan Muharram, Sya’ban dan Dzul Qe’dah.
4. Jika kita melihat konteks hadis pula, masyarakat arab pasca Jahiliyyah dahulu sememangnya dipenuhi unsur khurafat dalam kepercayaan mereka, sehingga mereka tidak menggemari perkahwinan pada bulan Syawal kerana dianggap membawa sial. Justeru Rasulullah SAW mahu memecahkan tradisi karut ini dengan berkahwin pada bulan Syawal.
5. Maka yang sunnah itu ialah berkahwin di kala sudah memiliki kemampuan, sedangkan berkahwin pada bulan Syawal itu menjadi sunnah jika masih ada di kalangan masyarakat setempat yang memiliki kepercayaan seperti masyarakat Jahiliyyah dahulu. Dalam erti kata lain, berkahwin pada mana-mana bulan yang dianggap memiliki kepercayaan mengarut oleh masyarakat setempat merupakan anjuran sunnah demi meluruskan tauhid masyarakat.
Jika tiada, maka tiadalah signifikannya.
Sumber Kredit: Dr. Kamilin Jamilin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Biarpun jenama terkenal, pempengaruh Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi tahu mana yang terbaik buatnya sebagai muslim.
Tak Hormat
Apa yang dilalui personaliti media sosial ini juga antara diskriminasi ke atas wanita yang berhijab. Biarpun Maryam seorang mualaf dan baru saja mengenakan tudung, dia tegas dengan pendirian dan kecewa dengan insiden yang telah berlaku.
Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang (mereka) cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot itu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakhbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus.
Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu walaupun highly known brand di Malaysia tapi the mindset is like Where is your respect? Do you think money can buy everything?
You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi 100k ke 1 juta ke there is no reason saya kena buka tudung.
Sekarang 2023 pun still happen ye situation macam ni?
Sampai sekarang saya tak percaya this happened to me..
Saudara Baru’ Buka Tudung
Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya.
Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit. Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman.
Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation…
Maryam Reject Photoshoot
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, aurat adalah anggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh seorang lelaki mahupun wanita kepada orang lain.
Dalam erti kata mudah, aurat bermaksud sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.
Dalam Surah al-A’raf (26), Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.
‘Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
Duit Bukan Segalanya
Amat menyedihkan pabila terdapat sebilangan orang yang menyebarkan fahaman bahawa menjaga aurat itu memundurkan masyarakat.
Malahan, menjaga aurat itu seolah-olah seolah-olah ‘undang-undang paksaan’ yang tidak adil bagi wanita dan menyekat kebebasan hak individu.
Luahan Maryam ini mendapat pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya menyokong tindakannya:
kanisahkamarudin
What a shame brand tu! Mariam saudara baru pun tergamak suruh buat macam ni. Please reveal the brand Maryam, baru dia tahu macam mana rasa kena banned!!
faizaltahir
Subhanallah Allahuakbar. May Allah protect and guide you and the family always and may you be given strength in imaan. Amin Ya Allah.
nurhayatiishak
Dulu saya suka maryam sikit-sikit saja. Sekarang saya suka maryam banyak. Walaupun Maryam mualaf tapi Maryam lebih bijak dari selebriti perempuan Melayu Islam.
tiyahayati
Bagus!! Salute @maryamyunrrr ada pendirian and harga diri. Tak tamak dan jaga dignity especially industry yang sering ada isu exploitation due to lack of regulation.
ombak_rindu35
Buat kerana Allah inshaAllah di mudahkan. Alhamdulilah Maryam…
Kashoorga: Semoga Allah mempermudahkan urusan Maryam sekeluarga.
Assamualaikum WBT. Saya ada situasi yang menjadi kemusykilan.
Situasinya ada 4 orang kawan lepak minum di kedai mamak. Bila nak bayar, mereka main osom. Siapa kalah kena bayar. Soalan saya:
1) Adakah itu dikira berjudi?
2) Makanan/minuman yang kita minum itu dikira jadi haram ke?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد Perbuatan judi ialah suatu perbuatan atau permainan yang mempunyai unsur pertaruhan wang, adu nasib serta menzalimi satu pihak dan menguntungkan satu pihak yang lain.
Berkenaan persoalan tuan, perbuatan tersebut adalah judi dan dikhuatiri makanan tersebut boleh menjadi haram.
Walaupun penyertaan dalam situasi tersebut kelihatan tiada yuran atau kos hadiah tapi hakikatnya kedua-dua pihak berpotensi mengalami untung dan rugi iaitu dibebani atau tidak dibebani dengan kos makanan yang belum diketahui jumlahnya.
Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk makanan tersebut, hanya yang kalah akan terkena.
Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram. Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah tanpa mengira kalah atau menang, orang lain tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal kerana tiada kebarangkalian untuk seseorang di antara mereka untung dan rugi.
Soalan dan jawapan kemusykilan agama ini dipetik dari laman web Mufti Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah walaupun mereka tidak memahami setiap apa yang dibaca daripada al-Quran...