Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas Al-Quran dan Hadith, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.
Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647)

Dalam membina alam perkahwinan, ramai pasangan mengimpikan hidup bersama hingga ke hari tua. Namun sesetengah impian ini berakhir dengan derita kerana ada begitu banyak “perbezaan pendapat” hingga masing-masing membawa haluan sendiri. Dan lebih malang, kerana “kesilapan menilai perasaan” yang menganggap semuanya dianggap “biasa” hingga ia membunuh perasaan itu sendiri.

Kenapa Lepas Bercerai Baru Nampak Baik Pasangan? Kaunselor Kongsi “Kesilapan Menilai Perasaan” Buat Ramai Suami Isteri Merana
Kaunselor rumahtangga, Fadzli Aziz

Satu perkongsian dari kaunselor rumahtangga, Fadzli Aziz yang juga penulis buku Bukan Sekadar Cinta berkongsi kenapa ada pasangan setelah bercerai barulah sedar dan nampak kat mana baiknya pasangan?

Ikuti perkongsiannya dan semoga kita sentiasa memikirkan kebaikan pasangan sebelum terlambat.

Ibarat seluar yang berpoket.

Senang betul seluar yang ada poket. Boleh letak duit dan telefon. Pernah tak kita rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada tukang jahit kerana wujudnya poket?

Tak pernah kan.

IKLAN

Kenapa?

Kerana pada kita seluar ni mesti ada poket. Wajib. Common sense.

Apabila kita rasa ianya common, maka kita jarang mensyukurinya. Kita hanya menikmati kebaikannya.

Apabila poket itu koyak dan tak boleh diguna, barulah kita rasa betapa bertuahnya selama ini seluar kita berpoket.

Begitu juga dalam rumahtangga.

Keterbiasaan membunuh perasaan.

IKLAN

Selama berkahwin kita menikmati kebaikan pasangan tanpa kita menghargainya.

Yang kita nampak adalah keburukkannya. Keburukan yang disimpan setiap hari dalam hati.
Yang terkumpul dan membarah dalam diri kita.

Lalu dengan sebab keburukan ini kita berpisah dengan pasangan kita.

Bila dah berpisah baru lah tersedar.

Berpisah kerana keburukan pasangan juga bermakna kita juga akan berpisah dengan kebaikannya.

IKLAN

Ramai yang ingat apabila berkahwin baru maka dia akan hanya top up sahaja dengan kebaikan baru yang ada pada pasangan baru.

Yang mana kebaikan lama akan terus dinikmatinya bersama pasangan barunya.

Tetapi dia lupa yang kebaikan lama juga telah tiada kerana ada pada bekas pasangannya.

Pasangan baru bermula baru.

Belum tentu kebaikan yang ada pada pasangan lama akan ada pada pasangan baru

Maka sebab itu ada pasangan yang rindukan ex-nya walaupun dah berkahwin baru.

Maka dibanding-banding pula dengan yang lama.

Akhirnya tiada berkesudahan masalah rumahtangga …

Wallahu aalam
Fadzli Aziz

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI