Tidak dinafikan laman sosial Facebook menjadi medium terbaik untuk menyampaikan ilmu dakwah kepada orang ramai.

Apatah lagi di musim PKPB ini ramai yang meghabiskan masa dengan gajet sama ada untuk mendapatkan ilmu, mengaji atau melakukan aktiviti berfaedah lain.

Salan salah satu perkongsian menarik adalah dari Ustazah Huda Yaacob yang berkongsi bagaimana kita untuk mendapat pengakhiran yang baik nanti.

Menurutnya amalan ini diajar oleh baginda Nabi Muhamnmad SAW yang akan menjadi asbab matinya seseorang itu dalam keadaan husnul khatimah sebagai ahli syurga.

Dia menyarankan untuk membaca Sayyidul Istighfar iaitu ucapan keampunan dan boleh dijadikan amalan seharian setiap kali selepas solat Subuh dan solat Asar.

Kita semua ada impian untuk kembali mengadap Allah ta’ala dalam pengakhiran yang baik kan?

IKLAN

Ada satu amalan yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad ﷺ yang akan menjadi asbab matinya seseorang itu di dalam keadaan husnul khotimah (kematian yang baik sebagai ahli Syurga).

Iaitu SAYYIDUL ISTIGHFAR

Apa itu Sayyidul Istighfar? Ia adalah penghulu kepada ucapan keampunan iaitu ucapan keampunan yang paling terbaik yang diajarkan oleh Nabi ﷺ untuk dijadikan sebagai amalan rutin harian. Hal ini ada dinyatakan oleh Nabi ﷺ di dalam hadith yang sahih :

وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang menyebutnya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum petang, maka dia tergolong dalam penghuni syurga. Sesiapa menyebutnya pada malam hari pula dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum subuh, maka dia juga tergolong dalam penghuni syurga.” (HR. al-Bukhari )

Justeru, marilah bersama kita berusaha untuk baca, hafal dan amalkan setiap kali selepas solat subuh dan selepas solat asar. Usahalah untuk baca dan amal. Jika tidak mampu hafal diperingkat awal tidak mengapa, Insyaa Allah jika hari-hari dibaca PASTI akan terhafal dengan sendirinya.

Moga Allah makbulkan impian kita semua untuk kembali mengadap-Nya dalam keadaan baik, bersih dan suci dari dosa. In shaa Allah. Aamiin.

#ISTIQOMAH_ZIKIR_PAGI

Salam Cinta,
Ustazah Huda.
Syukur Kunci Bahagia.