Andainya pasangan yang bertunang telah memutuskan pertunangan adakah boleh masing-masing kedua belah pihak meminta kembali hadiah pertunangan yang telah diberikan tempuh hari seperti gelang dan cincin dan kasut dan bag tangan dan kek atau seumpamanya?
JAWAPAN :
Jika berlaku putus tunang dan masa bertunang masing-masing saling memberikan hadiah nescaya tidak boleh lagi diminta kembali hadiah yang telah diberi itu dan hukum meminta kembali hadiah yang telah diberikan kepada orang itu adalah haram.
Ada pun harta yang diberi pinjam ketika dalam pertunangan maka yaitu wajib dikembalikan.
Ads
Ada pun pihak yang menerima hadiah tidak wajib mengembalikan hadiah tersebut kerana telah menjadi milik nya.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ورأى الشافعية والحنابلة: أنه ليس للخاطب الرجوع بما أهداه؛ سواء أكانت موجودة أم هالكة لأن للهدية حكم الهبة ولا يجوز عندهم للواهب أن يرجع في هبته بعد قبضها إلا الوالد فيما أعطى ولده
Ads
Ertinya : “Dan pendapat mazhab Syafie dan Hanbali sungguhnya tidak boleh bagi pihak yang melamar meminta kembali akan hadiah yang telah dia berikannya samada hadiah itu masih wujud atau telah rosak kerana sungguhnya hadiah itu sama hukumnya dengan hibah. Dan tiada harus disisi mereka orang yang telah memberi sesuatu meminta semula pemberiannya selepas dari diterima oleh pihak yang diberikan melainkan pada masalah bapa memberikan kepada anak.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
KESIMPULAN
Ads
Jika masa bertunang saling memberikan hadiah maka apabila putus tunang tidak harus meminta kembali hadiah yang telah diberi.
‘Hati bergetar pertama kali jejak masjid.’ Hidup billionaire muda ini berubah selepas peluk Islam. Jika dahulu hidupnya terlalu leka dengan duniawi, kini hidupnya lebih terarah kepada akhirat.
Jika dahulu wangnya dihabiskan untuk wanita dan keseronokan yang melalaikan, sekarang Alfie Best Jr lebih gemar luangkan masa untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.
Baru-baru ini wargamaya dikejutkan dengan berita pengislaman, Alfred William Best atau Alfie Best Jr., seorang usahawan muda Britain dan merupakan anak kepada jutawan Alfie Best Sr.
Tindakan dia memuat naik ayat dan gambar aktiviti seperti seorang Muslim membuatkan ramai netizen membuat spekulasi.
Dalam satu hantaran di media sosial miliknya,
“Apa sahaja yang saya lakukan, niat saya adalah untuk menjadi YANG TERBAIK!!!’. Jika Tuhan memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh disalah anggap. Siapa pun Dia sesat, tiada siapa yang boleh bimbing,” tulisnya.
Pertama Kali
Jelas Alfie Best Jr. ketika ditemubual beberapa agensi luar negara, hidup dan hatinya terasa lebih tenang serta terisi setelah memeluk agama Islam.
Menurutnya, dengan kekayaan keluarganya, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan, tetapi Alfie Best merasakan ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya.
Alfie Best Jr., seorang ahli perniagaan yang berjaya dikenali di England, juga dikenali sebagai seorang Muslim yang taat. Lelaki yang dilahirkan pada tahun 1986 itu adalah anak kepada ahli perniagaan British terkenal, Alfie Best Sr.
Alfie memulakan perniagaannya dari sebuah kedai telefon pada tahun 1990 dan kini merupakan salah seorang individu terkaya di UK. Alfie Best Jr. menguruskan perniagaan hartanah, tempat letak kereta, dan pelaburan kewangan keluarganya.
Kekayaan bapanya dianggarkan bernilai sekitar £ 740 juta. Walaupun kekayaan empayarnya, perniagaan Alfie bernilai sekitar £ 1.2 bilion dan dia tinggal di sebuah rumah agam £ 6 juta di Surrey.
Perniagaan keluarganya, Wyldecrest Parks, adalah salah satu syarikat yang berkembang di UK. Menurut laporan, pada tahun 2019, Sunday Times memasukkan Alfie dalam senarai orang terkaya di Britain.
Minatnya terhadap Islam mula timbul apabila dia pergi bercuti bersama rakan-rakannya. Pada ketika itu, ibu kepada seorang rakan mahu mengucap syahadah di sebuah masjid di tengah London.
Kerana ingin tahu, Alfie menghadiri upacara tersebut dan siapa sangka momen tersebut menerbitkan minat yang mendalam terhadap Islam.
Perasaannya bertambah kuat apabila menjejakkan kaki masjid, hatinya benar-benar bergetar dan perasaan itu tak pernah dirasai sebelum ini.
Ketika Alfie Best Jr. memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah, imam bertanya apakah asbab utama dia memeluk Islam. Ini pengakuannya,
“Jawapannya mudah, hanya Allah sahaja yang boleh menjawab soalan itu. Dia yang datangkan hidayah. Saya tidak pernah rasa perasaan sebegini sepanjang hidup saya.
Dia mengaku, sebelum memeluk Islam, hidupnya kosong. Hari-harinya dipenuhi dengan maksiat, minum arak, dikelilingi wanita, hidup serba mewah.
Tetapi kini Alfie Best Jr. cukup berbeza setelah bergelar Muslim, semuanya telah bertukar menjadi 180 darjah. Menurut jutawan ini, Islam telah menjadikan hidupnya jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Kini, Alfie Best Jr. aktif dalam kerja-kerja amal dan membantu orang yang memerlukan. Pada tahun 2018, Alfie Best Jr telah pergi umrah ke Makkah untuk menunaikan haji.
Dalam masa yang sama, Alfie Best Jr. kerap memuat naik gambar dirinya melakukan ibadah di media sosialnya. Kehadiran Alfie Best Jr. sebagai seorang Muslim yang berjaya dalam dunia perniagaan memberi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya umat Islam.
Alfie Best Jr. membuktikan bahawa menjadi seorang Muslim yang taat tidak menghalang seseorang daripada mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan.
Kashoorga: Semoga terus melakukan kebaikan dan membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Insyallah.
Ibu adalah insan yang perlu kita sayangi hingga ke akhir hayat. Selagi dia hidup, selagi itulah sebagai anak kita perlu membahagiakan dirinya.
Bukan hanya beri wang ringgit, sebaliknya cukuplah sekadar mencurahkan kasih sayang sewajarnya. Memastikan dirinya mempunyai tempat tinggal yang selamat, sempurna dan boleh didiami hingga hujung nyawanya.
Namun ada segelintir masyarakat hari ini sewenang-wenangnya membiarkan ibu mereka ini tanpa kasih sayang dan penjagaan secukupnya. Dalam usia masih tua sanggup membiarkan mereka bekerja tanpa ada rasa kasihan.
Mungkin ada sebab anak-anaknya memperlakukan ibu mereka begitu dan salah satunya disebabkan taraf kehidupan atau sebab lain.
Seperti perkongsian lelaki ini yang dilaman sosial twitter menggunakan akaun nama @AizatAzroy menceritakan kisahnya yang menolong seorang warga emas untuk pulang ke rumahnya.
Dari cerita makcik itu, dia mempunyai seorang anak perempuan tetapi tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga. Lalu mengambil keputusan hidup sendiri dengan kudrat yang dia ada bekerja untuk menampung hidup.
Aku terjumpa makcik ni dia mintak tumpangkan dia balik rumah. Apa yang aku nak cerita bukan nak tunjuk aku baik tpi nak share biar jadi pengajaran untuk semua.
Aku jumpa makcik dekat jalan besar menghala johbase. Dri jauh nampak dia nak pitam. Terhuyung hayang berjalan sambil bawak barang barang rumah. Dlam plastik tu aku nampak biskut kering dgan teh serbuk. So aku follow slow blakang dia tkut jadi apa apa.
Dalam otak nak biarkan je makcik ni. Bukan masalah aku kan. Tpi hati ni tk sampai hati nak biar. So aku stop aku tanya makcik nak pegi mana. Dia cakap dia nak balik rumah dekat yap tau sah. Aku tak cakap banyak suruh dia naik lori aku.
Dalam perjalanan tu makcik ni cerita lah kenapa apa terjadi. Makcik tu ckap dia tk sihat dah 2 hari tapi terpaksa jugak kerja. Makcik ni kerja basuh pinggan je dekat bandar dekat dgan flat. Gaji pon rm20 sehari. Aku nk hantar dia pergi hospital dia cakap taknak.
So dia mintak aku belikan minyak cap kapak je. Time nk turun pegi kedai dia hulur aku duit rm20 sekeping duit gaji dia harini. Ya Allah sedih. Aku ckap tkpe la makcik. Dia seboleh boleh nk bg aku duit tu. Lepas beli aku bg dia. Dia tk berhenti ckap trima kasih.
Dia cakap cukup lah dengan minyak kapak ni makcik berubat. Esok elok la ni. Aku tanya la kt makcik tu. Anak tkde ke makcik. Dia ckap ada sorang. Tpi perempuan. Dia mcm berat nak cerita kat aku. Aku pon diam jela. Tapi lama jugak dia diam. Bru dia start cerita.
Anak perempuan dia ni dah berkahwin. Tpi tk pernah tgok dia kt rumah. So basically makcik ni hidup sorang. Makcik tu ckap rumah anak dia dkt kluang jugak. Tpi dia tknak dtang sana sebab tknak kacau anak dia dgan suami dia.
Dia cerita yang bil air rumah dia duduk sekarang baru kena potong . Sampai roundabout yap tau sah aku tanya mana rumah makcik. Dia ckap rumah dia dekat jalan sawi tpi dekat hujung sungai. Dalam hati aku. Mana ada rumah dekat situ
So dia tunjuk la jalan rumah dia. Memang hujung sungai eh rumah dia. Jalan boleh muat 1 lori aku je ni haa. Makcik tu cakap ni rumah pprt. Sampai dekat jambatan je boleh muat lori aku. Aku tk dapat hantar makcik ni sampai rumah dia.
Makcik tu cakap tkpe. Smpai sini pon dah ckup. Dia berterima kasih dgan aku sepanjang perjalanan tu. Aku nak hulur duit dekat makcik ni. Dia tolak. Dia yg nk bg duit kat aku ada laa. Haha semoga dipermudahkan urusan ye makcik. Aminn
This is first time aku sendiri jumpa orang mcmni. Selalu aku tgok dalam drama tv je hidup mcm makcik ni. Tpi Allah nk tunjuk dekat aku. Aku bersyukur sebab walaupun aku dah tkde mak ayah. Dapat bantu makcik tu pon dah lega.
So hargailah mak ayah korang ye. Jangan time claim harta bru korang sibuk nak balik rumah tgok mereka. Doakan jugak dkat arwah mama dan pap aku. Al fatihah untuk semua. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari manusia tu sendiri. Wallahualam.
SubhanaAllah. I dont expect this thread will blow up. Tkde ape nak promote. Just doakan aku dapat tunaikan impian solat di semua masjid di Johor. Aminn
Ternyata perkongsian ini mengundang simpati warganet. Posting ini telah diretweet hingga lebih 10 ribu dan 13 ribu butang like. Masing-masing memuji sikap lelaki ini yang membantu makcik berkenaan.
Sumber :Twitter Aizat Azroy
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Pakai baju lengan pendek, cover dengan handsock.’ Berfesyen jangan sampai terdedah aurat. Begitulah menjadi seorang wanita bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi dalam menjaga aurat.
Tetapi ketahuilah bahawa suatu hari nanti, kita akan merasa bersyukur kerana banyak pahala yang Allah anugerahkan buat wanita yang sentiasa menjaga aurat.
Di dunia mungkin terasa susah mahu tutup sana, sini tetapi di akhirat mereka wanita-wanita penghuni syurga. Insyallah.
Apakah hukum pakai handsock atau sarung lengan yang ketat bagi menutup aurat dengan sempurna?
Kongsi Ustaz Azhar Idrus melalui ceramahnya, memang menjadi kebiasaan kaum wanita mengenakan sarung lengan di sebelah dalam lengan baju kurung.
Di bahagian luar memang terdapat lengan baju kurung yang longgar dan menutup aurat, kemudian wanita tambahkan pula memakai sarung tangan yang agak ketat di bahagian dalam.
Jadi di sini persoalannya, adakah memakai sarung lengan yang ketat sudah mencapai tahap menutup aurat dengan sempurna.
Jawapannya, jika wanita tersebut pakai baju lengan panjang, aurat perempuan menurut Mazhab Imam Shafie adalah seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Disini, bila seorang wanita memakai baju kurung, berlengan panjang sudah dikira menutup aurat. Dalam masa yang sama, jika dia memakai stokin lengan di sebelah dalam, paling baik stokin lengan tadi wajib ditutup dengan pakaian yang longgar.
Tetapi jika berdepan dengan situasi sebegini, katakan seorang wanita ingin mengambil barang di tempat yang tinggi seperti di kedai. Kemudian lengan baju kurung terselak dan menampakkan stoking lengan yang ketat di bahagian dalam. Hukumnya di sini dimaafkan.
Berbalik kepada situasi yang tidak boleh atau dibenarkan memakai stoking lengan yang ketat adalah apabila seorang wanita memakai baju lengan pendek kemudian mengenakan stokin yang menampakkan bentuk lengan dari awal. Jadi hukumnya haram.
Oleh itu bagi lelaki ajnabi yang melihat wanita dalam keadaan ini, wajib palingkan pandangan.
Kashoorga : Sebagai wanita jagalah aurat sebaik mungkin, insyallah besar ganjarannnya.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.