‘Kesabaran isteri diuji ketika suami sakit.’ Daya ingatan kurang selepas 24 hari koma, suami seperti ‘bayi’ dan tidak mampu ingat walaupun isterinya sendiri.

Bukan sesuatu yang mudah apabila pasangan kita jatuh sakit, hidup akan berubah secara total apa lagi suami yang selama ini yang menjadi tempat bergantung lemah tak berdaya.

Bukan saja isteri perlu mencari sumber pendapatan, malahan menguruskan suami yang sakit bukanlah perkara yang mudah untuk ditelan. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.

Artikel Berkaitan:

10 Tahun Hidup Berdua! Azmi Saat Bakal Timang Cahayamata, Doakan Pasangan Lain Diberi Kesabaran Jika Diuji Belum Ada Anak

Kesabaran Isteri

Kesabaran seorang isteri diuji ketika suami sakit dan itu dilalui wanita ini yang tabah melayani kerenah suaminya yang mengalami kurang daya ingatan selepas koma 24 hari pada Mei lalu.

Zainab Zainun, 44, tanpa lelah mengulangi cerita sama untuk membantu suami, Zulhayani Yunus, 46, kembali mengingati kisah mereka.

Kerapkali Zulhayani ‘lupa’ Zainab adalah isterinya selain selalu memanggil anak bongsu mereka, Adib Afdhal yang sudah meninggal dunia kerana kegagalan organ dalaman ketika berusia 11 tahun, tiga tahun lalu.

IKLAN

Diuji Ketika Suami Sakit

Berkongsi cerita, Zainab jelaskan, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas jantung suaminya terhenti selepas melakukan prosedur membuang stent di saluran hempedu.

Menurutnya, Zulhayani turut diserang sawan dan kemudiannya suaminya itu ditidurkan serta koma selama 24 hari serta dipantau di wad unit rawatan rapi (ICU) selama sebulan selepas itu.

“Selepas sedar suami seperti bayi dan tidak ingat apa-apa serta perlu diajar semuanya termasuk membaca. Saya mengambil inisiatif ceritakan kisah kami untuk membantu simulasi otaknya.

Daya Ingatan Kurang Selepas 24 Hari Koma

“Selama sebulan suami tidak boleh bercakap mungkin kerana kotak suaranya ada masalah sebab dia menjalani proses intubasi tiga kali dan dua kali ‘extubate’.

“Ingatannya mengalami masalah kerana oksigen tidak sampai ke otak dan doktor juga beritahu suami perlu dua tahun untuk kembali pulih seperti dahulu,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, kisah Zainab yang berkerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di syarikat utiliti di Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang, dan suaminya mendapat perhatian warganet apabila dia selalu berkongsi perbualan harian bersama Zulhayani di TikTok.

@zainabzainunfamily Dia nak pergi mengurat kita pula disuruhnya balik 🤭 .. mesti dia ingat kita girlfriend dia dah petang kena balik rumah sendiri .. #zulhayanifamily #cepatsihatencikzul #loveyoumore #myhappypills ♬ original sound – Zainab Zainun

Suami Seperti ‘Bayi’

Menurut ibu kepada tiga anak itu, bulan pertama selepas suaminya sedar daripada koma adalah paling mencabar kerana suaminya mengalami tahap kekeliruan yang tinggi selain lebih agresif kerana tidak mengenali orang sekelilingnya.

“Ingatan suami hanya lima minit sahaja sebab itu kami selalu ulang cerita sama. Kalau suami gelar saya sebagai girl atau ‘awak’ itu dia lupa siapa saya dan akan minta menjadi teman wanita atau berkahwin dengannya.

“Tetapi kalau dia panggil ‘yang’ atau ‘mek nab’ maknanya dia ingat saya. Kalau berkenaan anak, dia ingat dan selalu sedih jika menyentuh hal anak terutama Adib dan selalu memanggil namanya biarpun sudah berulang kali diberitahu anak bongsu kami itu sudah tiada,” katanya.

IKLAN

Baca Di Sini:

Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya- Pesan Imam Muda Hassan

“Abah, Lelaki Budiman Yang Miliki Akhlak Baik”, Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Kerinduan

Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan pasangan ini dan suaminya kembali sihat serta ingatannya pulih.

Sumber : myMetro, TikTok zainabzainunfamily

Potong Gaji, Solusi Suami Culas Bayar Nafkah Isteri

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI