Kumpulan Media Karangkraf dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Ads
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Ads
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Ads
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sumber / Foto :-Sinar Harian / Bernama
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Beliau dilihat sebagai seorang insan atau suami yang sangat menghargai isterinya. Malah mulutnya tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat bidadari yang sentiasa memberi cahaya dalam hidupnya.
Bukan itu saja, seperti biasa, beliau tidak lupa menitipkan ucapan terima kasih kepada isteri yang sentiaaa ada ketika susah senang serta dan mendoakan untuk kejayaan serta menjaga anak-anak mereka.
“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan @elewsmart sri gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah.
“Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita.
“Terima kasih prima sri gombak. Penuh semalam sampai dah nak tutup 10malam masih ramai orang. Doakan hari ini opening di kl traders square jalan gombak. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew
Cawangan Elewsmart yang dibuka di Gombak ini adalah antara sebahagian cawangan lain yang telah dibuka sebelum di Bangi, Shah Alam dan beberapa lagi tempat lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Biasanya bila tiba hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan, pasangan akan menghadiahkan jambangan bunga atau hadiah lain untuk menggembirakan hati.
Tetapi apa kata untuk menghargai pasangan kali ini ubah kebiasaan dengan menghadiahkan sesuatu yang lebih berharga dan bernilai, misalnya pemberian emas.
Ini kerana barangan emas ini jika disimpan asetnya akan bertambah banyak dalam tempoh tertentu.
Seperti perkongsian seorang peguam, Hayat Muhamad yang memberitahu caranya menyimpan emas dan berkemungkinan asetnya boleh mencecah RM36,000.
Ayuh, ikuti perkongsiannya dan pasti isteri adalah insan paling gembira jika diberikan barangan emas ini.
Pokyat, aku duduk terfikir nak belikan isteri aku hadiah. Apa hadiah yang sesuai untuk isteri?
Jawapan:
Korang beli bunga tak salah.
Korang belanja tempat makan sedap- sedap tak salah. Semua ada kenangan.
Tapi bunga akan layu. Makanan yang sedap akhirnya jadi najis.
Jawapan Pokyat ialah beli emas kat isteri. Cuba untuk tiap- tiap bulan beli emas kat isteri.
Kenapa pulak Pokyat? Habislah duit macam tu!
Korang tau,emas tidak akan susut nilai. Didik isteri kalau dia ada duit, beli lah emas. Kalau tak ada duit banyak, cukuplah beli cincin kosong RM 300 ringgit. Cuma pastikan emas 916. at least.
Aku nak cakap, orang kita kurang kesedaran menyimpan emas. Bagi Pokyat, emas kalis inflasi. Emas sepanjang masa, sepanjang zaman, kat manapun kat dunia, ia masih ada nilai.
InsyaAllah kalau ikutkan harga emas, ia akan berterusan meningkat. Jadi sesiapa yang menyimpan emas, dia akan beruntung.
Gelang Emas RM10k zaman mak- mak kita sekarang mungkin dah menjangkau RM17k pada zaman kita.
Kedua, Tadi Pokyat cakap kenapa emas mestilah at least 916? ( Ada emas yang lagi tinggi dan padu iaitu 99.9.)
Cara nak cairkan emas mudah sahaja iaitu jual pada Tukang Emas. Kalau emas bermutu rendah, anda juga akan dapat harga yang rendah.
Kalau 916, anda akan dapati harga dia maintain ok. Walaupun emas anda buruk, ia tetap ada harga.
Didik isteri supaya jangan membazir membeli perkara yang tidak berfaedah. Beli emas sebanyak mungkin.
Kalau cincin berharga RM300, pastu beli sebentuk setiap bulan, dalam setahun dah ada RM3600. Ada bonus beli rantai tangan pulak.
Perkara paling penting ialah, emas boleh digadai apabila susah atau terdesak. Kalau harga RM300, nak dapat RM200 segera memang kacang. Itulah manfaat yg orang tak nampak. Kalau ada 10 bentuk cincin, nak dapat RM2000 memang mudah. Cari yang kos simpan rendah.
Lepastu kesemua cincin- cincin tu boleh trade in pastu tambah sikit duit, untuk dapat gelang emas yang lebih besar.
Korang nampak macam Pokyat mengarut kan, tapi kalau betul- betul fokus dengan “ satu cincin setiap bulan”, nanti tengok lah 10-20 tahun, aset ini akan bertambah. Setahun RM3600, kalau 10 tahun = RM36,000. Pastu harga naik pulak.
Orang perempuan dan orang kedai emas mesti suka dengan plan dan cadangan Pokyat ni.
Percayalah, kalau kita susah masa tinggal batu je, isteri boleh bantu kita dengan hadiah- hadiah yang kita pernah bagi ni lah.
Kalau kita perasan ramai juga wanita meletakkan nama suami di belakang namanya sebagai nama profil di akaun sosial media atas alasan mengikut trend semasa. Jika di negara Barat meletakkan nama suami di belakang nama isteri dilakukan sebaik mereka berkahwin. Tiada lagi nama ayah kandung mengiringi namanya.
Sebagai contoh, Aminah bt Ahmad akan kekal sebagai Aminah bt Ahmad bukannya Aminah Jeffri (dengan meletakkan nama suaminya Jeffri di belakang namanya) Jika di Barat, nama Ahmad akan dibuang dan diganti dengan nama Jeffri.
Dan akan menjadi lucu apabila nama ini akan bertukar-tukar sekiranya berlaku perceraian atau kematian apabila wanita itu berkahwin baharu. Maha Besar Allah, hal ini tidak terjadi dalam Islam apabila nasab diwajibkan kekal.
Samada disengajakan atau tidak sebaiknya kita melihat terlebih dahulu jika ada sebarang perlanggaran hukum agama.
Sebagaimana yang dinasihatkan oleh pendakwah terkenal Indonesia Buya Yahya yang menegaskan, diharamkan dengan sengaja mengubah nasab (pertalian darah anak kepada bapa)
“Menyemat nama suami dalam nama isteri bukanlah ajaran Islam. Kita bukan di Barat. Kenapa perlu terikut-ikut dengan amalan mereka.
Kita kena peka. Letakkan terus nama bapa. Tegasan ini adalah bagi mengelakkan timbulnya fitnah jika tidak letak nama bapa,” jelasnya yang bimbang dengan trend ikut-ikutan ini.
Menerangkan lebih lanjut, Abuya Yaya berkata, di Barat hak nasab hilang sebaik berkahwin. Islam sangat menjaga nasab wanita sebagai satu tanda penghargaan. “Panggillah dengan nama ayahnya. Jangan pakai nama ayah angkat atau suami. Malah walaupun ayahnya seorang kafir sekali pun, namanya mesti dikekalkan”
Walaupun tiada niat untuk menggantikan nasab kepada nama suami, namun, perkara yang mendatangkan kekeliruan ramai wajiblah dielakkan.
Sebagaimana yang didalilkan akan hal nasab ini, bersumber dari Arab Saudi, iaitu Fatwa Lajnah Daimah, dari fatwa no 18147. Beberapa dalil yang dipakai adalah berikut:
ادْعُوهُمْلِآبَائِهِمْهُوَأَقْسَطُعِنْدَاللَّه
“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” [QS al-Ahzab: 5]
“Dari Abu Dzar, ia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Tiada seorangpun yang MENASABkannya diri kepada orang selain bapanya dengan sengaja melainkan ia telah kufur,’” (HR Bukhari).
مَنِادَّعَىإِلَىغَيْرِأَبِيهِوَهُوَيَعْلَمُأَنَّهُغَيْرُأَبِيهِ،فَالجَنَّةُعَلَيْهِحَرَامٌ“Barang siapa (mengaku) BERNASAB kepada selain ayahnya dan ia mengetahui bahawa ia bukan ayahnya, maka syurga haram baginya.” (HR Bukhari-Muslim).
Berbekal dalil
dalil inilah kemudian disimpulkan bahawa seorang isteri haram menambahkan nama suami di belakang namanya.
Kashoorga: Untuk mengelakkan diri terjerumus ke dalam hal yang meragukan, sebaiknya janganlah letakkan nama suami di belakang nama isteri walaupun tiada niat untuk merubah nasab.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...