
Kisah Saidina Umar Al Khattab dan isterinya sering dijadikan rujukan dalam melayari rumahtangga bahagia. Ini kerana Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini hanya diam membisu saat dimarahi isteri. Pada hal semua orang tahu, Saidina Umar seorang yang sangat garang dengan musuh-musuh islam.
Diceritakan, ada sahabat Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Umar Al Khattab. Dirinya mahu mendapatkan nasihat kerana sering dimarahi isteri dan dirinya berasa rimas hingga timbul rasa nak ceraikan isteri.
Namun ketika tiba di hadapan rumah Saidina Umar, dari luar dirinya terdengar isteri Khalifah ini sedang marah-marah kepada suami. Masa yang sama, langsung tidak kedengaran suami Umar membentakkan suaranya atau melawan bebelan isteri walau suara isterinya sangat lantang. Dari niat nak mengetuk pintu rumah Umar,dirinya terdiam. Namun dirinya terfikir, kalau Umar sebagai Khalifah begitu, bagaimana dengan diri aku.
Baru beberapa langkah meninggalkan rumah Umar, Khalifah ini membuka pintu. Melihat sahabatnya, Umar lantas memanggil.
“Ada apa engkau datang ke rumahku,” kata Umar kepada sahabat.
Sahabat lantas menceritakan masalah rumahtangga dihadapinya. Dia ceritakan isterinya sering marah-marah. Namun dia terdengar isteri Umar sedang marah-marah Khalifah itu. Aku tidak ingin mengganggu kerana dilihat tuan juga sedang dalam masalah, kata sahabat kepada Umar.
Mendengar kata sahabatnya itu, Umar Al Khattab terus tersenyum.
Katanya untuk apa dia marah-marah bila isteri membebel kerana isterinya itu sudah memasak untuknya, mencuci baju, mengasuh dan mendidik anak-anak.Mengandung dan bersalin serta membesarkan mereka, apa lagi yang aku mahukan kerana isteri meluahkan apa dirasainya. Kerana itu aku menerimanya sekali pun dimarahi,” kata Umar.
Sahabat tersebut lalu bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, apakah aku juga harus berbuat demikian terhadap isteriku?.”
“Ya, terimalah marahnya. Kerana apa yang dilakukan isterimu tidak akan lama, hanya sebentar saja,” jawab Umar bin Khattab.
Dikisahkan bahwa sahabat tersebut kemudian pulang dan tak jadi menceraikan isterinya.
Wahai lelaki, kalau isteri marah-marah, jangan benci atau memarahinya balik kerana sudah banyak tugas suami diambil alih seorang isteri. Jadi sentiasalah bersabar kerana marah isteri sebagai tanda dirinya meluahkan apa yang sudah lama dipendamnya.
‘Syukur Allah Permudahkan Dari Awal.’ Jarak Usia 26 Tahun Bukan Penghalang Lelaki Ini Kejar Cinta ‘Cikgu’

‘Syukur Allah permudahkan dari awal.’ Jarak usia 26 tahun bukan penghalang lelaki ini kejar cinta ‘cikgu’. Benarlah kalau sudah jodoh tak ke mana.
Walaupun pada awalnya cikgu ini cuba menolak cinta pelajarnya, akhirnya mereka disatukan juga. Begitulah jodoh rahsia Allah SWT.
Malah, jarak usia 26 tahun bukan halangan untuk Muhammad Danial Ahmad Ali menyulam cinta dengan gurunya, Jamilah Mohd hingga ditakdirkan berumah tangga.
Artikel Berkaitan:
Syukur Allah
Muhammad Danial, 22, tidak menyangka akan terpikat dengan Jamilah, 48, hingga berani menyuntingnya sebagai isteri.
Bagaimanapun, takdir menentukan mereka menjadi suami isteri dan kisah pasangan berkenaan mendapat perhatian selepas Muhammad Danial berkongsi video pendek menunjukkan peralihan fasanya daripada seorang pelajar menjadi suami kepada Jamilah.
@abgcaltex3Hari ni penuh dgn fyp pasal seorang pelajar dari tingkatan 3 dulu diri nya nakal dan selalu dimarahi cikgu kelasnya dan kini cikgu itu dan pelajar begelar suami isteri…..jodoh kan tak kan kemana…lari sejauh mana sekali pon allah dan tetap jodoh kita sapa dia
Menurut Muhammad Danial yang bekerja di syarikat air dan menetap di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor, dia berkenalan dengan Jamilah ketika di tingkatan tiga iaitu pada 2016 sewaktu isterinya ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu.
Permudahkan Dari Awal
Meskipun menyenangi keperibadian Jamilah, Muhammad Danial mengakui hubungan mereka ketika itu tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar tanpa ada perasaan terhadap satu sama lain.
“Saya anggap dia (isteri) sebagai cikgu saja walaupun menyenangi sikapnya yang penyayang dan rapat dengan pelajar tidak kira daripada kelas depan mahupun belakang.
“Setahun juga isteri mengajar kelas saya namun kami terputus hubungan selepas saya masuk ke tingkatan empat.
“Kami ada terserempak di bilik guru dan saya ada menyapanya dan bertanya khabar tetapi setakat itu saja,” katanya.

Jarak Usia
Menurut Muhammad Danial, keinginan mengenali hati budi Jamilah mula ada selepas isterinya menghantar kiriman ucapan sempena ulang tahun kelahirannya ketika dia di tingkatan lima.
“Sejak itu, kami jadi rapat dan timbul perasaan sayang hingga saya berasa untuk cuba dekat dengannya.
“Pada satu hari, saya beranikan diri untuk luahkan perasaan namun isteri tolak dengan alasan faktor dan statusnya sebagai guru.
“Akan tetapi, saya enggan berputus asa dan cuba cari jalan dengan menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp hingga pada satu hari, dia tidak mengangkat panggilan serta membalas mesej saya.
“Tindakannya yang mendiamkan diri itu membuatkan saya nekad ke kawasan perumahannya walaupun tidak tahu lokasi yang tepat dan ditakdirkan saya jumpa rumahnya kemudian terus datang serta berterus terang dengannya,” katanya.
26 Tahun
Tambah Danial, isterinya masih menolak untuk menjalin hubungan serius dengannya ketika itu kerana tidak yakin sejauh mana ia akan bertahan.
“Saya tak mengalah dan cuba memujuknya hingga dia lembut dan terima saya.
“Sejak awal lagi, saya sudah berterus terang dengan keluarga dan Alhamdulillah, kedua belah pihak beri restu serta tidak menghalang.
“Berkat restu mereka, kami sepakat untuk berkahwin dan perancangan awalnya (kahwin) pada 2019 kemudian 2020 tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tarikh pernikahan ditangguhkan ke 25 November 2021.
“Kami nikah di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi dan ada buat majlis persandingan cuma kecil-kecilan saja dengan menjemput keluarga serta kenalan terdekat,” katanya yang merahsiakan hubungan daripada rakan sekolah hingga ramai terkejut dengan perkahwinannya.
Bukan Penghalang
Muhammad Danial bersyukur kerana dikurniakan jodoh pada usia muda walaupun dapat pasangan lebih berusia.
Katanya, usia hanya angka dan dia akan cuba sehabis baik untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.
“Syukur Allah permudahkan setiap urusan saya daripada awal sampai sah menjadi suami.
“Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya berasa bertuah kerana isteri banyak membantu memberi nasihat malah kami sering bertukar pandangan bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni,” katanya yang terkejut selepas video dimuat naik di TikTok meraih tontonan tinggi hingga tular di laman sosial.
Baca Di Sini:
Lelaki Ini Kejar Cinta ‘Cikgu’
Sementara itu, ungkap Jamilah, sejak berpisah dengan bekas suaminya pada 2007, fokusnya hanya untuk bekerja dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki atau terfikir mencari pengganti.
“Memang ada yang nak kenal tetapi saya tak mahu malah puas saya tolak dan jauhkan diri daripada suami sekarang selepas dia meluahkan perasaannya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat elak kerana Allah sudah tetapkan dia jodoh saya.
“Suami datang dengan keyakinan dan orangnya bersungguh malah tidak rahsiakan hubungan kami dengan keluarganya jadi itu antara sebab saya terima juga lamarannya,” katanya.
Kashoorga: Kalau kita ikhlas menyayangi seseorang, insyallah Allah akan permudahkan.
Sumber: myMetro, TikTok dnial_14
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Jodoh Perlu Dipilih Bukan Kerana Terdesak Ingin Berkahwin

Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
9 Nasihat Perkahwinan Yang Luar Biasa Dari Wanita Dua Kali Bercerai

Pengalaman mengajar kita sesuatu. Misalannya orang yang pernah mendirikan berumahtangga tentunya lebih faham selok belok perkahwinan apabila dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua.
Dari satu perkongsian yang viral, Karen Lodato, pemilik blog eightrising.com dengan rendah hati telah berkongsi beberapa nasihat untuk para isteri yang inginkan pernikahan kekal selama dan bahagia. Sedangkan dirinya sendiri sudah mendirikan dua kali buat kali kedua dan menemui kematangan dalam perkahwinan. Kerana pengalamannya itulah, Karen berkongsi nasihat berharga untuk para isteri manfaatkan.
1. Hormati Suami Kita
Keperluan terbesar seorang lelaki adalah penghargaan dari orang sekelilingnya. Dan orang yang paling dia harapkan dapat memenuhi keperluan tersebut terutama dalam status pernikahan, entu adalah kita, isterinya.
Meski mencari nafkah bagi keluarga adalah kewajiban suami, namun bukan itu saja dia berikan buat kita. Keputusan-keputusan penting yang dirinya pilih bagi keluarga termasuk melindungi dari orang luar selain cinta dan kesetiaannya merupakan pemberian yang sangat bererti buat keluarga. Jadi isteri harus mengucapkan rasa terima kasih dengan tulus, hargailah setiap keputusannya meski Karen ada kalanya kita tidak bersetuju dengan caranya. Ini kerana sebagai manusia, lelaki ada kurnag dan lebihnya Begitu juga kita? Dengan menghormatinya, lelaki akan termotivasi untuk memberikan yang lebih baik untuk kita dan keluarga.
2. Jagalah Hati
Selama ini kita mungkin memandang rumah tangga jiran-jiran dan orang lain lebih bahagia. Suami mereka lebih romantis, lebih kaya, anak-anak lebih pintar dan sebagainya. Pada hal ia hanya pandangan luaran semata. Memiliki semua itu belum tentu rumahtangga bahagia tapi kunci kepada pernikahan bahagia adalah dengan mensyukuri apa yang kita miliki. Jagalah hati kita dari hal-hal dan orang- orang akan membuat adu domba bahawa suami kita tidak cukup baik kerana Allah sudah memberikan kita sesuatu yang jauh lebih baik.

3. Dahulukan Allah, Suami dan Anak, ini keutamaan kita
Apa pun ujian, dahulukan Allah dalam semua keputusan kita. Nampak seperti ganjil tetapi suami dan juga anak hanyalah sekadar pinjaman semata. Apa pun dahulukan suami dan kemudian anak kerana menjaga hati suami bermakna dirinya juga akan bersama menjaga hati anak. Pernikahan seharusnya membuat kita bahagia dan kemudian menjadi kebiasaan di mana semua orang melalui proses ini.
4. Maafkan
Sekali lagi, tidak ada manusia yang sempurna. Semua orang pasti melakukan kesalahan. Jika kita dapat memaafkan kebiasaan-kebiasaan kecil dilakukan oleh pasangan seperti meletak baju kotor di lantai dan bukan bakulnya atau lain-lain kebiasaannya, kita akan mampu menepis rasa kesal akan perlakuannya ini dari tumbuh di hati kita. Percayalah ia akan buat kita lebih gembira menikmati hidup.
5. Komunikasi
Karen mendedahkan dia memiliki sikap buruk iaitu suka memendam perasaan dan tidak menyuarakan kepada pasanagn. Ia sentiasa berharap suami akan mengerti sendiri kenapa dirinya marah atau sedih.
Tapi ternyata kebiasaan ini tidak sesuai untuk orang lelaki. Mereka tidak selalu dapat membaca fikiran atau bahasa tubuh para isteri. Dan para suami juga biasanya tidak selalu sedar kalau mereka telah bersikap tidak sensitif terhadap perasaan wanita. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah suarakan perasaan kita kepada pasangan.

6. Jadualkan masa bersama suami
Jadualkan waktu berdua bersama suami setiap minggu atau dua minggu sekali. Nampak macam mengada-ngada tapi ia baik untuk satu perhubungan.
7. Jangan Pernah Ucapkan Kata “C”
Benci bagaimana pun, marah bagaimana pun saat bertengkar jangan mudah meminta cerai. Mengutarakan kata ancaman cerai kepada suami saat bergaduh bukan seni bertengkar yang betul kata Karen. Dia melakukan hal ini dari perkahwinan terdahulunya dan ternyata ia akhirnya bercerai dan ia menjadi satu pengajaran berharga buat dirinya.
Jujurnya luka bergaduh itu dalam dan kita ingin sekali membalasnya tetapi mengancam dengan meminta cerai sebenarnya tidak baik untuk jiwa kita. Malah dalam agama sendiri, perkara halal namun dibenci Allah ialah mengucapkan talak.
8. Ketahui Bahasa Cintanya
Semua orang punya bahasa cinta. Bagaimana kita memandang serta merasakan cinta boleh berbeza dengan pasangan dan anak-anak.
Apakah suami menyukai kata-kata penuh pujian dan kasih sayang, atau dia lebih suka saat pasangan memberinya hadiah? Apapun bahasa cintanya, pelajari dan praktiskannya dalam alam rumahtangga kita.
9. Jangan pernah berbicara keburukan suami pada orang lain
Jika anda mengalami masa-masa sulit dalam pernikahan, berbicaralah pada orang pakar dalam bidangnya seperti ahli psikologi atau kaunselor keluarga yang memang profesional tugasnya.
Curahan hati kepada ahli keluarga memang baik tapi mereka hanya mendengar satu satu pihak saja iaitu anda. Jadi pastinya semua akan membela diri kita dan mula membenci pasangan kita sekaligus tidak mengurangkan masalah sedia ada. Malah mungkin bertambah jika dirinya asyik diperli ahli keluarga kita.
Selama dalam pernikahan, akan selalu ada saat-saat kita bangun dari tidur dan merasa bahawa kita tidak lagi mencintai pasangan yang ada di samping kita. Akan ada masanya suami nampak tidak menarik di mata kita tapi berusahalah untuk terus mencintainya.
Pernikahan merupakan sebuah komitmen untuk selalu bersama dalam apa jua situasi. Susah dan senang, sihat dan sakit. Bukan hanya saat sihat dan senang sahaja. Justeru itu, sebahagian besar cinta diuji ketika susah dan sakit. Jika suami tidak melakukan kekerasan dalam rumah tangga atau mengingkari komitmen lain yang merugikan keluarga, pilihlah untuk mencintai dirinya. Dia layak mendapatkannya.
Sumber :- ROCKINGMAMA.ID