Sesungguhnya hanya Allah yang tahu bila masanya kematian akan menjemput. Malah Dia juga mengkehendaki kematian dengan cara yang bagaimana.

Sesungguhnya hanya insan terpilih yang dijemput bertemu PenciptaNya ketika sedang mengerjakan ibadah atau dalam keadaan husnul khatimah.

Seperti perkongsian yang tular di media sosial minggu lalu di mana seorang bilal yang juga warga emas meninggal dunia setelah selesai melaungkan azan Isyak.

Perkara ini dikongsi di laman sosial facebook Masjid An-Nur Felda Telor Timur hingga mendapat perkongsian lebih ribuan warga net.

Jemaah masjid ini dikenali dengan nama Ahmad bin Saad (Mat CB), 68 tahun, seorang yang sangat aktif di masjid dan sering melaungkan azan secara sukarela. Lebih mulia arwah meninggal pada malam Jumaat. Subhanallah.

Posting ini menjadi tular apabila turut diselitkan beberapa keping gambar di mana kelihatan foto jemaah mengelilingi jenazah sejurus dia rebah.

Sementara itu, Setiausaha masjid berkenaan Noratzman yang dihubungi Mstar memberitahu arwah baru sahaja ketika itu mengalunkan azan sejurus bacaan Yasin yang dilakukan setiap minggu pada Khamis malam Jumaat di masjid berkenaan.

IKLAN

“Selepas bacaan Yasin, dia terus bangun untuk azan Isyak. Habis sahaja azan, dia turun mimbar nak tutup suis mikrofon terus rebah”.

“Dalam pada itu, sempat Imam pangku ajar mengucap. Dalam tiga minit dia dah tiada. Semalam memang sedap dia azan, sedap dari biasa.

“Bunyi elok, sedap lain macam. Arwah ini seorang yang peramah, baik dan menghormati orang,” ujar Noratzman yang juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.

IKLAN

Pengakhiran sangat cantik

Syeikh Amri Al-Baluni Pengakhiran yang sangat cantik! Allahuakbar

Eliey Rumaizah Alhamdulilah.. Pengakhiran yg sngt baik.. dimlm jumaat arwah dijemput allah..semoga syurga ditempat mu…

Zaiful Azhar Innalillah…Allah muliakn kematian arwah..di waktu dan tempat yg sgt mulia..moga roh arwah dicucuri rahmatNya.

Deanna Ismail alhamdulillah salam takziah..pengakhiran malam jumaat
innalillahiwainnailaihirojiun

Zam Zzr Alhamdulillah…pengakhiran yg terindah untuk beliau…alfatihah

IKLAN

Kematian yang dicemburui

Suhana Abd Majit Innalilahiwainna ilaihi roojiunn……pengakhirat yg sgt dicemburui …dipanggil Allah tika selesai melaung azan ..dmlm penuh barakah ddlm masjid yg penuh berkat…..moga roh arwah ditempatkan bsama2 para solihin…. Al fatihah … Takziah buat keluarga .
Aamiin

Nikmah Lee Kematian yang dicemburui..mati dimalam jumaat beroqah dan ditempat yang sangat mulia disisinya…mati khusnul khotimah..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.Al-Fatihah..Aamiin

Nor Farahhana Hassan Alfatihah…kematian yg dicemburui… Semoga roh arwah dicucuri rahmat aamiin

Lexx Luu Allahuakbar. Mati dalam keadaan sebut nama Allah, mati dalam keadaan wuduk, mati dalam keadaan hendak mendirikan solat, Allah pilih hambanya yang dikehendaki beliau. Allahurabbi. Semoga syurga untukmu wahai hamba Allah yang bertaqwa. Kematian yang sangat dicemburui.

Ditempat di kalangan orang beriman

Norshihah AbdRahim Al fatihah muga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan bersama org beriman aamiin

Noorhazlin Yahya innalillahi wa inna ilaihi roji’un…
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman dan diterima segala amalannya… Aamiin ya robbal alaamiin…

Nurhaslinda Ciklin Allahuakbar..moleknya kematian arwah…mg ditempatkan dlm klgn org beriman

SUMBER FOTO: KREDIT FACEBOOK MASJID AN-NUR TELOR TIMUR